Pagi ini saya membaca banyak komen memberi sokongan termasuk meminta agar jawatan Ydp tidak dipertandingkan oleh rakan seperti Bro Jinggo, Sekupangduas, Yb Raz, Aspirasi, Adi Jagat, Yanggambi, dan WakDanial dan meminta Panglima kekal sebagai YDP BPN.
Juga terharu atas sokongan berbentuk logo yang disiarkan di blog Adi Jagat seperti di bawah :
Ia memberi isyarat kepada pihak yang mahukan blogger kita berpecah agar mereka berfikir kembali adakah tindakan mereka itu wajar atau tidak. Apatah lagi di saat kita baru sahaja berjaya mengurangkan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang telah kehilangan sedikit demi sedikit sokongan selepas tidak berjaya menjawab isu isu yang dibongkarkan oleh pasukan blogger negara kita samada BPN atau tidak.
Sekarang Panglima akan berusaha menyusun kembali saf BPN agar kita lebih tersusun dan langkah pertama telah dibuat semalam dengan membuka pencalonan jawatan untuk menerajui BPN bagi sesi 2010 - 2011.
Ia penting kerana misi kita pada PRU 13 akan datang perlu bermula pada hari ini.
Memang benar kita telah serba sedikit berjaya tetapi tidak salah jika kita melipatgandakan lagi kejayaan ini dengan membaiki kekurangan dan mengemaskini hubungan sesama blogger dan pengaliran maklumat sesama kita yang mana kurang lancar dan berkesan pada waktu ini.
Saya rasakan kita boleh membuat kembali sidang maya Blogger BPN dengan menetapkan waktu tertentu menggunakan Yahoo Messenger. Untuk tujuan itu saya berharap sahabat dapat menghubungi saya melalui YM untuk membolehkan kita membina jaringan lebih kukuh di alam siber menggunakan YM selain melalui sms. Ia juga lebih bagus dari segi keselamatan dan kerahsiaan..
Pagi ini juga saya menerima bantahan dari sahabat tentang cadangan membuka pencalonan untuk jawatan Ydp...Saya sedar mungkin ramai tidak mahu berlaku perebutan jawatan dan mahukan Panglima meneruskan misi memimpin BPN untuk ke tempoh yang difikirkan sesuai sehingga BPN benar benar berjaya menjadi wadah kepada semua blogger yang cintakan agama bangsa dan negaranya.
Untuk tidak menghampakan sahabat maka saya akan meneruskan lagi tugas saya memimpin BPN dan tentu sekali saya tidak akan berjaya tanpa bantuan dari Allah Taala dengan berkat Rasulullah s.a.w serta bantuan dan sokongan sahabat dan pembaca sekelian.
Tugas yang tidak berwang dan beringgit ini pasti tidak akan dicari oleh mereka yang sukakan wang dan ringgit. Tetapi percayalah bahawa wang dan ringgit akan diberi oleh Allah jika kita ikhlas dan sabar serta redha dengan ketentuan dan takdir daripada NYA.
Untuk misi 2010 marilah kita membina kembali senarai BPN yang terkini di blog masing masing dan tidak mencampur adukkan dengan bukan BPN agar kekuatan BPN akan dapat dilihat di senarai blogger BPN.
Begitu juga Majlis Tertinggi BPN perlu dikemaskini kerana ramai masih lagi menyenaraikan Parpukari sebagai Setiausaha BPN sedangkan beliau sudah lama meninggalkan kita kerana bersama kumpulan lain yang tidak perlu saya sebutkan di sini. Meskipun beliau tidak bersama kita walaupun bermula menjadi blogger dengan kumpulan kita tetapi beliau masih lagi giat menulis dan berkarya di blog hingga mencecah hits yang sangat tinggi.
Saya sangat berbangga dengan beliau dan juga rakan baiknya Saudara Papagomo.
Diharap sahabat sahabat juga dapat membantu Papagomo yang sudah diserang dengan laporan polis seperti yang ditulis oleh beliau di sini http://www.papagomo.com/2010/01/gempar-dap-gelabah-sehinggakan-laporan.html Saya pasti ini tidak akan melemahkan semangat juang beliau kerana kita berani kerana benar...
Saya berharap kita dapat banyakkan komen di blog blog sahabat kita dan juga meneroka blog baru untuk membina persahabatan asalkan mereka juga sama seperti kita di dalam membela nasib negara dari dikhianati oleh petualang yang berbilang bangsa. Semakin ramai semakin bagus kerana ia akan dan pasti menggerunkan musuh !
Terima kasih dan selamat berjuang dengan semangat 1Malaysia !!!!
12 ulasan:
terima kasih kerana jawatan ydp tidak dipertandingkan. BPN masih lagi memerlukan panglima sebagi ydp.
insyaallah kami sumua akan tetap memberi sokongan kepada papagomo.
Kami dari sayap penyokong BPN akan terus berjuang disisi BPN semua.. Kita support blogger BPN!!
ghostwriter
http://ohpolitik.blogspot.com
10SBH bersama-sama dengan sahabat-sahabat seangkatan yang lain dalam memartabatkan agama,bangsa dan negara.
10SBH juga disini sanggup menjadi benteng pertama dalam menangkis sebarang bentuk serangan dan hasutan jahat pembangkang terutamanya di Negeri Perak ini.
10SBH yakin,dengan wujudnya kerjasama,satupadu dan saling hormat-menghormati antara semua bloggers tanpa memikirkan balasan wang ringgit ini akan menjadi ramuan yang paling istimewa dalam menjadi sayap Kerajaan mempertahankan institusi diraja,kedaulatan undang-undang,keharmonian rakyat dan mengekang segala serangan siber pembangkang.
10SBH harapkan kepada semua bloggers agar kita sama-sama dapat berkumpul di SEMUA blog yang sayangkan Kerajaan kita ini dengan menjadi followers agar kita dilihat bersatu-padu dan seiya sekata dalam setiap tindak tanduk kita.
Kepada mana-mana blog yang mungkin 10SBH terlepas pandang (belum menjadi followers anda) sila maklumkan pada 10SBH.Terima kasih.
Kepada Panglima, 10SBH menyokong penuh anda sebagai YDP untuk musim yang baru.Insyallah,berkat kesabaran dan ketokohan panglima, dapat memacu semua bloggers di alam maya ini kearah memperjuangkan untung nasib agama kita,bangsa kita dan negara kita INSYALLAH.
Salam Perjuangan!
bro,
aku ikut jer!
lebih selesa jadi orang belakang..ha ha
go pang5.. go...!!
BPN is back!!
Gempurrr!!!!!
Demang menyokong kepimpinan Panglima kerana beliaulah yang bertungkus lumus menubuhkan BPN dan mengumpul ahli.
Tolong lihat http://waadat.blogspot.com/2010/01/anwar-dah-terdesak-sangat.html
terdapat komen yang kontraversi oleh pembangkang.
Benarkah Islam hanya istilah dan semua agama sama di sisi Allah?
Teruskan perjuangan jangan putus asa. Kami di belakang sdr.
Salam Pg5 dan kwn2....
Kita telah bermula dgn baik, perjuangan perlu diteruskan.
Agak kelewatan Pakmie memberi komen kebetulan agak sibuk dengan mengatur progrem kerja dan seminar.
Apa pun Pakmie juga spt rakan2 lain dalam BPN tetap bersama Pg5 menerajui YDP BPN 2010/11
Asalamualaikum salam sejahtera dan kita jumpa dalam YM...
salam bro..pe email tuk YM bro..?
Yb Raz - terima kasih.. Kita perlu sokonga rakan kita yang diancam oleh musuh...
ghostWriter : di mana jua posisi anda yang penting ialah sokongan padu untuk membela negara dan agama serta bangsa kita.
untuk kesejahteraan semua rakyat malaysia.
10SBH : terima kasih atas sokongan padu saudara... saya akan follow semua blog rakan2 kita..dan harap rakan2 lain akan follow blog rakan seperjuangan.
Gotah : lama tak nampak bro ? hehe... terima kasih atas komen anda..
Aspirasi : kita kena go and go...dont touch and go hehehe
Cheguman : terima kasih..Chegu juga orang yang kuat bekerja menjana sokongan mengumpulkan blogger bawah BPN dan saya pasti tenaga chegu masih diperlukan... saya dah komen artikel tersebut..
Pak Tam : terima kasih dan harap dapat sokonga padu untuk selamanya dari saudara.. Betulkan saya jika ada kesilapan dengan cara yang hikmah dan bijaksana.
Pak Mie : patutlah dah ghaib hehe... tak apa kita akan bantu memenuhi ruang kosong yang terpaksa ditinggalkan oleh rakan yang dibebani dengan tugasan kerja.. Kerana kita ada 'keluarga yang besar'...asalkan blog list di blog kita terkini dan sentiasa dikunjungi oleh rakyat Malaysia..
Afdzal : add saya panglimaperangcyber@yahoo.com
terima kasih dan selamat berjuang !!
salam saudara Panglima
saya agak ketinggalan sedikit kerana urusan sehinggalah sekarang baru dapat lega sedikit. apapun saya tetap ingin mengucapkan TAHNIAH kerana mendapat kepercayaan kembali sebagai pemimpin ulung diBPN. agak susah kita sebenarnya tidak sepatutnya melupakan sejarah permulaan sejarah penubuhan BPN, sebenarnya bila panglima mengumumkan YDP dipertandingkan saya amat berat sekali kerana menyedari kesempatan ini akan diambil untuk memecahbelahkan organisasi BPN oleh mereka yang kecewa, berhaluan kiri malah musuh dalam selimut juga
apa pun saya amat berterima kasih atas sookongan sahabat lain, tak sia-sia buat poster sokong hidup BPN, berbalaoi juga muahaha, kepadasahabat yang lain terima kasih kerana mereliasasikan keakraban sesama kita, tabik spring untuk semua.
HIDUP PERJUANGAN BPN, MOGA ALLAH MENGIZINKAN HAMBANYA BERJUANG DEMI ISLAM
terima kekanda sekupangduas !
Catat Ulasan