Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Januari 2010

Edisi Khas : Daulat Tuanku Sultan Selangor Atas Titah - Allah Hanya Untuk Islam Sahaja !!!


Allah untuk Islam – Sultan


SHAH ALAM 11 Jan. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.



Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa hari ini memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.



Katanya, turut menghadap baginda ekoran isu pengunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly ialah Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid; Ahli MAIS, Datuk Salehuddin Saidin; Setiausaha MAIS, Abdul Halem Hapiz Salihin serta Penasihat Undang-undang MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin di Istana Mestika di sini.



Menurut beliau, baginda memaklumkan pendiriannya mengenai perkara itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor.



“Dalam pertemuan itu, baginda menitahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibincangkan dengan teliti oleh ahli-ahli MAIS.



“Sebagai Ketua Agama Islam negeri, baginda mahu semua peringkat berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan perbincangan dengan 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di masjid negeri di sini hari ini.



Mohamad Adzib berkata, Sultan Selangor turut meminta MAIS memaklumkan kepada rakyat tentang wujudnya undang-undang menghalang pengunaan kalimah Allah dalam agama bukan Islam.



Menurutnya, larangan itu termaktub dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988.



Malah, jelas beliau, larangan juga diputuskan Jawatankuasa Fatwa negeri pada 10 Jun 2008 yang memutuskan kalimah Allah khusus untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan atau dimasukkan dalam agama lain.



Ekoran keputusan jawatankuasa itu serta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan larangan tersebut pada Mei 2008, beliau menegaskan, MAIS membuat 14 ketetapan berhubung isu tersebut.



Menurutnya, antara ketetapan itu ialah istilah Allah bermaksud Tuhan Yang Maha Esa dan berlainan dengan maksud God dalam agama Kristian yang berkonsepkan Triniti (tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus).



“Jika kalimah Allah dibenar digunakan dalam ajaran Kristian, ia mendatangkan pelbagai implikasi membahayakan umat Islam pada masa depan kerana ia mengelirukan,” katanya.



Selain itu, Mohamad Adzib berkata, MAIS berpendirian keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.



Perlembagaan menetapkan Islam agama rasmi Persekutuan dan keputusan itu juga bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan negara, katanya.



Beliau menegaskan, penggunaan kalimah Allah bagi merujuk agama bukan Islam tidak wajar dibicarakan di mahkamah kerana institusi itu bukan forum sesuai membincangkannya memandangkan ia perkara ‘non-justiciable’ di bawah bidang kuasa raja-raja Melayu.



Beliau turut memohon campur tangan Majlis Raja-raja selaku Ketua Agama Islam negeri-negeri selaras sumpah raja-raja Melayu untuk mempertahankan Islam pada setiap masa.



“Selain itu ialah mendesak Kerajaan Persekutuan menetapkan kes-kes berkaitan agama Islam tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Sivil terutama melibatkan Hakim bukan Islam,” katanya.



Sumber : Utusan Malaysia




Komen Panglima : Alhamdulillah kerana titah Raja kita telah disebarkan untuk perhatian semua pihak yang asyik mencari keuntungan politik dari isu agama ini.




Kita perlu menerima titah Sultan dan bersedia mentaati Raja kita tanpa berbelah bagi. Raja perlu ditaati oleh semua bangsa dan agama di Malaysia.




Daulat Tuanku !!!!






8 ulasan:

Bah Lontok berkata...

Tn Guru Hj. Nik Aziz kata semua agama boleh pakai perkataan Allah, tidak salah.

Anak Omak berkata...

Selamat Hari Jadi
Haram jadah betul si Khairy.
Dulu jual negeri
Terdedah sekongkol dgn Anwar BABI

Tak yah Setiakawan nak nafi
Utusan dah lapor maklumat SB
GAP bukti RPK dilindung Kali
Ajen Singapura dan pelindung Khairy

Sesiapa yang bersama dengan Khairy adalah pembelot agama, bangsa, dan tanahair!!!!!!

Arif Omar berkata...

DAULAT TUANKU. TIDAH TUANKU SULTAN BOLEH MEMBUKA JALAN DAMAI. BOLEH JUGA TUTUP MULUT DUA KHALID TU. SI KHALID GAGAP DAN KHALID GEREJA TU.

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz ini keturunan Raja Jembal yang kena buang negeri pasal minum darah rakyat. Agak-agak SUMPAH rakyat pada Raja Jembal yang zalim itu masih ada tempias pada NIk Aziz agaknya. Keturunan yang zalim akan tetap melahirkan pemimpin yang dihujung hayatnya menjadi zalim. Waliyazubillah.

Pada Sultan Selangor, titah dijunjung.

10 BUDAK HITAM berkata...

Daulat Tuanku!

Pas bkn respect sultan pun ..

Jumayatara berkata...

Daulat Tuanku

Yang ni aku bagi merit.....menghormati Tuanku Sultan


Dah tak payah buat kerja bodoh menghasut, kesian kat DS Najib. Bantu DS Najib bukan nak pelingkupkan dia.

YANG GAMBI berkata...

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku,Daulat Tuanku....... Titah Tuanku ini perlu dipatuhi oleh seluruh rakyat yang menghuni dalam negeri Kebawah Duli Tuaku......

Jangan ada yang menderhaka, kalau ada juga lucutkan kerakyatan mereka..... Ampun Tuanku...

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih komen kawan2..

juga kepada promoter yang sudi hadir di sini..

untuk memuaskan hati anda saya nak bagitahu bahwa saya sudah membaca kutukan anda tu.

tak apalah..


ia lumrah dalam alam siber..

saya tahu jika perkara tidak benar dilemparkan kepada saya ia adalah fitnah.

dosa fitnah sangat besar.

moga fitnah akan memakan diri penfitnah satu hari nanti..

bukan nak doa tetapi nak biar Allah memberi hidayat kepada orang yang tersalah jalan seperti blogger yang tuduh BPN dan saya dengan fitnah fitnah tersebut..

Yang penting, perpaduan blogger matlamat BPN utk menjamin tidak ada musuh dalam selimut utk memecahbelahkan gabungan kita.

pembangkang sudah kena serangan blogger dan setakat ini hanya blogger BPN yang tersusun sedikit berbanding pejuang bersendirian di luar sana.

macam bergaduh pun jika sorang diri walau pun badan besar tetapi tetapi lemah kerana kita tidak ada pembantu..

tetapi jika kecil dan kurus namun beramai ramai melawan musuh kita maka kita akan tetap dapat mengatasi musuh kita.


saya tetap komited sesiapa yang cuba memecah belahkan blogger adalah pengkhianat..

jika KJ pengkhianat maka dia akan menerima nasib seperti Anwar dengan dibuang dari kerajaan..

tetapi jika dia tidak seperti yang difitnahkan maka dosa menfitnah akan kembali kepada yang membuat fitnahh kepadanya..

Moga Allah melindung kita dengan sebaik-baik perlindungan..

Cari Blog Ini

Translate