Panglima sering menerima sms yang ada menarik dan bernas. Ada dikirimkan kepada rakan blogger samada geng BPN atau tidak. Ada juga dimasukkan isi pentingnya dalam bahan artikel blog panglima.
Manakala yang ini adalah sms yang juga penting bagi dibaca dan disebarkan agar orang Melayu ( Islam ) akan sedar nasib mereka jika kuasa UNDI disia-siakan samada denga mengundi PEMBANGANG atau disimpan tanpa dipangkah kepada calon penegak kebenaran Barisan Nasional.
Melayu terpecah kepada dua : Umno dan Pas dan menjadi lemah apatah lagi di negeri marginal iaitu Pantai Barat.
Itupun belum dicampur dengan orang Melayu Islam yang atas pagar yang tak keluar mengundi pun kecuali bila dah meluat atau nak menunjukkan undi protes.
Cina dan India semakin bersatu menolak BN semata-mata kerana tidak mahu UMNO berjaya sebagai tunjang BN menerajui Kerajaan. Parti-parti komponen BN pun lebih kurang saja - tidak tahu melayan dengan baik pengundi-pengundi Melayu yang memenangkan mereka.
( Panglima : Mungkin elok difikirkan kembali kawasan majoriti Melayu perlu dipilih oleh calon Melayu juga )
Akibatnya ?
Pembangkang yang dikuasai DAP yang anti Melayu ( masih tidak nampak lagi ke ) sudah berkuasa di 5 negeri sedangkan PAS terus menjadi alat. Nak haramkan arak pun tak berdaya.
Itu belum dikira 'kemampuan' mereka untuk mengkritik Elizabeth Wong atau Teressa Kok.
Apakah pengundi Melayu ( tak kita Umno/Pas/atas pagar ) akan redha perkara ini berterusan hingga menghakis kuasa Melayu di tanah air kita ini ?
Jangan tersilap anggap negeri-negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor itu selamat. Semuanya marginal belaka dan jika Cina dan India di situ boikot maka habislah riwayat BN.
Apakah ada jaminan Cina dan India di negeri-negeri itu TIDAK akan bersikap ANTI MELAYU?
Jika begitu akhirnya adakah ada Malaysia akan jadi macam FIJI dimana majoriti dikalahkan oleh minoriti INDIA yang berkuasa ? hingga majoriti ( pribumi ) merana ? Apa guna demokrasi jika minoriti berkuasa?
Jawapan di tangan pengundi-pengundi.. Kita tengoklah nanti dalam PRU ke 13.
Ketenteraman negara kita akan banyak bergantung kepada samada Melayu akan celik atau buta tuli lagi.
Panglima : Harap dapat diedarkan di sms, blog dan Facebook anda....
Ingatlah hanya negara kita dan Brunei yang masih memiliki Raja dan tidak mustahil kekalahan majoriti Melayu dalam memegang kuasa pasti meruntuhkan Raja kita dan juga Agama !!!
9 ulasan:
kaum melayu MESTI bersatu untuk mempertahankan kuasa. secara autonya bila melayu ada kuasa, agama islam pasti akan dijunjung.
Lagi2 perkauman - UMNO memang parti perkauman.
saya copy yer Master Yoda... :p
nalapambu - errr sayangkan bangsa tak bermakna bangsa lain dianaktirikan.
kita melayan dengan baik bangsa lain yang tidak meminta melebihi hak yang diberi oleh undang-undang.
hak melayu dapat berlandaskan undang2 dan kontrak sosial.
bahkan bangsa yang lebih berjaya bukan Melayu tetapi Cina.
maknanya ?
memang negara kita sangat demokrasi dan membenarkan sesiapa sahaja berlumba mencari rezeki.
master yoda - silakan...
gotah - betul tu..kita kena bersatu !
mari kita geng blogger bersatu hati sesama kita.
dosa umno terlalau banyak kepada orang melayuislam kat malaysia ni...betul tak?
Sudah, tinggalkanlah sikap perkauman yang menebal tu. lebih 50 tahun sudah merdeka, takkan masih terlalu perkauman..ketinggalan zamanlah..
umno yang memperalatkan orang melayu untuk terus berkuasa.
Catat Ulasan