Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Januari 2010

Edisi Nama Allah : Video Anwar Berucap Depan Bishop di Batang Ai 2009 Yang Tidak Pernah Anda Saksikan !!!

Video ini saya temui di blog geng BPN bernama Angin Perubahan di sini http://anginperubahan.blogspot.com/2010/01/nik-aziz-dan-anwar-ibrahim-benarkan.html.

Sebetulnya saya sekadar meronda-ronda ke blog rakan-rakan selepas selesai makan malam sebentar tadi. Dan tidak sangka saya antara orang terawal menonton video tersebut.

Selepas menemui video yang dipasang di sana maka saya telah mengklik video untuk melihat link asalnya dan melihat baru ada 2 view pada hits video yang dimaksudkan. Maka saya rasa sangat beruntung kerana 'terhidu' lebih awal video yang perlu sangat anda semua saksikan ini.

Kita ingin memberitahu rakyat bahawa inilah manusia yang memang suka mencari keuntungan politik atas nama isu agama. Jangan pelik jika selepas ini berbagai perkara akan dihalalkan di hadapan rakyat agama Kristian demi mencari 'sesuap undi' yang pasti mengundang murka Allah Taala atas tindakan mereka yang persis 'matlamat menghalalkan cara' itu.

Kita bukan ingin membunuh karakter Anwar Ibrahim tetapi kita tidak dapat berdiam diri melihat satu persatu kemungkaran yang dilakukannya termasuk oleh Nik Aziz Nik Mat yang kini mengulang kembali sokongannya kepada nama Allah diberi kepada Kristian seperti laporan berita tv3 sebentar tadi.

Sedangkan Timbalan Presiden PAS sudah menolak nama tersebut diberikan kepada bukan Islam khasnya Kristian. Satu tindakan yang bagi saya agak terlambat tetapi lebih baik berbanding tidak ada langsung seperti yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS yang lain.

Saya nak tunggu kenyataan rakan-rakan dalam BN berhubung isu ini khasnya yang beragama Kristian kerana mereka perlu menunjukkan penentangan mereka terhadap usaha Herald Tribune ini yang jelas ingin menggunakan Artikel 11 bagi menimbulkan kemarahan umat Islam di negara kita.

Saya sangat terharu melihat kumpulan orang Islam kita yang gigih berkumpul di merata tempat di seluruh negara dan sudah 50 laporan polis telah dibuat berhubung isu ini.

Sesungguhnya Allah masih lagi meletakkan cahaya iman dalam hati rakyat kita dan terbukti cahaya iman tersebut telah dizahirkan apabila nama suci Allah cuba diguna oleh bukan ahlinya selepas dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi 31 Disember 2009 yang lalu.

Sila tonton dan sebarkan video ini ke seluruh alam siber ! Anda wajib menentang pengkhianat-pengkhianat agama, bangsa dan negara yang hanya fikirkan keuntungan politik dari kesucian agamanya..

Takbir !!!!

Allahu Akbar !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


4 ulasan:

Jeepers Creepers berkata...

Selain pihak kristian gunakan nama Allah s.w.t, orang hindu juga gunakan nama Allah s.w.t malah ayat ayat al quran didalam kedai mereka sebagai mengaburi mata orang islam.

mereka menyamar sebagai kedai mamak sedangkan menjual makanan yang tidak halal.

perkara ini kita juga perlu mengambil perhatian.

C L J berkata...

Di Thailand orang bukan Islam tidak mempamirkan sebarang lambang yang mengelirukan mereka dengan orang Islam. Kalau mereka buat juga mereka akan kena tembak. Di Malaysia mereka begitu berani kerana orang Melayu di Malaysia ini terlalu baik dan tinggi budi pekerti serta sopan santun.

Panglima Perang Cyber berkata...

Yb Raz : sesiapa sahaja menyalahguna nama Allah atau sengaja mengelirukan umat Islam dengan logo berbentuk Islam seperti yang dibuat sesetengah kedai mamak maka kita perlu mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan bawah akta keseksaan kepada mereka yang bersalah.

termasuk yang melibatkan barangan makanan yang disalahgunakan logo halalnya.

terima kasih Yb Raz


CLJ : di malaysia kita sangat berlembut dalam hal ini... kita memang sangat 'berhikmah' tetapi tegas.

buktinya sana sini umat Islam khasnya orang UMNO menentang keputusan pihak Herald yang ingin menggunakan nama Allah di dalam penerbitan mereka..

Yb Raz berkata...

yang kita nampak cuma orang umno yang menentang keputusan pihak mahkamah.

orang pas tak nak masuk campur sebab cakap ini helah umno untuk memerangkap mereka.

sampai macam ini sekali pemikiran mereka huhuhuu.bagus betul perjuangan islam pas..

Cari Blog Ini

Translate