Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

07 Januari 2010

Edisi Hangat : Kemalangan Nizar Dirancang oleh Umno ? Fitnah Terbaru Harakahdaily

Saya mendapat sms dari Utusan News Alert bahawa mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaludin telah kemalangan pagi tadi. Gambar kemalangan tersebut ada disiarkan oleh Mstar Online di sini dan di bawah saya salin kembali gambar tersebut.


Saya mendapat tahu dari kawan yang kereta di atas adalah kereta Camry. Khabarnya beliau juga ada kereta 4wd. Sumber ini saya perolehi dari rakan blogger orang Perak juga. Bahkan no wad pun turut diberitahu kepada saya. Jika berminat saya boleh bagitahu secara personal. Saya risau jika ditulis di sini pasti ramai mahu mengambil gambar beliau dan tentu ia akan mengganggu YB Nizar Jamaludin yang sudah pun tidak begitu popular sekarang ini. Namun sayang kerana Mstar Online sudah pun menulis nombor wad beliau. Makna tak ada rahsia lagi no wad kepada anda.


Soalnya bukan masalah kemalangan tetapi yang lebih penting ialah 'malang' yang cuba ditimbulkan oleh Harakahdaily yang menyiarkan berita tersebut beserta dengan andaian tidak berasas kepada pihak lawan mereka iaitu UMNO. Mereka telah mengaitkan kemalangan Nizar dengan kematian bekas Presiden PAS Prof Zulkifli Mohamad dan isteri akibat kecelakaan jalan raya. Siapa dia Prof Zulkifli Mohamad sila ke blog Depa Kata di sini.


Adakah begitu terdesak sekali pihak PAS sehingga sanggup menuduh parti UMNO melakukan sedemikian ? Kenapa baru sekarang mahu dirancang kecelakaan ini sedangkan isu DUN Perak sudah pun selesai dan tidak timbul lagi isu berkaitan dengannya sekarang ini ? Bahkan ditulis dengan yakin sekali teori ini dengan kaitannya dengan lokasi Bangunan Umno Perak yang berhampiran dengan tempat kemalangan. Seperti juga isu Teoh Beng Hock yang dikaitkan dengan SPRM walhal tidak ada lagi bukti yang membenarkan dakwaan mereka yang menuduh secara rambang itu. Adakah kerana kebetulan hampir dengan Bangunan Umno menjadi asas fitnah PAS ini untuk menaikkan kemarahan rakyat ?

Inilah bukti betapa sempitnya pemikiran orang PAS ( yang juga orang Islam seagama dengan saya ) dalam menghadapi kecelakaan yang ditimpakan oleh Allah kepada pemimpin mereka. Perasaan suu' zon ( buruk sangka ) telah melingkari hati dan sanubari mereka yang gemar menonjolkan fizikal yang berteraskan sunnah tetapi mentaliti penuh dengan nanah.... Bukankah lebih baik mereka tulis barangkali kejadian ini disebabkan dosa Nizar Jamaludin semasa jadi MB ? Bukankah baik jika ditulis begitu untuk menyedarkan beliau dan juga rakan-rakan yang lain agar sentiasa bertaubat kepada Allah dan meninggalkan perbuatan menyokong pihak kafir harbi yang cuba mempersendakan Islam dengan sokongan orang Islam ?

Ingat lagi peristiwa Vigil semasa memperingati Teoh Beng Hock tempoh hari dan adakah kemalangan ini kifarah Allah atas perbuatannya memegang lilin itu ?

gambar dari blog Gunung Mat Cincang

Mereka tidak lagi mengamalkan al Quran dan Sunnah yang termaktub dalam Dustur Perjuangan PAS tetapi memutarbelitkan ajaran Islam sehingga nama Allah pun dibiarkan tanpa sebarang pembelaan secara rasmi oleh parti PAS. Begitu lemahnya 'syahwat' mereka dalam membela Islam sekarang ini. Semua kerana inginkan undi dan kuasa politik. Atas alasan bahawa dakwah hanya dapat dilakukan dengan kuasa politik sahaja.

Ini juga bagi saya adalah antara bukti bagaimana satu persatu Allah telah balakan kepada pemimpin mereka yang telah mengkhianati amanah ILMU untuk disebarkan kepada rakyat agar mereka tidak terus berada dalam kegelapan maksiat dan kecelaruan hidup . Amanah disia-siakan dan tugas mereka menyatukan ummah seperti peranan yang dimainkan oleh Rasulullah s.a.w telah pun gagal dilaksana dengan baiknya. Konon mereka pewaris Ulama / Nabi tetapi mereka sebenarnya hanya mewarisi zahiriyah Islam tetapi kosong dari rohaniyah Nabi yang padat dengan Rahmat dan Kasih Sayang sekelian alam. Kecuali kepada penentang Islam !

Bukti bagaimana geng yang digelar Erdogan ini telah ditimpa kejadian yang hampir sama - seorang di Selangor bernama Khalid Samad yang juga baru kehilangan kereta 4wd miliknya dan seorang lagi di Perak bernama Nizar Jamalaudian yang kemalangan hingga terangkat keempat-empat tayar kereta Camry bekas MB Perak itu yang turut digelar 'boneka DAP' oleh rakan-rakan blogger pro Kerajaan / BPN. Bukti kasih Allah agar mereka semua tidak terus leka dan hanyut dalam gelombang politik yang boleh membinasakan sesiapa sahaja yang tidak kuat imannya..

Saya menulis ini bukan ingin menambahkan lagi 'derita' atas 'luka' yang telah ditimpa ke atas saudara seislam saya YB Nizar Jamaluddin tetapi sekadar mengingatkan diri dan sahabat agar tetaplah kita atas jalan kebenaran dan jangan kita menjual agama dengan dunia. Sehebat mana kekayaan yang diperolehi kita tidak dapat pastikan adakah ia diberkati Allah atau dimurkaiNYA.

Sila baca artikel dari Harakahdaily yang saya salin link di bawah ini dan harap dapat berikan komen anda kepada pembaca blog saya yang lain.


Terima kasih !

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah nak bagi bala berapa saat sangat...

Panglima Perang Cyber berkata...

khabarnya tempat nizar kemalangan tak jauh dengan tempat dia mohon derhaka setahun lepas.

lihat blog pemuda padang rengas http://pemudapadangrengas.blogspot.com/2010/01/bila-tuan-kereta-mohon-derhaka.html

Frodo Baggins berkata...

>>________<<

pulakkkk

Tanpa Nama berkata...

Salam Panglima,

jika dilihat dengan mata hati, kita akan jelas betapa BALA datang bertimpa-timpa kepada kepemimpinan PAS. Namun mereka tetaplah jua tidak melihat takdir yang menimpa sebagai ketentuan Allah dan ujianNya. Apakah mereka sduah cukup yakin bahawa mereka tidak pernah berbuat salah dan berbuat dosa?

Orang mukmin itu sentiasa bermuhasabah diri dan mencari kesilapan sendiri kerana mereka sedar akan kelalaian dan dosa mereka namun orang yang sudah buta hati akan semakin menjadi buta, tuli dan pekak dan akan sering menyalahkan orang lain dan secara tidak langsung menyalahkan Allah SWT atas bala yang menimpa mereka.

Apapun, setiap apa yang berlaku ada iktibarnya, jika kita lalai mengambil iktibarnya, maka sia-sialah peringatan itu.

Sester berkata...

Pokok kelapa tumbang? HAAAHHH INI SALAH UMNO

Air sungai naik? SALAH UMNO

Aizat tak menang AJL? SALAH UMNO JUGAAAKKK

Hehehe, bestnye jadi PR. Kalau salah apa2, bukan salah kita, salah umno

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar berkata...

SALAM

lain kali tanya si penulis secara jelas.
jgn buat tafsiran sendiri

sebab yang tulis tu aku

aku cakap kejadian itu tiada unsur politik. tapi tidak salah YB Nizar berwaspada dan perlu diiringi oleh pegawal peribadi, pegawai khas dan pemandunya. Sekadar berwaspada

apa yang aku tulis itu tanpa membangkitkan sebarang unsur menyalahkan UMNO sama sekali.

macam kemalangan YB Dato Prof Zul, aku ada kata ke ia ada unsur politik? siap ia disahkan oleh PM time itu, ia takde unsur politik.

sekali lagi aku cakap. cuma berwaspada terhadap sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku

Cuma aku minta kepada pihak PAS negeri, perketatkan tahap keselamatan beliau.

itu je..
takde kaitan pun dengan UMNO atau BN

pohon kenyataan ini disiarkan, atau suatu laporan polis akan saya buat

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Mantan S/U Pas Jalan Yadi Sungai Udang
---------------------------------------
"Iktibar daripada kemalangan YB Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
Perak- 7 Januari: Kemalangan yang menimpa YB Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan suatu takdir Illahi. Sama takdirnya, dengan jatuhnya Kerajaan Perak yang Dato’ Seri pimpin setahun yang lalu. Dan malapetaka yang berlaku kepada beliau adalah di hadapan Hotel Casuarina (berdekatan bangunan UMNO PERAK). Adakah ini suatu kebetulan?
Dengan penghakiman kes pencabulan demokrasi Negeri Perak masih belum selesai, seharusnya peribadi Dato’ Seri dijaga rapi terutamanya dalam aspek keselamatan diri dan keluarga beliau.
Tanpa mengaitkan kemalangan ini dengan unsur politik, semua kepimpinan PAS termasuk pihak Pas negeri, pusat khidmat masyarakat Dun Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang perlu memastikan beliau diiringi oleh seorang pengawal peribadi atau pemandu bagi segala urusan beliau.
Ini perlu bagi memastikan keselamatan beliau terpelihara. Sebagai suatu pengiktibaran, Almarhum Dato’ Prof Zulkifli Mohammad dan isteri juga mati disebabkan kecelakaan jalan raya. Sehinggakan kecelakaan beliau itu dikaitkan dengan motif politik yang memaksa kerajaan ketika itu dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman terpaksa membuat ucapan dalam Dewan Parlimen menerangkan kematian Zulkifli Muhammad bukannya kerana angkara perbuatan khianat.
Ingatan ini bukan sama sekali menafikan takdir Illahi, kerana kita tahu jika takdir Illahi sudah sampai “Ia tidak akan dipercepat dan diperlambat walaupun sesaat” Walaubagaimanapun sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran yang waras, kita boleh berusaha menghindarinya.

Sekian, terima kasih
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar(ikhqoi)
BBA (Hons) Transport
Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang

Yb Raz berkata...

adoi kesian dia. tapi lebih kesian orang pas sebab percaya ini helah UMNO.

sampai bilalah mereka nak busuk hati. agaknya kalau Guan Eng lempang Nik Aziz, mereka tetap cakap orang UMNO juga yang buat.

bawak bawaklah mengucap wahai orang pas. semua yang berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t

Kalau salahkan orang UMNO diatas kemalangan yang berlaku, samalah dengan tidak mempercayai Qadak dan Qadar.

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar berkata...

kepada moderator,
sila tarik kenyataan anda dalam blog ini.
kerana anda telah menyalahtafsir kenyataan saya sehingga mengundang perasaan curiga dikalangan pembaca.

saya tidak sama sekali menyalahkan UMNO dalam kejadian kemalangan ini. Dan tujuan saya menulis kenyataan ini bukan untuk membangkitkan rasa benci masyarakat kepada UMNO. Bukan itu niat saya.

Cuma, kenyataan yang saya tulis itu khusus ditujukan kepada warga PAS Negeri dan mereka yang berkaitan untuk tujuan menjaga keselamatan YB Nizar.

Itu sahaja

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang

Anak Lenggong berkata...

Kalau dirancang kemalangan tu ..baik kasi kojol jee lagi baik ..idup dok menyusahkan orang je.....ni lah pemikiran bangang Parti Ajis Sekeluarga..semua benda yang tak elok dan kena mengena dengan PAS akan disalahkan kepada Umno...sempit betul pemikiran mereka ni..dah la bangang ..bongok pulak tu yang penyokong nya tau menganggok cam burung belatuk je..dan bertakbir serta gelak ketawa bila didalam ceramah PAS ..mereka dihidangkan dengan kata nista dan maki hamun menjatuhkan martabat diri orang lain

Frodo Baggins berkata...

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang ...

baca ayat ni >>> "....Dan malapetaka yang berlaku kepada beliau adalah di hadapan Hotel Casuarina (berdekatan bangunan UMNO PERAK). Adakah ini suatu kebetulan?"


Kebetulan?? saya pown boleh sangka yg bukan2 dari petikan diatas ... kalau saya ni ahli PAS lah ... kehkehkeh ~


>>________<<

Frodo Baggins berkata...

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang ...


dan baca lagi >>> "...Sebagai suatu pengiktibaran, Almarhum Dato’ Prof Zulkifli Mohammad dan isteri juga mati disebabkan kecelakaan jalan raya. Sehinggakan kecelakaan beliau itu dikaitkan dengan motif politik yang memaksa kerajaan ketika itu dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman terpaksa membuat ucapan dalam Dewan Parlimen menerangkan kematian Zulkifli Muhammad bukannya kerana angkara perbuatan khianat." ..


huhuhuhu ~ wa pon mmg takut bila baca stament ni.


>>__________<<

Anakbukitgantang berkata...

Salam,

Kemalangan tersebut adalah takdir Allah. Ianya telah tersurat dalam Luh Mahfuz.

Sebagai umat Islam kita juga digalakkan berdoa agar degree takdir/kmalangan tersebut kurang.

Bagaimanapon mengenai pengaal peribadi, saya kurang yakin akan mengurangkan kemalangan ...ingatlah ADUN UMNO juag kemalangan.

Apa yang erlu diambil ialah ambillah pemandu jkerana tugas ahli politik memang panjang waktunya.

Tambahan lagi Nizar itu memegang 3 jawatan, satu MP di Parlimen , 2 ADUN Pasir Panjang, 3 Penceramah PAS-DAP.

Bebanan tugas yang berat menyebabkan fokus kurang semasa memandu-apatah lagi kerja tersebut memerlukan tenaga.

Dari sudut ketuhanan pula saya menasihatai YB Nizar dan semua orang Islam untuk sentiasa beristigfar, kerana mungkin tindak tanduk kita keterlaluan, bawalah muhasabah diri. Jangan ia juga mungkin kifarah kerana isu kalimah Allah, isu lain yang banyak mengguris hati umat Islam yang masih berpegng kepada ajaran Islam ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Alangkan Nabi Muhammad sendiri istigfar melebihi 70 kali sehari, siapalah kita nak mengaku kita ini maksum ke hadrat Illahi

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar berkata...

Respon kepada kenyataan Blogger UMNO yang menyatakan kemalangan Nizar disebabkan UMNO

Kenyataan saya berkenaan Iktibar daripada kemalangan YB Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24074:iktibar-daripada-kemalangan-nizar&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46
Respon kepada moderator blog yang menyalahtafsir kenyataan saya
1. www.pisau.net
(http://www.pisau.net/2010/01/nizar-kemalangan-di-sebabkan-umno.html)

2. Panglima Perang Cyber
(http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/01/edisi-hangat-kemalangan-nizar-dirancang.html)

Dalam surat yang saya hantar kepada harakahdaily.net mengulas kemalangan YB Dato Seri Ir Mohammad Nizar yang berlaku pada 7 Januari 2009, tiada mana-mana prasa atau ayat yang mengaitkan kejadian ini dengan perbuatan khianat UMNO ataupun bermotifkan politik.
Masyarakat mengetahui punca kejadian adalah disebabkan YB Dato Seri cuba mengelak daripada sebuah kereta Volvo yang datang dari arah bertentangan. Cuba kebetulan kejadian itu berlaku berhampiran Bangunan UMNO Perak dan Hotel Casuarina.
Dalam hal ini, saya hanya mengulas daripada sudut peri-pentingnya menjaga keselamatan YB Dato Seri daripada sebarang ancaman, bahaya dan malapetaka. Dan tanggungjawab itu perlu dipikul secara amnya kepada Pakatan Rakyat Perak dan khususnya kepada kepimpinan PAS Negeri, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang.
Kecelakaan yang menimpa Prof Dato Zulkifli Mohamad juga diketahui mencetuskan polimek yang hebat ketika itu sehingga memaksa Almarhum Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan di Dewan Parlimen yang menafikan sebarang unsur khianat yang berlaku dalam kejadian itu.
Disini sekali lagi saya tegaskan, saya menafikan sekeras-kerasnya yang menyatakan Kemalangan YB Dato Seri Ir Mohamad Nizar bermotifkan politik apatah lagi didalangi oleh UMNO

Sekian, terima kasih.
Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang

lophatmilk berkata...

salam,

En. Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang,

Kau tgk balik ayat kau bawah ni:

"Dan malapetaka yang berlaku kepada beliau adalah di hadapan Hotel Casuarina (berdekatan bangunan UMNO PERAK).

Adakah ini suatu kebetulan?"

Kau nak aku tampar kau laju laju ke ? ayat dalam kurungan tu apa ? apa yang kebetulannya ? kebetulan berada di depan bangunan UMNO PERAK ke ? kiranya kalau orang PAS lalu depan bangunan UMNO PERAK, confirm eksiden ?? macam tu ??

Kalau kau nak komen pun, cukupla sekadar tulis "Dan malapetaka yang berlaku kepada beliau adalah di hadapan Hotel Casuarina"..ayat kau dalam kurungan tu sudah memberi implikasi yang besar..

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih bro atas penafian anda..saya hanya mahukan kestabilan negara tidak terjejas dengan tulisan anda yang boleh ditafsirkan berbagai aspek dan makna.

saya akan siarkan penafian penulis tersebut di sini... dan ia telah pun disiarkan tanpa pengetahuan saya.

kerana di sini tak ada approval !!!

TAAVEEKUN PERAK berkata...

MINUM? MABUK? EKSIDEN? dasatnyaaaaaaaaa...........

Jeepers Creepers berkata...

nak tampar laju laju?

hahahaha bagus bagus hahahaha

WaLi KhAIR SuLaM berkata...

SEMUA BODOH KAT ATAS TU.... TAKDE ISU SUKA BUAT ISU,..ITU LAH MELAYU DARI ZAMAN DULU SAMPAI SKRG TAK HABIS2 SYOK DGN ISU BODOH2, SUDAH2 LAH MELUAT AKU.

BALIK MALAYSIA MENTALITI ORG KAT SINI MCM ZAMAN NEOLITIK JEK.. TAK HABIS NAK CARI ISU BANGANG. CAME ON LAH BEB, BUATLAH SATU KELAINAN SIKIT DALAM KEPALA OTAK KORANG NIE... MELUAT AKU. MENTALITI MCM NI PERLU UBAH.

AYAT DALAM BAHASA MELAYU, YANG BACANYA ORANG MELAYU TAPI MASIH TAK FAHAM2.. APA KE BANGANG NAMA TU.

pendita berkata...

Salam semua,

Saya baru saja memasuki laman ini, seronok baca.

Namun pun begitu, saya hairan sebab kemalangan ini pun menjadi `perbalahan' antara kita yang semuanya beragama islam. Peliknya Encik Mohd Ikhmal cuba memutarkan perkataan. Terimalah, kalau kita silap katakan sahaja maaf dan balik ke pangkal jalan. Segala-galanya dari ALLAH S.W.

Muga Dato' Nizar, cepat sembuh dan terus memperjuangkan agama islam bukan sebaliknya.

Tanpa Nama berkata...

aduh...dah derhaka lagi salah kan orang lain bile eksiden dekat2 ngan istana,lu pikir sendiri ye nizar,sendiri bawak kete canggih laju2 lagi mau salah kan orang lain (BN),bodoh aper..
kereta camry,buatan toyota,lagi canggih dari perdana sebab sebok tukar kereta exco perak dulu...jalan cantek xmacam kat area kg aku,jalan bandar kate kan..tibe2 terbalik,lu pikir laa sendiri nizar,dulu ko derhaka skg da kene camnih x paham2 ker..??

Benci isu bodoh berkata...

aduh... bodohnya korang nih..!! banggangtahap gaban!!! xpasal2 dah jadi isu plak....!! org tuu eksiden dah pun..!! dia eksiden pun sorg2 jee..!! dia sorg2 sakit..!!g mampus laa..!!! dah jadik.. nih yg pasal injin jet hilang.... pasal skandal2 juta2 tuu..!! buta kee hapa?? BODOH laa korang nih...BODOH..!!!

Tanpa Nama berkata...

oi malaun asyik bodoh kan org je, ko tu bapak segala kebodohan tak sedar..nizar xciden sbb kena daulat sultan perak, kui3x sb kurang ajar kat raja, tgk la ramai lagi penyokong hamPAS akan tebabas kat situ nx time..nizar ni dia gian bawak camry laju2 sbb terinagt camry lama dia yg kena rampas oleh SUK Perak ari tu..padan muka hang nizar

Cari Blog Ini

Translate