Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Disember 2009

Edisi BPN : Surat untuk Sekupangdua dan sahabat rakan blogger alam siber !!!

MalaysianFlag.jpg image by th3rdeyesight

Salam brother sekupangdua dan sahabat yang lain.. Membaca surat wasiat tuan ( di sini ) menjadikan hati saya tidak keruan. Kerana ia menandakan ada keretakan telah berlaku sehingga menjadikan api perjuangan yang marak ini telah bergoyang selepas ia tenang tanpa ada gangguan selama ini... Justeru itu saya mengambil peluang di pagi beberapa hari sebelum kita mengakhiri tahun Masihi dan Hijrah tidak lama lagi untuk mencoret sedikit pandangan dan cadangan kepada sahabat Sekupangdua dan blogger yang lain.

Perjuangan kita setakat ini selepas PRU 12 telah berjaya menentang beberapa isu isu penting termasuk isu Erdogan PAS, skandal kronisme MB Kelantan dan lain lain lagi. Kerana kita bergerak atas dasar demi Alif Ba Ta. Bukan kerana untuk apa apa atau kerana diberi apa apa. Buktinya sehingga kita kita terus berjuang walaupun kita tidak diberi apa-apa oleh pihak Kerajaan yang kita sokong selama ini. Kerana kita blogger rakyat yang tetap berjuang walau tiada nama dan diberikan ganjaran seperti harta atau pangkat... Perjuangan alam siber atau alam realiti perlu dielak dari dijadikan medan untuk mengangkat mana mana individu atau menenggelamkan mana mana individu.kerana individu akan jatuh tetapi negara dan bangsa kita tidak boleh sama sekali jatuh atau dijatuhkan.. Ia adalah warisan kita kepada anak cucu selepas ini. Surat Sekupangdua yang menyentuh isu ini sangat saya sokong.. Demi ketuanan Melayu kita !


Kita jangan terperangkap dengan permainan yang ingin menaik atau menjatuhkan seseorang. Kerana ia menggambarkan kerendahan mentaliti kita yang tidak dapat membezakan antara personaliti dengan nasib bangsa kita yang teruk diasak dengan serangan dari pelampau cina dan india dalam barisan sebelah sana.. Ia bermula apabila ada tuduh menuduh sesama blogger. Kerana sikap sesetengah blogger yang suka menggunakan taktik provokasi...Sikap melabelkan blogger pro KJ atau Mukhriz tentu sekali tidak dibenarkan oleh pimpinan tertinggi kita. Kerana ia mewujudkan sikap berpuak-puak dalam 'bahtera' perjuangan kita. ia hanya akan mencetuskan perbalahan dan tidak akan membawa keberuntungan kepada negara ataupun bangsa atau agama kita.

Justeru, untuk menyelesaikan isu ini apa kata kita singkirkan siapa sahaja yang terus memainkan isu pro KJ atau Mukhriz dari menjadi rakan perjuangan alam siber di blog kita masing-masing.. Mereka yang beria-ia mencetuskan perbalahan demi mempertahankan bos masing-masing atau mendakwa menyokong bos mereka dan memperkecilkan bos orang lain adalah 'musang berbulu ayam' yang tidak wajar berada dalam lingkungan kumpulan blogger yang ingin membela negara kita. Membiarkan mereka 'bebas' adalah tindakan yang salah dan harus dihalang dengan segera.


Sedangkan Allah Taala sudah berfirman :

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

( سورة الحجرات , Al-Hujraat, Chapter #49, Verse #11)

Mereka ini sebenarnya tidak memahami atau buat-buat tidak faham apakah yang patut dibuat di saat kita sedang diasak dari arah kanan dan kiri atas dan bawah dan hanya mementingkan amarah dan dendam peribadi sahaja. Untuk permulaan apa kata kita beri AMARAN kepada blogger yang memainkan isu perkauman antara blogger Melayu ini dan disingkirkan dari senarai blog di tempat masing masing jika masih terus berdegil untuk memainkan sentimen 'puak-puak' tersebut.. Masalah ini harus dihentikan segera tanpa memerlukan campur tangan pimpinan teratas negara kita. Siapa sahaja perlu berhenti bermula sekarang dari terus mencetuskan huru hara sesama blogger dan sesiapa sahaja yang menjadi blogger dan mendapat imbuhan individu tertentu dan bersungguh menaikkan 'tauke' mereka jangan keterlaluan dalam soal ini. Perbalahan dalam blog atau facebook perlu dihentikan mulai sekarang dan mari kita rapatkan perpaduan sesama kita agar matlamat menyedarkan rakyat tentang bahaya PEMBANGKANG yang giat menyentuh hak hak istimewa Melayu dan Agama Islam akan berjaya.

Kita harus berusaha keras dan mengelakkan gangguan ini dari menghalang perjalanan kita atau kita akan menyesal kerana menghabiskan masa kepada perkara yang sia-sia. Ayuh sahabatku samada pro KJ atau Mukhriz atau sesiapa sahaja agar mari kita bergandingan tangan dan terus melangkah gagah ke hadapan untuk membela bukan diri atau pemimpin kita tetapi membela nasib agama bangsa dan tanah air. Dengan lafaz Bismillah dan dengan tawakkal kepada Allah mari kita susun kembali pasukan blogger kita agar tidak dihasut oleh syaitan yang sentiasa mahukan kita agar terus bertelingkah dan bergaduh sesama sendiri. Semoga perjuangan kita akan dirahmmati dan mendapat pertolongan dari ALLAH TAALA. kepada Sekupangdua, kami akan menunggu anda kembali meneruskan perjuangan alam siber dan semoga kita semua akan terus gigih berjuang dan ikhlas..

Yang benar,

Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com
10.47 pagi, Selasa, 15 Disember 20009

13 ulasan:

pejuang/// berkata...

Salam perjuang,
Pejuang/// tertarik dengan artikel panglima. Persoalan dan jawapan yang jelas adalah SIAPA YANG MELIBEL seseorang bloggers itu pro KJ? Dan siapa pula yang secara terang-terangan menujukan dia pro Mukriz? Pejuang/// secara jujur menerima para sahabat tidak kira mereka pro kepada sesiapa asalkan PRO UBN. Soal pro kepada seseorang individu itu, bagi pejuang/// perlu ada batasnya. Berbalik kepada parpukari, pejuang/// mempertikaikan kenapa UMNo Perak memilih parpu yang di kenali secara terang-terang menggunakan blognya menghina dan memaki KJ dan beberapa pemimpin yang lain. Secara jujur sepatutnya UMNo Perak memilih bloggers yang tidak menunjukkan dirinya pro kepada seseorang individu. Kini bila parpukari menerajuinya semestinya bloggers yang MEMBENCI beliau tidak akan sesekali bersama. Bila luahan di keutarakan tetapi tidak di endah maka jalan yang terbaik biarlah pejuang/// dan mungkin sahabat yang lain hanya melihat dari luar gelanggang. Namun sesungguhnya tindakan UMNo Perak telah mengakibatkan bloggers di Perak berpecah dan menganggap PARPUKARI LIABILITI KEPADA UMNO PERAK.

Tanpa Nama berkata...

aku bersetuju dengan apa yang panglima katakan, cukup jelas dan aku rasa sememangnya kita perlu bersatu dan menghindarkan puak juak KJ ataupun Mukriz. aku sebagai seorang anak jati perak cukup paham dengan sekupangdua, percayalah dia ikhlas dan menjadi sejarah kerana aku tahu dialah yang menyatukan para blogger untuk di perak, kalau ditanya aku sendiri akui sdr parpukari sendiri mahsyur di perak adalah kerana dia. aku sedih dimana perginya penghargaan terhadapnya yang seorang diri mencari kawan-kawan cycber dan menyatukan sebagai angkatan perang. walaupun ramai yang punya nama tapi apakah mereka juga sanggup berkorban demi bangsa melayu apatah lagi membina satu angkatan perang. perlu ingat dan fikir apa pula jasa tuan-tuan sekelian.

Saya cukup sedih, sebenarnya pihak blogger Pakatan Rakyat merayakan kehilangan saudara sekupangdua, terfikirkah tuan-tuan satu lagi pengorbanan yang begitu besar yang sanggup sekupangdua lakukan demi untuk penyatuan,

SDR SEKUPANGDUA SAYA TETAP BERBANGGA DENGAN TUAN, BAGI SAYA INI PENGORBANAN YANG PALING BESAR, SDR SANGGUP KORBANKAN BLOG KESAYANGAN TUAN DEMI PENYATUAN SEMULA, DUNIA PEJUANG MELAYU BUKAN MILIK KJ MAUPUN MUKRIZ, kita tunggu dua pemimpin ini adakah dia kisah bila kehilangan pejuang seperti sdr sekupangdua. kalau mereka berdua masih menyepi saya kira golongan inilah yang patut kita hancurkan selain dari pakatan rakyat.

Rakyat Darul Ridzuan,

Razif AR Al-Marbawi berkata...

saya sokong panglima!

jangan biarkan blogger pro sesiapa pun di dalam saf kita. blogger yang patut ada dalam barisan kita adalah blogger yang benar-benar ikhlas dalam menegakkan ketuanan Melayu dan menghapuskan anasir-anasir yang ingin menjahanamkan Malaysia tercinta ini!

saya sedih sekiranya negara kita terlepas ke tangan musuh kita.

Astaghfirullah. Allahu akbar!

Panglima Perang Cyber berkata...

sahabat semua, saya setuju jasa sekupangdua sangat besar.

UMNO Perak harus menilai kembali pemilihan blogger agar tidak menjadi liabiliti kepada parti.

Tindakan meminggirkan sekupangdua boleh merosakkan 'mood' blogger...

walaupun kita tahu sebagai anak Melayu saudara sekupangdua sangat kuat dan tabah mengorbankan perasaannya.

Umno perlu mengambil kira faktor yang penting ini dan jangan sesuka hati membuang orang berjasa seperti sekupangdua.

Jangan kita membuang sepah selepas menghisap madunya..

Sekupangdua perlu meneruskan perjuangan dan jangan mengalah...

PAPA GOMO berkata...

dah habis pemilihan UMNO...apa lagi nak perang sana sini depa ni semua...
akal ada ka takda pun aku tak tahu...

ni sekupang dua orang lama. sebelum ni perak pun dia lah banyak guide blogger. tapi dah kena cantas. moga sekupang dua bersama kita dan jangan ambil hati.

biasalah tu dalam politik. dalam BLOGGER pun ada permainan politik juga.

AntiAnwarDAP berkata...

hamba setuju depan saudara panglima.....tidak kisah siapa yang kita sokong...tetapi dalam ketika ini ada lagi perjuangan yang lebih besar untuk kita tempuhi dan perangi...kita sekrang berada diatas satu bahtera...kenapa nak diwujudkan dua kapten...nanti musnahlah bantera kita...dan akhirnya bahtera musuh yang selamat sampai...dan kita terus terkapai...

AntiAnwarDAP berkata...

hamba setuju depan saudara panglima.....tidak kisah siapa yang kita sokong...tetapi dalam ketika ini ada lagi perjuangan yang lebih besar untuk kita tempuhi dan perangi...kita sekrang berada diatas satu bahtera...kenapa nak diwujudkan dua kapten...nanti musnahlah bantera kita...dan akhirnya bahtera musuh yang selamat sampai...dan kita terus terkapai...

taipingmali berkata...

saya juga sedih dgn ketiadaan sekupangdua. dia juga byk membantu TM dalam dunia maya. TM sgt terhuang budi dgn beliau..

Tanpa Nama berkata...

ada baiknya panglima perang cycber mainkan peranan sebagai pemimpin saf hadapan memastikan semua para blogger tidak ada sifat kroni KJ dan Mukriz, kerana saya lihat mesej yg di bawa oleh sekupang dua ialah supaya tidak mahu blogger berpecah,

lakukan sesuatu sahabat!

Tanpa Nama berkata...

RASANYA ADA PEKARA YANG HENDAK DISAMPAIKAN OLEH BLOGGER SEKUPANGDUA, FIKIR-FIKIRKAN LAH, ADA BAIKNYA KITA BERTINDAK SEBELUM BARAH MEREBAK KEPADA KAWAN-KAWAN LAIN

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak setuju golongan berpuak-puak didalam blogger-blogger yang memperjuangkan kemenangan maruah bangsa MELAYU. Adakah SEKUPANGDUA juga merupakan blogger yang menyokong Mukriz ataupun KJ?

MARILAH KITA BERTAUT

Tanpa Nama berkata...

Saudara Sekupangdua memang pro mukriz ker?

YANG GAMBI berkata...

Panglima, kawan setuju sangat dengan paparan ini, kita sebagai blogger yang berjuang di alam cyber menulis bukan kerana di bayar atau kerana seseorang individu...... kawan menulis kerana menentang kemungkaran pengkhianat bangsa di dalam blog.... untuk anak cucu cicit di hari depan....

Mengapa harus kita menghina, mengutuk semasa sendiri kerana upah atau megeluarkan rasa marah kerana tidak diupah atau tidak dipedulikan.....

Cari Blog Ini

Translate