Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 Januari 2010

Edisi Hiburan : Maher Zain Penyanyi R&B Lahir dari Dunia Islam Yang Perlu Anda Kenali

Hiburan adalah fitrah.

Siapa tidak sukakan hiburan adalah tidak sihat fitrahnya.

Cuma cara berbeza menuju fitrah adalah kerana berbezanya akidah dan juga kepercayaan.


Sebelum ini kita sudah dihidangkan dengan hiburan segar dan bertaraf dunia oleh Sami Yusuf dan sekarang kita dikurniakan seorang lagi penyanyi yang hebat bernama Maher Zain.


Tidak lupa penyanyi Indonesia bernama Haddad Alwi yang giat menerbitkan lagu hiburan untuk mengisi fitrah manusia khasnya umat Islam dengan mesej yang sarat dengan ingatan kepada Allah, Nabi dan keluarga baginda.


Zaman ini manusia sudah sedar tidak ada hiburan yang mampu memuaskan 'syahwat' mereka kecuali hiburan yang mengembalikan ingatan kepada Pencipta Fitrah dan juga kepada Guru awal yang mengembalikan fitrah bangsa Arab dan manusia bernama Nabi Muhammad s.a.w.. Sebelum diteruskan zaman ini oleh para Ulama yang waris lagi bersih hati dan jiwa serta mulut mereka dari kekotoran dan kekejian.

Hiburan yang ada majoritinya tidak membawa ke arah pembinaan jiwa dan juga iman. Maka ia menjadi penyakit yang menambahkan lagi kerosakan dalam masyaraka. Sedangkan hiburan yang mengingatkan kita kepada Allah dan Nabi menjadi ubat membersihkan hati serta menjadi penawar kepada gejala sosial yang berlaku akibat dari jiwa yang dihuni oleh syaitan dan hantu.


Saya berharap promosi percuma ini dapat menambahkan lagi koleksi hiburan anda yang bukan sahaja bertaraf antarabangsa tetapi padat dengan mesej kepada Tuhan 'antara bangsa' yang patut menjadi sembahan semua ciptaan-Nya.


Saksikan video Maher Zain di bawah dan jika ingin mengenali lebih dekat siapa beliau boleh ke facebook beliau di sini http://www.facebook.com/MaherZain?v=wall.

Kisah beliau juga hebat dan ia ada di link ini http://www.facebook.com/MaherZain?v=info


Dalam hal ini terima kasih kepada isteri saya yang memperkenalkan penyanyi ini hingga membuatkan saya sudah 'jatuh cinta' dengan muzik dan suaranya.


Rentak lagu R&B versi Islam ini benar benar membawa kelainan dalam dunia hiburan.


6 ulasan:

Frodo Baggins berkata...

ye panglima lagu maher zain ni dasyat. my fav ~ open ur eyes.

Cheguman berkata...

Pandangan yang menarik, Panglima. Amat hairan apabila ada orang yang mendakwa muzik itu haram.

Mereka gagal membezakan antara kabaret dengan muzik.

Manakan sama antara perempuan kabaret dengan perempuan solehah!

Oh ya, Paksu Demang yang pernah terkenal dengan lagu Cinta Untuk Nabila akan membuat persembahan di ekspo "Penang Harmoni Muhibbah & Berintegriti" di Tapak Expo Seberang Jaya Pulau Pinang bersama Mel (Wings) Mael (XPDC), Renggo (Arrow) pada 1-6 Feb 2010.

Biasanya beliau (Razi) akan menyanyi sambil memberi ceramah agama kepada pengunjung. Sekarang beliau adalah penceramah bebas/motivator.

penawarbaling berkata...

Islam sebenar
wahai bangsaku jangan sempitkan keislaman kita sekadar mendengar hujahan hijau dan biru, jadilah kita insan yang setia merujuk kepada ALLAH dan NABI iaitu AL-QURAN dan AL-HADIS yang jelas dan nyata kebenarannya.
Cuba lihat senario hijau dan biru: mengenai pengunaan kalimah suci di gereja.
Hijau menampakkan sokongan.
Biru dilihat menentang.
Renunglah,Istiqorohlah bangsaku siapa sebenarnya memperjuangkan islam atau tunduk pada desakkan. Ingatlah jangan menang parti anak cucu cicik keliru.

Panglima Perang Cyber berkata...

Frodo : kualiti lagunya memang hebat...kalau tak tengok muka memang kata ni dinyanyikan oleh penyanyi top dunia.


Chegu : muzik itu indah. Fitrah. Dan nikmat dunia. Cuma ke arah mana ia dibawa akan menjadi penentu dosa atau pahala natijahnya.


Penawar : ubat hati ialah zikir dan mengingati mati. Jika dah bersih hati kita maka kita akan nampak mana yang benar dan mana yang batil...


terima kasih atas komen semua!

rahma berkata...

salam..
lagu2 maher zain mmg sgt best...
mmg tidak jemu mendengar lagu dan muzik beliau..penggunaan bhs juga rgks dan sangat meresap ke dalam jiwa....
smga banyak lagi lagu2 islamik sbgini dihasilkan..untuk santapan halwa telinga..sekaligus menyedarkan kita ttg kedudukan kita sebenarnya sebagai hambaNya..
insyallah...:-)

Panglima Perang Cyber berkata...

rahma : kita kalau tak mampu hasilkan kena jadi penyokong bukan sekadar penonton.

baru ia akan berkembang.

kita tak menentang hiburan tetapi menentang hiburan yang melalaikan.

Cari Blog Ini

Translate