Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Januari 2010

Edisi Malam : BPN Diperkasa Kembali Oleh Rakan-Rakan Blogger Hari Ini Dan Akan Terus Kekal Untuk Selama-lamanya Di Alam Siber !!!

Tidak saya jangka bahawa BPN yang kita bina lebih setahun ini, telah kembali ditiup rohnya oleh rakan dan sahabat semua hari ini. Tajuk : Wajarkah BPN dibubarkan telah menggamit kembali semua pejuang ultra Melayu Islam untuk memberikan sokongan padu kepada BPN agar terus kekal berjuang dan berperang di alam siber demi kelangsungan masa depan kita semua.

Dengan 42 komen ( pada pukul 8 pm tadi ) ia satu sokongan yang begitu memberangsangkan...

Ia petunjuk yang sangat jelas bahawa segala persepsi yang ditohmah kepada Blogger Pembela Negara ( BPN ) antaranya seperti pro KJ, tidak ada asas sama sekali. Begitu juga tohmahan bahawa BPN syok sendiri dan gagal juga telah ditepis oleh komen rakan dan sahabat semua.

Bukan sekali ini BPN telah ditohmah dan saya fikir jika saya seorang diri menjawabnya maka orang tidak akan dengar dan percaya.

Namun apabila ia diluahkan oleh rakan-rakan blogger ( biarpun ada juga tidak sempat hadir di sini ) maka ia dapat menjawab segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada Panglima dan geng BPN yang lain.

Percayalah BPN tidak akan menjadi alat sesiapa tetapi akan menjadi geng Blogger yang komited dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara tanpa mengharapkan apa jua balasan dan pujian..


Ayuh kita berjuang dan perkemaskan saf BPN kita...

Artikel akan datang bakal menyentuh tentang beberapa perkara untuk menguatkan lagi BPN Insya Allah !!!

9 ulasan:

eXception berkata...

Ya!! Hidup BPN!! Teruskan perjuanganmu BPN!! Aku akan terus menyokong BPN!!

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

pejuang/// berkata...

Terima kasih.... Dan selamat kembali berjuang atas nama Alif, Ba dan Ta. Salam perjuangan///

AbgTuah berkata...

AKAN TERUS KUKUH BERJIHAD BERSAMA-SAMA BPN DAN PANGLIMA..

YEOP PARIT berkata...

Kita wajib terus berjuang demi agama, bangsa dan negara tercita

Aspirasi berkata...

Salam perjuangan!!!!

Hidup BPN.. hidup biar bermaruah, mati biar jangan dihina... teruskan perjuangan...

Allahuakbar!!

Cheguman berkata...

BPN akan menjadi barisan hadapan dalam bertempur di alam maya.

Demang tetap bersama BPN.

Panglima Perang Cyber berkata...

terima kasih dan terima kasih..

apa kata kita kerap berhubung di Yahoo Messenger selepas ini..

harap dapat add email saya di YM anda...

terima kasih

zambri berkata...

Teruskan perjuangan memertabatkan bangsa dan ulaslah dengan berhemah dan dgn fakta jgn mcm blogger sebelah bahasa yang amat tidak selesa dibaca

sekupangdua berkata...

alhamdulillah...

rupanya allah meguji dan melihatkan kepada kita tentang hikmanya bila segala persoalan disambut dan dijawab dengan begitu ramai blogger BTN.

selaras tu kita melihat BPN sebenarnya sentiasa disinggah dan diperhatikan oleh blogger BPN sendiri. pada panglima jangan dihampakan nawaitu serta sabililah perjuangan para blogger sekalian

terima kasih Allah!

Cari Blog Ini

Translate