Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Mac 2010

Edisi Pagi : PKR Sudah Jadi Parti Kian Rapuh


Akronim PKR sudah tepat dengan tafsiran Parti Kian Rapuh. Sejak awal penubuhannya PKR semakin rapuh. Penubuhan PKR hanya kerana Anwar disingkirkan dari Kerajaan...Selepas ini kita akan menyerang DAP yang belum lagi rapuh tetapi sudah pun ada tanda kerapuhannya. Seperti isu rumah banglo mewah Lim Guan Eng yang tidak lagi selesai hingga hari ini dan paling besar isu gerai Melayu yang dirobohkan di sana.

PKR kini kian rapuh kerana seorang demi seorang ahlinya keluar. Bekas TKM 1 sudah keluar, Tan Tee Beng sudah keluar, dan dijangka 10 lagi akan keluar jika menurut bekas Setiausaha Agung PKR Sallehudin Hashim.Tidak termasuk YB yang jenis liberal dan kroni. PKR yang diasaskan demi melunaskan dendam Anwar tidak akan dapat menggantikan UMNO sebagai peneraju negara. PAS juga sama kerana ia ditubuhkan oleh Haji Fuad Ahmad selepas kalah bertanding jawatan Presiden PAS tahun 1950. Info klik sini...

Peliknya British membenarkan PAS ditubuh sedangkan British sendiri telah mengharamkan Hizbulmuslimin yang ditubuhkan sebelumnya. Adakah kerana penggunaan nama Islam tidak menakutkan British ? atau kerana British sudah dapat menjangka PAS akan dapat menghancurkan Jemaah Islam pertama iaitu UMNO lalu diizinkan ia ditubuhkan dengan serta merta ?? Isu ini akan diulas artikel akan datang.

Panglima perhatikan senario penghijrahan keluar beramai-ramai ini bermula dengan lebih rancak selepas kes perbicaraan liwat Anwar dimulakan dan mangsa liwat sudah memberi keterangan. Inilah punca utama kenapa Anwar mahu menangguhkan kes beliau hari demi hari. Kerana bukan sahaja pemimpin PKR yang sudah goyah melihat kes ini, Nik Aziz sendiri nampaknya seperti sudah tidak mahu menyokong Anwar lagi kali ini.

Buktinya Nik Aziz terpaksa menawarkan perdamaian dengan Umno selepas pulang dari Kuala Lumpur selepas melihat sendiri perjalanan hari pertama kes liwat Anwar. Yang merupakan hari Saiful menceritakan dirinya telah diliwat oleh Anwar. Sedangkan selama ini Nik Azizlah yang kuat membela Anwar ( walaupun jelas orang Anwar yang menjadi penasihat Nik Aziz selama ini ) dan selepas penasihat 'agen' Anwar itu sudah disingkirkan maka Nik Aziz seperti sudah berlainan corak pemikirannya akhir-akhir ini.


Memang benar kini PKR kian rapuh. Sekarang mari kita serang DAP untuk pastikan mereka juga semakin rapuh dan terus hancur dalam arena politik negara kita.


Ayuh !

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate