Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Oktober 2009

Edisi Penting : Ayuh kita jumpa di PWTC hari ini sahabat blogger sekelian!

Semangat betul ayat di atas...

Sebenarnya saya baru sahaja baca komen sahabat seperti Sang Tawal Jeffry dan Hilbert di Blog GAP. Saya perasan macam mereka turut hadir di Persidangan Agung UMNO tetapi sayang saya tidak dapat berjumpa dengan mereka.

Semalam saya ada jumpa GAP GOMO dan Medan Info di sana.

Dua hari lepas saya jumpa juga beberapa blogger seperti Bro Jinggo dan Megat.

Yang paling menarik ialah semalam saya dapat bersalam dengan Minaq Jinggo, paparrazzi terulung di Malaysia ( jangan marah ye )

Paparrazi maksud saya di sini ialah yang mengejar untuk merakamkan peristiwa peristiwa penting bukan seperti di Barat yang mengejar gambar individu untuk mendapat ganjaran hadiah.

Jadi, pagi ni saya juga akan ke sana lagi.

Oh lupa nak bagitahu bro Sekupangduas juga ada saya jumpa semalam. Lama kami bersembang dan seperti beliau sebutkan di blog mungkin kita semua akan pegi Pangkor untuk reunion bagi merapatkan saf sesama kita.

Jadi, apa tunggu lagi ayuh kita berjumpa di PWTC hari ini..

Apa apa maklumat sila hubungi Bro GOMO di gerai beliau di pintuu masuk.... No lot kedai ada di blognya.

Ok, gerak dulu... Selamat bersidang semua !!!

1 ulasan:

Kuda Perang berkata...

Blogger Pembela UMNO...

Cari Blog Ini

Translate