Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Disember 2009

Edisi Pagi : Isu Undi Bajet 2010 ( 63 vs 66 )



Pertama : Undian meluluskan Bajet Negara kita yang hanya melebihi 3 menunjukkan kegagalan proses memberi makluman yang tepat kepada Ahli Parlimen BN untuk mengundi Bajet 2010 negara kita. Menteri yang bertanggungjawab berkenaan Parlimen perlu mengambil tanggungjawab atas hal ini. Apatah lagi di mata rakyat mereka mungkin melihat isu Zizie dan Bung Mukhtar memberi gambaran bahawa Ahli Parlimen kita lebih mementingkan 'perkahwinan' dari 'bujet' untuk negara. Tindakan tegas oleh Perdana Menteri perlu dalam memberitahu rakyat alasan MP kita yang tidak dapat hadir ini.

Kedua : Menteri yang menjaga perjalanan Parlimen ( Dato Seri Nazri Aziz ) mesti memastikan waktu pengundian dihadiri oleh semua ahli Parlimen BN. Makluman awal perlu dibuat untuk mengelakkan pertindihan jadual sehingga mengurangkan jumlah kehadiran mereka di saat-saat kritikal tersebut. Apatah lagi pihak pembangkang yang tidak ada jawatan (baca : bukan anggota Kabinet, ) tentu amatlah senang untuk hadir sidang dan menyusun strategi untuk memalukan pimpinan negara kita dengan membuat undian menolak usul tersebut. Dengan adanya penyelarasan maka ia boleh memastikan ketidakhadiran Ahli MP BN ketika sesi 'undian' yang berlaku tempoh hari tidak berlaku lagi.

Ketiga : kesepakatan ketiga tiga pemimpin pembangkang ( jangan panggil pakatan rakyat ) hadir bersama-sama adalah bukti bagaimana mereka sanggup buat apa sahaja untuk menentang bajet 2010 yang disediakan oleh kerajaan untuk kebajikan rakyat tahun hadapan. Sikap sebegini memang normal di sisi pembangkang dan penganalisa politik tetapi bagi kita sebagai rakyat dan orang awam, ia membuktikan bahawa mereka sanggup lakukan apa sahaja demi mengganggu negara kita meskipun kebajikan rakyat menjadi taruhan agenda politik mereka. Apakah wajar bajet dihalang untuk diluluskan ? apakah untungnya jika bajet yang turut merangkumi gaji penjawat awam berjumlah 1 juta orang dihalang dari diluluskan oleh Parlimen ? .

Jika mereka memahami kepentingan bajet yang dibuat dengan begitu teliti dan melibatkan pandangan rakyat dari berbagai peringkat dan tahap, maka apakah rasionalnya 63 undi ahli Parlimen menolak usul lulus bajet dibuat oleh pembangkang ? Mujurlah PM dan TPM bergegas ke Parlimen meskipun sedang menghadiri majlis rasmi untuk membuat undi... Sikap sebegini perlu dicontohi oleh Ahli Parlimen yang lain.

Masalah di sini ialah apabila ramai ahli Parlimen yang mewakili pembangkang adalah dari kalangan yang tidak berkelayakan dan hanya menjadi cop mohor untuk agenda pakatan mereka sahaja tanpa menilai kembali adakah betul atau tidak tindakan yang mereka buat. Bayangkan budak muda yang merakamkan insiden V.K.Lingam diangkat jadi calon dan telah diberi kemenangan hasil propaganda pembangkang yang sengaja menaikkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan. Bayangkan bagaimana tahap kelayakannya sebagai wakil rakyat pembangkang.

Semoga selepas ini episod memalukan negara kita dan lebih disifatkan sebagai percubaan menjatuhkan kerajaan menerusi undi menolak usul diluluskan, tidak akan berlaku lagi. Meskipun beberapa Menteri dan Timbalan Menteri telah menghebahkan alasan mereka melalui surat khabar, yang tidak ada alasan patut memohon maaf di atas kegagalan mereka hadir ke sidang tersebut.

Marilah juga kita berdoa dan berusaha menyedarkan rakyat perkara yang berlaku dan meminta mereka tidak lagi memilih golongan yang berkata ingin membela rakyat tetapi perbuatannya jelas menunjukkan mereka lebih mengutamakan agenda peribadi / dendam / benci dari memikirkan kebajikan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.

Harap dapat respon dari sahabat blogger dan rakyat Malaysia yang lain di ruang komen di bawah..



5 ulasan:

lagenda berkata...

Salam Ziarah......

Memang patut MP-MP BN yang tiada alasan tetapi ponteng persidangan dewan wajar untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.Memang benar pembangkang cuba untuk mengambil kesempatan dan sanggup membuat apa sahaja demi untuk memalukan kerajaan jika bajet tidak diluluskan...

C L J berkata...

Kejutan PRU 12 rupanya cuma dirasakan tekanannya oleh penyokong dari luar sahaja. Mereka yang menang dan menyandang tak rasa apa apa. Kena ada kejutan lebih menyentuh secara langsung terhadap mereka sendiri gamak nya.

Cheguman berkata...

salam panglima,
lebih 200 blog prokerajaan digodam hacker menggunakan nama 'kumbang' (analisisringan.blogspot) tolong sebarkan bagi menyekat fitnah ini! lihat http://waadat.blogspot.com/2009/12/berita-penting-kepada-semua-blogger-bpn.html

SHAH berkata...

sebagai pengajaran bahawa PR menggunakan kesempatan dan pelbagai cara untuk mengambil alih kerajaan. diharap MT yang tidak hadir dapat mengambil iktibar sejauh mana kesan buruk yang bakal dihadapi jika berlakunya undi tersebut berpihak kpd PR.

SSRCARE BEAUTY berkata...

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.

Rentetan Peristiwa Pemisahan Singapura Dari Malysia.

Sila Ambil Ikhtibar, jangan terlalu taksub dengan sandiwara politik sehingga kita hanyut di bawa arus politik yang penuh dengan kepalsuan.....

http://arenanusantara.blogspot.com/2009/12/pemisahan-singapura-dari-malaysia.html

Cari Blog Ini

Translate