Selepas mengubah susunan artikel dalam arkib kepada bentuk yang ada sekarang, yang memaparkan tajuk setiap artikel mengikut bulan, maka saya terpandanga artikel pertama saya di blog ini.
Tidak disangka ia begitu cepat berlalu sehingga sudah setahun 5 bulan rupanya blog Panglima tertubuh dan ia pada masa yang sama sudah dikenali oleh kawan dan lawan perang siber ini. Begitu juga follower juga semakin meningkat bahkan sekarang sudah ada 411 follower di sini. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Maka sekadar mengimbas kenangan lalu Panglima turunkan kembali catatan tersebut di sini.. Mungkin ia dapat mengingatkan apa yang mungkin telah kita terlupa atau dilupakan. Kebetulan pagi ini sambil bersiap ke Pahang maka ada sedikit waktu lapang untuk panglima lepaskan perasaan rindu menulis di blog ini......
Oh ye, ribuan kemaafan dimohon kepada sahabat di Bagan Pinang kerana tidak dapat sertai kempen di Bagan Pinang. Kerana rentetan tugas rasmi sekarang dan juga tugas luar yang akan bermula hari ini di Pahang. Beberapa hari Panglima juga terpaksa tinggalkan anak bini untuk menjalankan tugas tersebut. Juga demi bangsa dan agama serta negara kita.
Dalam ertikata yang lain, kita berada di medan berbeza tetapi kita tetap menuju arah yang sama... kerana roh semangat perjuangan kita tetap satu arahnya dan sesekali tidak menuju ke arah yang songsang atau main belakang...
Inilah tulisan Panglima yang pertama di blog ini yang bertarikh 9 Mei 2008 di link ini http://penembak-tepat.blogspot.com/2008/05/mukaddimah-panglima-perang-siber.html.
Mukaddimah Panglima Perang Siber
Isu isu politik akan diceritakan di sini dengan mengikut tarikh dan sumber berita tersebut.
Anda boleh melihat setiap satu isu dengan sumber yang jelas bagi memudahkan urusan menulis berkaitan isu di negara kita.
Ia bertujuan agar blogger blogger pejuang barisan hadapan negara akan mudah mencari bahan bahan tulisan mereka.
Agar fitnah dan tohmahan mereka yang suka memecah belahkan negara agar huru hara, akan gagal di mata pena kita semua.
Ayuh, kita berjuang !!!!
3 ulasan:
Tahniah Panglima kerana wajah baru blog Penembak-Tepat ini.
Nampaknya perjuangan kita semakin berhasil. Tinjauan saya dalam kalangan rakan-rakan yg dulunya memprotes kerajaan kini kembali menyokong kerajaan atas dua sebab (antaranya):
1)yaki dengan kesungguhan DS Najib.
2)meluat dengan PAS yg menolak perpaduan.
3)bencikan PKR yg berjuang kerana Anwar semata-mata.
Panglima
Apa dah jadi dengan BPN....dah tenat macam UMNO.
Panglima pun dah cite lain....tak senada dengan yang lain ke...
Tu pasal kalau nak berjuang kena ikhlas.......kalau tak ikhlas ni le jadinya.....kah...kah
Bloggers BPN tidak diiktiraf oleh UMNO......tukar pemimpin BPN
selamat berjuang dan add facebook otai
ramlybinyusoff
Catat Ulasan