Kebebasan bersuara seperti hampir tiba penghujungnya apabila hackers yang menggunakan blog Analisis Ringan milik saudara 'Kumbang' sebagai pusat pelancaran serangan telah menggodam 200 blog yang giat membela Kerajaan.
Ia dikatakan bermula selepas penerbitan artikel yang mendedahkan tembelang Anwar Ibrahim di blog beliau. Kumbang berjaya menulis tentang sekularisme, Anwar Ibrahim dan kaitannya dengan Yahudi serta hubungan erat beliau dengan pendokong Islam Liberal di Indonesia..
Jika berminat sila baca artikel tersebut di blog AIDC di bawah :
Adakah serangan ini dilakukan sebagai tindak balas atas apa yang dipaparkan oleh blogger berhubung kepalsuan perjuangan pembangkang di sebelah sana selepas mereka gagal mencari jawapan untuk mematahkan hujah hujah kita ?
Terima kasih Cheguman ( Timbalan YDP BPN ) atas makluman untuk yang disiarkan di blognya ( di sini ). Maaf kerana saya terlewat memberi respon dan tidak menjawab telefon kerana keletihan selepas pulang dari urusan luar kawasan di Pulau Pinang sejak semalam. Hanya pagi ini jam 4.00 pagi baru saya dapat menulis isu ini selepas mendapat gambaran yang jelas berkenaannya.
Saya juga sebelum itu telah menerima kiriman sms dari Blogger Azli Shukri berhubung perkara ini dan tidak menyangka sedikitpun bahawa ia telah melibatkan 200 blog pro kerajaan. Sungguh serius sekali serangan mereka kali ini meskipun ia telah pun bermula bukan kali pertama.
Mungkin ia menunjukkan serangan padu blogger kita telah mencemaskan pihak sana hingga terpaksa membuat serangan jahat terhadap blog yang berani membela negara. Apatah lagi Anwar Ibrahim turut kecewa dengan situasi yang berlaku kerana blogger mereka dilihat telah gagal mempertahankan beliau seperti tulisan blog AIDC di sini http://www.anwaraidc.com/
Mereka sedar mengubah pemikiran rakyat akan jauh lebih susah apabila kita sering bangkit dengan jawapan dan huraian yang lengkap dengan fakta dan juga hujah yang meyakinkan. Namun jika kita juga leka dan lena maka tugas mereka akan lebih mudah lagi. Maka insiden digodam ini sepatutnya membuatkan kita semua perlu lebih bersedia dan berhati-hati.
Komen saya : Kepada Kumbang dan rakan-rakan yang lain, jangan kita menyerah kalah walaupun kita diserang dan jangan ada yang termakan dengan percubaan mereka yang cuba melagakan kita sesama sendiri.
Teruskan usaha dan jika satu blog berjaya dihancurkan oleh mereka maka saya pasti akan ada 1000 blog yang lain lagi akan muncul meneruskan perjuangan suci lagi murni ini.
Sebagai YDP BPN maka kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bermoral penggodam ini dan meminta mereka agar bersemuka dengan hujah bukannya melalui tindakan yang tidak bertamadun ini.... Tindakan ini tidak akan menambahkan sokongan untuk Anwar Ibrahim bahkan akan menjatuhkan lagi imej dan reputasi beliau yang anda sokong sekarang ini...
Ayuh sahabat semua jangan tunggu lagi, majulah ke hadapan dengan semangat jihad siber yang mantap demi agama,bangsa dan tanah air kita.. Korbankan masa, wang dan tenaga kita untuk menjamin warisan keamanan dan kestabilan negara ini akan terus berkekalan sepanjang masa...
Takbirrrrrr
Allahu Akbar !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
11 ulasan:
Hamba pun kena gak semalam. Tapi dah ok dah.
Sedih betul byk blog BPN kena jugak angin betul...gamak tul org yg tak betanggungjawab buat kerja mcm ni...agaknya panas punggung kot dgn blogger BPN dan cuba nak memecah belahkan BPN.
salam buat sahabatku panglima dan ahli BPN semua,
selamat berjuang!
tengok-tengok juga blog ni, dan buat la apa-apa yang anda rasa perlu. blog ni kalau dibiarkan akan memudharatkan orang melayu-islam.
sila lihat blog ini:
http://alya-diyanah.blogspot.com/
wassalam.
Salam, Panglima.
Tahniah atas posting yang sangat mantap ini.
Perjuangan tetap diteruskan. Kita akan rapatkan saf bagi menghadang serangan seterusnya.
Allahu Akbar.
http://anakomak76.blogspot.com/2009/12/bpn-dah-jadi-bpm-blogger-pembela.html
CLJ : tq atas respon
Anon : sokongan anda diperlukan.
Sahabatku Sangtawal : terma kasih atas makluman anda.
kita akan siasat dan sebarkan..
cheguman : tersangat ke ? hehehe.
Anon : promosi anda berjaya menarik saya ke sana...tq
Salam,
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok mengutuk sekeras-kerasnya manusia jenis ini.Akibatnya laman blog kami juga turut mengalami gangguan.Alhamdulillah,kami mempunyai team yang amat mantap.Kepada manusia berkenaan,AWAS!Kami sedikit pun tak gentar.Lawan TETAP lawan.Salah tetap salah.Anda buat hampir 200 blog terjejas..tapi 200 blogger ini TAK gentar..hilang 1 berjuta yang akan muncul.
Teruskan perjuangan kita jangan putus asa.
Salam BPN!WALAUPUN NOTEBOOK SAYA CORRUP DIBUATNYA APABILA MEMBUKA BLOG KUMBANG BARU-BARU NI.SAYA TETAP MENYAHUT SERUAN BPN UNTUK BERJUANG BERSAMA-SAMA DENGAN ANDA MEMERANGI SEMUA BLOG-BLOG PAKATAN YAHUDI LAKNATULLAH....
http://warisanksl.blogspot.com
minta izin copy gambar 7 wasiat melayu....
haha. bukan umno main kotor dulu ke? tranungkite kite beberapa kali kene hack, detik daily, blogger2 lain pun penah dihack. dah kene baru nak melalak. buat kat orang tak ingat. umno sememangnya pengkhianat negara.
badri
blogger perosak negara
Catat Ulasan