Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 November 2009

Edisi Khas :Jawapan Isu Kapal Selam KD Tuanku Abdul Rahman Gagal Menyelam VS Dakwaan Palsu Saifudin Nasution

KD TUANKU ABDUL RAHMAN TIDAK BOLEH MENYELAM?

1. Saya sedang mencari rokok apabila terserempak dengan akhbar Suara Keadilan yang memaparkan berita kapal selam KD Tuanku Abdul Rahman tidak boleh menyelam.

2. Saya agak terkejut dengan isu yang diberikan oleh MP Machang Saifudin Nasution itu, terkejut bukan kerana kapal selam itu tidak boleh menyelam tetapi kerana bengang pasal apalah Saifudin ungkit isu yang meremeh-remehkan minda rakyat.

Pertemuan YB Saifuddin dan Walter Chia First Seceretary High Commision of the Republic of singapore. Pertemuan di adakaS di Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani Kedah

3. Kalau nak cari isu politik pun, tirulah Lim Kit Siang yang mempersoalkan isu Eurocopter yang mahal harganya. Sekurang-kurangnya tercabarlah juga minda nak jawab malahan, Uncle Lim boleh jugalah berbangga kerana isu itu diutarakan dengan disertai fakta sokongan walaupun hanya menggunakan angka-angka yang dipetik dari internet.

4. Ini Saifuddin cetuskan isu yang bersifat murahan, main tembak sahaja. Saya rasa ramai boleh jawab isu ini dengan gunakan logik akal.

5. Saya pernah berjumpa dengan Saifudin semasa pilihanraya kecil Bagan Pinang dahulu. Masa itu dia kecohkan salah seorang ahli PAS telah dipukul dan diparang sampai berdarah kepala budak itu, badan pun kena tetak.

6. Yang peliknya, baju kena tetak sampai koyak tetapi tidak ada luka dibadan (ilmu kebal kot), Saifudin pula gagal menjawab banyak pertanyaan pemberita (saya hadir pada sidang akhbar mengenai serangan itu menemani seorang rakan). Budak yang kena tetak tu pun tak datang, report polis pun tidak ada yang menceritakan pasal budak kena tetak tu.

7. Harakah Online sebelum itu menceritakan secara detail kes serangan tetapi kemudiannya,akhbar itu tiba-tiba menarik laporannya dan ini saya pun tertanya, "APA SUDAH JADI?"....ini samalah kelentong dengan Aziz Mamak Putera Umno yang mendakwa diri dia kena tumbuk, tapi rupa-rupanya gimik...buat malu je.

8. Berbalik pasal isu tadi, blogger Secure Malaysia ada menulis mengenai latihan perang yang melibatkan kapal KD Tuanku Abdul Rahman dengan kapal selam Peranchis SSN Rubis pada artikel http://securemalaysia.blogspot.com/2009_06_01_archive.html.

9. Latihan ini dimenangi oleh anak-anak kapal selam KD Tuanku Abdul Rahman dan secara logiknya, ia sudah menjelaskan bahawa kapal Scorpene kita telah pun membuktikan keupayaannya, tak akanlah latihan perang kapal selam di buat atas permukaan betul tak?

10.Untuk mendapatkan penjelasan, saya menghubungi sahabat baik saya, Fazalah Pitt yang berkerja untuk akhbar Suara Keadilan, rupa-rupanya beliaulah yang mengolah cerita tersebut. Hampehhhhh....tetapi tidak banyak yang beliau tahu kerana sumber berita tersebut beliau tidak dapat terus dari Saifudin sebaliknya dari kertas soal jawab parlimen.

11.Kononnya kapal selam itu tidak boleh menyelam di beberapa tempat dan ketika
menghampiri Teluk Sepanggar, Sabah ia terpaksa diiringi oleh kapal pengiring.

12.Secara logik, kenyataan itu mengakui bahawa kapal selam sebenarnya berfungsi dengan baik dan boleh menyelam tetapi dibeberapa tempat ia tidak boleh menyelam.

13.Semasa saya menghadiri majlis penerimaan kapal selam itu di Pelabuhan Kelang tempoh hari, kapal itu tidak menyelam sebaliknya diiringi oleh kapal pengiring kerana keadaan laut yang agak cetek disamping iringan itu lebih kepada tujuan ceremonial dan membantu kapal selam menghampiri dan berlabuh di jeti. Ini prosedur standard untuk kapal besar lagipun nak "parking" kapal selam tidak sama macam nak rapatkan kapal permukaan pada jeti.

14.Kapal pengiring itu pun bagi saya hanyalah untuk tujuan ceremonial sahaja, lagipun barang baru, dapatlah special escort, kalau dah setahun pakai, tidak adalah keistimewaan macam ini lagi.

15.Yang saya faham iringian itu memang untuk tujuan ceremonial, kerana majlis ketibaan kapal selam itu dibuat di Pelabuhan Kelang, Lumut serta Teluk Sepanggar (pengkalan kapal selam pertama Malaysia), selain dari itu lebih kepada tujuan untuk membantu kapal berlabuh.

16.Saya rasa penjelasan di atas sudah cukup untuk menerangkan mengapa kapal selam itu memerlukan kapal pengiring.

17.Bagaimana dengan kenyataan Saifudin bahawa kapal selam itu tidak boleh menyelam di sesetengah tempat??

18.Saya sendiri tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan kapal itu tidak dapat menyelam di setengah tempat tetapi saya andaikan begini.

19.Ada kemungkinan dakwaan "di sesetengah tempat" itu bermaksud kawasan yang tidak sesuai untuk kapal itu menyelam di sebabkan dasar laut yang cetek, trafik kapal yang sibuk seperti di Selat Melaka dan kawasan laluan yang dipenuhi pulau atau terumbu karang termasuklah kapal karam.

20.Pantai Malaysia mempunyai panjang 4,800 kilometer dengan keluasan laut 598,530 kilometer persegi.

21.Daripada jumlah ini, hanya kira-kira 60 peratus sahaja yang sudah diukur dan tahap pengukuran kedalaman dan pemetaan dibuat melalui 3 kategori iaitu : 1. Kawasan yang sudah diukur dan dicartakan mengikut standard. II. Kawasan yang sudah diukur tetapi belum memadai lagi dan III. kawasan yang belum pernah diukur.

22.Sehingga tahun 1998, Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) telah mengeluarkan 58 carta mengenai pemetaan laut tempatan dan maklumat itu ada yang dikumpul melalui kaedah yang sudah ketinggalan zaman dan ada menggunakan kaedah moden.

23.Sebelum ini, sehingga tahun 1987, peta dasar laut negara banyak dibeli dari England sehinggalah negara menubuhkan pusat hidrografinya sendiri pada tahun itu.

24.Carta dan peta laut negara yang moden serta lengkap akhirnya berjaya dibuat apabila TLDM membeli KD Perantau dengan harga RM100 juta yang lengkap dengan teknologi pengukuran digital termasuk Sistem Paparan Carta Elektronik, GPS dan boleh mencari objek di dasar laut menerusi sistem multibeam dan peralatan digital Sides serta Sonar yang boleh mempamerkan topografi dasar laut dengan jelas dan benar.

25.Sebelum itu pengukuran dasar laut dibuat dengan menggunakan tali (orang lama TLDM beritahu saya), macam mana dia ukur saya tidaklah tahu.

26.Yang saya faham, laut ini memang luas tetapi bukan boleh dilalui sesuka hati, lainlah lautan Atlantik atau Pasifik.

27.Kedatangan kapal-kapal selam negara akan membantu negara mempunyai carta kedalaman laut dengan lebih baik. Bayangkan bertapa payahnya krew-krew kapal hidrografi TLDM yang terdiri dari hanya dua kapal iaitu KD Perantau dan KD Mutiara nak buat pemetaan serta topografi dasar laut seluas lebih dari 500,000 kilometer persegi itu.

28.Sedangkan keluasan tanah Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah yang seluas 329,845 kilometer persegi itu pun tidak habis diukur, ini pula lautan yang diukur hanya oleh dua kapal sahaja.

sumber :




Panglima :

Harap penjelasan ini dapat sebarkan oleh sahabat semua kerana ia isu penting membabitkan KESELAMATAN NEGARA yang cuba dipermainkan oleh YB Pakatan Rakyat bernama Saifudin Nasution ini.

Profail lengkap tentang Saifudin Nasution dan Walter Chia dapat diperolehi di laman ini



Anda pasti akan terperanjat membaca pendedahan ini.


Bersama kita mempertahankan negara kita dari petualang yang ingin menggadai maruah agama, bangsa dan negara.

klik sini : Nt Anwar

8 ulasan:

lagenda berkata...

Salam Ziarahh

Bro depa tak dak idea dah la tu nak mengalihkan cerita tentang Azmin buat la cerita-cerita bodoh ni pulak......Rakyat tak pekak macam depa tu la tau bezakan yang mana benar yang mana salah

Tanpa Nama berkata...

alo bro...saya salah seorang pegawai TLDM di kapal hidrografi nak bagitau sketla..mmg saifudin nasutiong tu bangang..kapal selam mane boleh selam di tempat cetek..ada kedalaman minimumnya..dan kapal selam tak parking dalam keadaan tenggelam..macam mane orang nak keluar..ape ke bangang die tu..kapal escort sbb bentuk kapal selam tu sendiri bila nak berlabuh akan ditolak ombak n current jadi bahaya kalau hanyut..langgar or grounded..harap mangkuk tu bukak buku jane fighting ship

BeliaBenciAnwar berkata...

cayalah anon ... pendedahan dari org yg tahu selok belok benda ni penting ... mangkuk tingkat and d geng dah xder issue lah tu ... isu RM1 hengget pun dah jadik bahan lawak sekarang ni .. hahhaha

ISAC berkata...

Salam,

Kapal kontena kalau nak berlabuh kat dermaga pun kena tolak dengan "Tug Boat".


Ada juga MP yang bodoh....Satu lagi, untuk kapal dagang kapten kapal pun x boleh kemudi dan parking kapal sendiri masuk ke dalam kawasan pelabuhan dan ke dermaga. Pelabuhan ada zon dia di mana Malim akan "take over" kapal kerana hanya malim terlatih sahaja boleh mengemudi kapal dalam zon pelabuhan.

Walaupun kapten kapal perang/kapal selam boleh kemudi kapal2 mereka ke dalam naval base, tetapi kapal2 ni bukan macam kereta atau lori kontena yang boleh di kendali dengan mudah.

KHAIRUL NAZRI berkata...

Salam Panglima,

1. Secara peribadi saya berpendapat bahawa inilah akibat apabila kita bercakap sesuatu yang kita tidak tahu tetapi berlagak tahu kerana populariti.

2. Sedangkan dalam pada masa yang sama perkara yang kita pertikaikan itu sebenarnya menjaga keselamatan kita disepanjang masa.

3. Saya melihat ini betapa kita semua amat berasa selesa dengan keadaan semasa yang aman dan tenteram tetapi ada segelintir dari kita tidak berfikir dalam skop yang meluas cuba untuk mengeruhkan suasana.

4. Apabila sesuatu kesusahan terkena kepada batang hidung sendiri maka pihak yang dipertikaikan itulah yang pasti ditagih pertolongannya.

Manusia mudah lupa...

Cheguman berkata...

Demang turut sedih dengan prestasi pemimpin pembangkang yang tidak mencapai tahap (KPI) sepatutnya. Apa kata para pemimpin pembangkang diberi kursus khas dan jika masih tidak menunjukkan pencapaian terbaik maka digugurkan sahaja. Bukankah tiap-tiap bulan diorang dapat gaji dan elaun daripada duit rakyat?

PAPA GOMO berkata...

salam, ini saifudin barua singapura. sah kapal selam kita ni memang canggih. tu pasal singapore cuak...

celaka puak pkr haramjadah ni

Tanpa Nama berkata...

Cukuplah nak memburuk2kan scorpene.
Ada kata macam2, fitnah2 belaka.

Kata menyelam tak boleh sampai 30 hari lah, 2nd handlah. Yg cakap tu sumer tak tau cerita sebenar atau kemampuan kapal tu.

Scorpene tu baru satu je yg sampai, tapi Panglima perang Indo dah menjerit suruh Indonesia beli kapal selam baru.

Puak2 PKR tu hampa sebab mereka gagal menggagalkan kerajaan beli scorpene tu macam DAP gagalkan kerajaan beli eurocopter.

Cari Blog Ini

Translate