1. BPN memandang serius saranan Perdana Menteri di laman 1Malaysia ( di sini ) yang mahukan blogger mengamalkan kod etika yang boleh menjadikan mereka dihormati oleh semua pihak. Antaranya :
• Be honest and fair in gathering, reporting and interpreting information
• Never plagiarise
• Identify and link to sources whenever feasible
• Never publish information they know is inaccurate - and if publishing questionable information, make it clear it's in doubt
• Distinguish between advocacy, commentary and factual information
• Admit mistakes and correct them promptly
• Show good taste. Avoid pandering to lurid curiosity
• Explain each blog's mission and invite dialogue with the public over its content and the bloggers' conduct
• Disclose conflicts of interest, affiliations, activities and personal agendas
• Abide by the same high standards to which they hold others
2. BPN telah mengenalpasti ada blogger yang menzahirkan sokongannya kepada Kerajaan/BN namun masih mengamalkan budaya 'kotor' dalam menjadi seorang blogger. Termasuklah mengugut PM jika melantik individu tertentu menjadi anggota kabinet dan mengutuk Ketua Pemuda UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan sehingga menimbulkan polemik sesama blogger yang berjuang membela negara.
3. Budaya ini sangat tidak sihat di dalam usaha Perdana Menteri untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat dan sebagai Blogger Pembela Negara kami tidak akan membiarkan blogger seperti ini berada di dalam senarai blog di kalangan 85 ahli BPN termasuk 22 Penyokong BPN. Usaha ini juga akan disokong oleh blogger-blogger yang lain kerana mereka juga meminta BPN memainkan peranan yang berkesan di dalam mengatasi masalah yang semakin membarah ini.
4. Untuk itu BPN mendesak blogger yang dimaksudkan agar berhenti dengan segera dari terus menggunakan pendekatan kasar, kesat di dalam mengkritik/ memalukan pemimpin tertentu termasuk menggunakan perkataan ugutan terhadap Perdana Menteri sehingga menimbulkan suasana tidak sihat di kalangan blogger yang pasti akan menjejaskan usaha ke arah mencapai kemenangan di PRU akan datang.
5. Jika tidak, maka kami terpaksa mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan blog-blog mereka yang melampau dari senarai blog kami dan meminggirkannya dari terus berada bersama kumpulan yang membela agama, bangsa dan negara. Tempoh diberikan sehingga 17 Disember Khamis 11.59 malam pada 1 Muharam 1431.
Mereka juga perlu meminta maaf kepada semua pihak yang dihentam dan memadamkan semua artikel yang telah mengguris perasaan sebilangan pihak yang lain di dalam UMNO dengan kadar segera.
Semoga kita akan menjadi blogger yang menyatukan rakyat berbilang bangsa dan agama dan menolak sebarang bentuk provokasi yang boleh menjejaskan keamanan yang kita kecapi selama ini khasnya di alam siber.
Sekian, terima kasih !
Yang benar,
Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com
harap dapat disebarkan oleh rakan-rakan samada geng BPN atau bukan !!!
23 ulasan:
Pejuang bangsa menyokong !!!
gap sokong
kepada bloger sila fokus untuk rampas semula kesemua kerusi parlimen/dun yang hilang. !
Salam Pang5, benarlah pendapat tuan.... kekadang dalam hati kawan yang baru menceburi mediacyber tertanya-tanya..... apakah benar semua blogger diupah untuk menulis, bukahkah kita menjadikan blog sebagai ruang memberi/meneriama pendapat.......
Ada juga kawan jumpa blog yang kononnya pejuang bangsa tetapi meluahkan kemarahan kerana tidak dipedulikan orang tertentu.... kenapa jadi begini....
Tahniah, semoga segera diatasi.
UMNO dah cukup parah untuk melihat polemik dan konflik dalaman yang diperpanjangkan.
Atas alasan apapun usaha menelanjangkan sesama sendiri perlu dihentikan. Apa lagi dengan pelbagai manipulasi dan tohmah.
Kalaupun mahu mengkritik, tentu ada beza antara antara pengkritik dalaman dan pengkritik luar.
Mereka semua kena faham, pada ketika UMNO sedang tercungap survive, apa saja unsur yang tidak menyumbang kepada kekuatan UMNO elok dikemudian atau diketepikan.
Sebarang agenda selain dari usaha membela negara, memperkuatkan UMNO, sebaiknya elakkanlah.
Perlu ada di jiwa pejuang, malah orang UMNO, sikap saling menerima, bina perpaduan, kuatkan pasukan. Bukan dendam dan saling melemahkan.
Karam UMNO, bukan generasi hari ini saja yang akan menderita, malah kita akan dihina oleh anak cucu kita yang bakal kehilangan pembela.
Masyaallah... tragedi bagaimana lagi yang boleh menyedarkan kita semua...
Walaupun Yeop Parit tdak tersenarai dalam BPN, tetapi Yeop Parit tetap berpegang kepada etika berblog seperti yang disarankan oleh PM. Semua catatan dan artikel yang ditulis Yeop Parit lebih menjurus kepada prinsip berikut iaitu : Merungkai yang Kusut, Mencanai yang Karut, Menyampai yang Patut. Yeop Parit turut membangkitkan perkara ini dalam blog Yeop Parit seperti catatan berikut:
Berhenti buat seketika untuk mencanai yang karut oleh pembangkang, Yeop Parit terpanggil untuk membicarakan tentang isu KJ, antara bloggers yang pro dan anti KJ, khususnya dalam konteks perlantikannya sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. Sebenarnya Yeop Parit tidak menyebelahi mana-mana pihak, atau dikatakan tidak berpendirian, malah bukan juga untuk menjadi pemain yang selamat, tetapi sekadar ingin meluahkan pendapat dan perasaan. Yeop Parit akan tetap menyokong siapa saja yang dilantik menganggotai saf kepimpinan DS Najib, asalkan individu yang dilantik itu dapat menggalas tangungjawab yang diamanahkan dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada parti. Itu yang lebih penting dan menjadi prinsip Yeop Parit sejak agak sekian lama bergiat dalam politik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa dalam politik pelbagai kemungkinan yang tak diduga dan disangka boleh terjadi. Namun, janganlah pula kita kecewa dan putus asa kerana itu merupakan permainan dalam politik. Masing-masing memiliki kekuatan dan kelemahan sendiri.
Apabila bloggers lain sedang sibuk untuk membangun dan memperkasakan UMNO dan BN yang menjadi wadah perjuangan, kita pula asyik bertelagah sesama sendiri hanya sekadar hendak menjadi juara kepada individu tertentu. Kita janganlah sibuk untuk menentukan siapa yang perlu dan tak perlu dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri, malah bertindak mendahului dan melebihi bos. Serahkan saja perkara ini kepada PM dan Timbalan PM, kerana mereka lebih mengetahui serta lebih berhak menentukan siapa yang layak dan sebaliknya. Mungkin kita ingin menyampaikan pendapat dan pandangan, tetapi biarlah berpada-pada sesuai dengan adat orang Melayu, yang berlapik apabila bercakap, dan hendak bergurau biarlah bertempat. Janganlah pula kita berasa kecewa apabila pandangan kita tidak diterima lantaran merajuk sehingga hendak meninggalkan parti yang sudah banyak berjasa kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia. Itu bukanlah pejuang yang tulen. Sepatutnya kita sebagai bloggers penyokong kerajaan perlu merungkai yang kusut dan mencanai yang karut daripada serangan dan tindakan pihak pembangkang demi untuk mempertahan parti dan kerajaan. Dan yang lebih penting kita perlu bertindak dari sekarang untuk menghadapi perkara yang lebih penting dan besar, iaitu PRU 13.
Pertelagahan sesama kita bukan sahaja akan merugikan dan membuang masa, malah akan diambil kesempatan oleh bloggers pembangkang yang kini semakin kecut perut dengan kehadiran ratusan bloggers pro kerajaan yang berjuang di alam siber tanpa rasa jemu dan muak. Janganlah mematahkan semangat para bloggers tersebut. Itu yang lebih penting daripada masing-masing cuba untuk menegak benang yang basah, dan menjadi juara kepada individu tertentu. Lihatlah bagaimana cubaan Anwar untuk tumbangkan kerjaaan hampir berjaya (klik sini) semasa pengundian kelulusan bajet, perlu dijadikan iktibar.
Justeru, Yeop Parit amat mengharapkan agar yang pro dan anti KJ, berfikiran rasional, merenung sejenak, bermuhasabah diri dan duduklah semeja berincang secara profesional dan intelektual untuk mencari jalan penyelesaian. Rapatkan kembali saf dan hulurkan semula salam persahabatan. Marilah kita bangun sederap berjuang dengan tulus ikhlas menentang puak pelampau yang semakin rakus itu. Sesunguhnya, hayatilah pepatah - untung sepanjang jalan, malang sekejap mata - bermaksud untuk berjaya sangat susah tetapi untuk gagal sangat mudah. Link (http://yeopparit.blogspot.com/2009/12/hentikan-berbalah-serah-kepada.html#comments)
Sekian... SALAM PERJUANgan
Salam Pang5.
Setuju dengan Pandangan tuan.Agenda dan niat kita cuma satu.Supaya apa yang didedahkan dapat menyedarkan bangsa melayu dari tipu daya sekutu-sekutu kapiaq harbi yang bijak memperalatkan Agama demi politik "Dajjal" mereka.
Sebelum ini mereka tidak berpeluang mendapat berita kebiadapan segelintir pemimpin mereka yang bijak bermuka-muka dan bijak memutar belit kata kerana mereka berkhiblat pada kitab politik"Dajjal" yang menipu bangsa.
Segala kebiadapan diselindung disabalik serban dan ketayab pemimpin mereka.Hari ini mereka perlu dicelikkan mata yang telah lama buta!!
Wassallam.apbs!
terima kasih kawan2..
kita perlu ikhlas berjuang dan tidak menyakiti hati sesama sendiri.
fokus kita perlu tetap ke arah pembangkang dulu, kini dan selamanya..
Alhamdullilah, bersyukur kehadrat Ilahi bila perjuangan pejuang/// dalam mencari pembelaan di alam cyber ini akhirnya berjaya atas bantuan dan kerjasama sahabat-sahabat bloggers BPN khasnya YDP BPN Panglima Perang Cyber.
Pejuang/// dengan ini menyokong penuh atas RESOLUSI yang dikeluarkan oleh BPN dan atas tanggungjawab sebagai pembela AGAMA, BANGSA dan NEGARA, pejuang/// dengan rendah diri menyusun sepuluh jari andai kata sekiranya dalam artikel pejuang/// sebelum ini ada yang menyinggung perasaan segelintir pembaca.
Dan dengan ini pejuang/// akan kembali aktif serta akan memastikan perjuangan pejuang/// adalah selari dengan kehendak BPN dalam membela nasib AGAMA, BANGSA dan NEGARA.
Salam
Seorang blogger sepatutnya memberi pendapat dan pandangan walaupun terdapat perbezaanya dengan cara berhemah dan sopan tutur tulisannya...pendekatan reverse psikologi atau pun kiasan adalah cara terbaik untuk meluahkan ketidakpuashatian kita pada sesuatu...walaubagaimanapun ingat,jgn terlalu taksub menegakkan sesuatu tanpa fakta yg kukuh...hidup BPN!
1. "Be honest and fair in gathering, reporting and interpreting information" - they are honest what??? honest to say what they feel about umno, pm, kj, nazri. And they are fair! Penulis yg menyokong umno tapi masih menegur umno, pm... masih fair. Kalau sokong membuta, itu tak fair. Apa kita fikir mereka masih adil kalau mereka masih sokong org yg terbukti amalkan politik wang?
2. "Ketua Pemuda UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan" - Kalau lawan one by one, boleh ke 'ketua pemuda' tadi menang?
3. "85 ahli BPN termasuk 22 Penyokong BPN" - Umno tak perlukan kekuatan orang2 yg menyokong membabi buta. Apa perlu sokong Ketua pemuda yg terbukti politik wang. Cuma dibenarkan lagi bertanding sebab ayah mertua dia presiden UMNO?
3. "menjejaskan usaha ke arah mencapai kemenangan di PRU akan datang." - Yg mengundi bukan blogger. BUKAN BLOGGER. Yg mengundi adalah rakyat yg melihat usaha pemimpinnya. Yg mahu rasuah/politik wang dari terus berleluasa. Yg mahu pembangunan. Yg mahu islam tak dikuasai amerika. Org kampung tak baca blog. Tapi kalau dia tahu pemimpin Umno tadi terlibat politik wang dan dibiarkan. Mereka takkan undi BN. As simple as that. Undi bukan perlu belajar roket sains!
5. "Tempoh diberikan sehingga 17 Disember Khamis 11.59 malam pada 1 Muharam 1431." - Tidak ada siapa yg perlu takut utk di keluarkan dari senarai blog BTN. Setakat senarai. Apa senarai BPN/BTN ape ntah lagi lebih penting dari tanggapan org yg umno tak berusaha bersungguh2 utk bersih dari org yg perasuah dan biadap? Nak sama dengan kebiadapan Pas dan PKR?
Panglima,
Kalau sultan kita buat silap, kita kena tegur. Rakyat kena tegur. Kalau rakyat tegur dengan biadap kita ajar utk beradap. Tapi teguran masih valid. Kalau kita biarkan sultan buat silap. Then, one day... terima sajalah yg sultan tadi takkan berkuasa lagi. Dan negeri akan hilang. Dan pastinya, jawatan panglima entah kemana.
Saya mahu panglima siarkan komen ini. Atau blog bpn ini lebih kurang sama saja dengan blog Pakatan Rosak yg lain tu. Ambil komen sebelah pihak.
*yg menyokong umno sejak kenal berumur 10tahun - dulu kini dan selamanya*
aku sokong....
walaupun kita tak di BAYAR namun kita punya ahlak lebih mulia dari spesis ni...
Salam YDP...saya budak mentah lagi dlm arena ni..diharaplah dpt tgk2kan isi kandungan blog sye klu2 dah terlanjur kata..teguran dari rakan2 bpn amatlah diharapkan..terima kasih.
Salam Ziarah......
Setuju dengan Panglima.....Janganlah menjadikan blog ini pilihan untuk memecah belahkan sesama parti
SALAM...PEMUDA BALING TURUT SERTA MENYOKONG DAN PATUT DIKENAKAN TINDAKAN KEPADA MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB...
http://sekretariatbnbaling.blogspot.com/
Sokong 101pcent.
Kita sepatutnya menyokong pemimpin pilihan rakyat. Kalau kerana kita tidak suka satu satu pemimpin jgnlah kita secara terang terang guna bahasa tak elok mempertikaikan kelemahan pemimpin tersebut. Tujuan kita untuk menyatukan serta memberi maklumat tentang perjalanan kerajaan BN serta UMNO khususnya.
Andaikata kita tidak suka atau hendak memperendahkan sesuatu pemimpin maka kita ada saluran tertentu yakni memberi buah fikiran kepada PM menerusi blog atau facebook.
Secara peribadi, perbuatan semacam ini bukan saja memporak- perandakan sesebuah "rumah" malah penyatuan yg kita ingin capai dalam usaha kita buka blog blog pro kerajaan ini tidak kesampaian. Kita sepatutnya bersatu hati serta fikir secara positif bukan negative kerana kita tidak suka seseorang. Sepatutnya kita perlu beri peluang serta monitor keupayaan pemimpin kalau kita tidak memberi ruang atau selalu salah sangka dan tidak percaya pada perubahan maka pemimpin yg "bertaubat" ingin kembali memberi the best he can pada rakyat tidak kesampaian.
Ahli ahli sendiri tidak bersatu hati berpuak puak malah ada dikalangan ahli berfikiran lama, umpama "kalau hati cakap tidak suka, maka tidak sukalah jawapanya tidak mahu berkompromi".
Maka eloklah kita memperbaiki diri kita serta berfikir ke arah masa depan demi anak anak kita yg kian membesar, jgnlah kita membiarkan kegembiraan serta keriangan anak anak kita di satu masa nanti bertukar menjadi mimpi ngeri dan ketakutan akibat bangsa kita yg suka berbalah dah tidak bersatu hati andaikata bangsa bukan islam mengambil tampuk pemerintahan.
MctHeory menyokong etika blogger yang digariskan oleh BPN. Kadang kala ada blogger (Kononnya wakili UMNO) yang melampau makinya dan mengunakan bahasa kesat sehingga memalukan orang yang membacanya. Padahal dia membawa imej UMNO, orang sebegini patut ditegur.
Saya tidak bertuankan orang untuk berjuang, perjuangan saya demi agama bangsa dan negara
menang pahit untuk bercakap benar
sokong pang5...
Salam BPN-
Proses pembersihan didalam UMNO mesti diteruskan, senagaimana yang di maksudkan.. Yang salah ttp salah walau apa juga pangkatnya MP, Menteri atau sesiapa pemimpin yang diamanahkan untuk memikul tanggungjawab. Krisis keyakinan kepimpinan dalah berpunca daripada pemimpin yang sedemikian.
Akar umbi berhak menyuarakan apa juga pandagan mereka terhadap permimpin.
Konsep menerima pandangan atau kritikan perlu ada dari kaca mata seorang pemimpin. Jika benar pemimpin tersebut telah melakukan kesalahan dan dibuktikan. tiada jalan bagi dia tidak menerima kritikan.
Menyokong pada kepimpinan yang menjadi liabiliti didalam UMNO akan merosakkan UMNO itu sendiri, barah akan mrenular kepadak bidak bidak yang dicaturkan diperingkat bawahan. Akhirnya kita akan kalah di dalam PRU 13. Kerana pemimpin ini ada didalam bariasan.
Fikir fikirkan lah.
Bagi pandangan saya bukan hanya blogger yang harus meminta maaf diatas kesalahan tulisan mereka.. tetapi pemimpin ini juga harus menjelaskan tuduhan yang dilempatkan untuk mengembalikan keyakinan kepada rakyat.
Bagi saya yang salah tetap salah.. tidak kira apa jawatan dia, kerana dia pemegang amanah. Tiada Kompromi..
Berani ker... nak boikot blog parpukari yang kuat carut dan blog jeffrydamien yang suka siar gambar lucah. Hampeh!...
Cuma mungkin saya bernasib baik bukan ahli dalam blogger BPN. Maka saya rasa tidak terikat dengan mana-mana peraturan dalam perjuangan saya untuk kepentingan Agama Bangsa dan Negara, dan tidak terikat saya untuk mengkomen siapa sahaja pemimpin kerajaan atau pembangkang tapi dengan berhemahlah kan, mungkin juga saya tidak bernasib baik kerana bukan ahli, mugkin dengan menjadi ahli BPN atau ahli yang berkaitan untuk memuji dan memuja pemimpin ada kemudahan atau ada kepentingan atau ada imbuhan bagi menjalakan aktiviti di alam maya ini?
Tetapi sepengalaman saya di alam maya ini, belum lagi yang saya nampak teguran dan kritikan oleh blogger yang pro dan kon itu suatu pekara yang boleh merosakkan dan menjejaskan perjuangan parti, tetapi mungkin kepada menjejas dan merosakkan individu yang mungkin sakit hati, tetapi ianya lebih kepada teguran yang untuk memastikan jentera yang mencorak parti berada di dalam keadaan yang lebih sedia bagi menghadapi badai PRU yang akan datang, saya percaya kita tidak mahu melihat apa yang sudah berlaku semasa PRU lepas, apabila hampir kepada PRU maka barulah Blogger2 negara dan pemimpin pemimpin hendak membersihkan jentera2 di dalam parti, ini tidak akan memberi masa kepada rakyat khususnya unutk menilai dan kesan yang tidak baik untuk parti
Kalau kita lihat bukannya banyak sangat pun pemimpin UMNO yang sedang di nilaikan prestasi mereka, kalau terus menyekat akar umbi bagaimana kita mahu menjayakan laugan PM sendiri yaini Rakyat di dahulukan dan pencapaian di utamakan?
Hanya pandangan(dengan izin)....walaubagaimanapun teguran PM itu kena di beri perhatian
terima kasiha atas komen sahabat semua yang menggunakan ikon blog masing-masing.
semua komen telah diangkat ke ruang artikel untuk dibaca sahabat yang lain.
Komen nama tidak berdasarkan blog tidak disiarkan demi mengelak tuduhan 'komen palsu' yang direka oleh panglima.
meskipun ada komen negatif tetapi saya bersyukur ramai sahabat setuju tentang perlunya kita mengamalkan kod etika sebagai blogger.
Jika tidak kita hanya menjadikan blog kita sebagai sumber fitnah dan penuh fakta yang auta.
sempena tahun baru hari ini marilah kita membuat perubahan dalam menempuh tahun baru.
mari kita bersatu dan menentang permusuhan sesama sendiri.
Perjuangan belum tamat dan seolah-olah baru sahaja bermula...
terima kasih sekali lagi atas komen semua.
salam Jumaat Awal Muharam.
Demang sokong 100%. (maaf, terlambat sebab bercuti di kampung. Broadband kat kampung tak cukup kuat, setakat boleh 'update' blog dan email sahaja). Celcom kena tengok-tengok kampung Demang tu).
Catat Ulasan