Kandungan perjanjian APCO dengan Malaysia sudah didedahkan di blog Anwar Ibrahim di sini
Yang peliknya ialah tidak disebut dari mana datang surat tersebut !
Boleh jadi antara tiga ini pembekalnya :
1. CIA/MOSSAD yang bekalkan semua dokumen demi menyelamatkan maruah ejen mereka
2. Atau agen mereka bernama RAJA PETRA yang pakar mereka cipta surat/dokumen sebegini
3. Atau talibarut mereka dalam Kerajaan yang sanggup khianat demi wang
Anda fikir ???
13 ulasan:
Dokumen ni biasanya rahsia.. kalau tersebar ke luar tu maksudnya adala orang dalam yang sebarkan.. betul tak.. takkan la CIA dapat masuk dalam pejabat PM tu..
atau ...
ada org dlm pejabat najib yg x puas hati dgn team najib yg bocorkan rahsia kerajaan ni ... yela mcm ada. yg sepatut jadi menteri x dpt jd menteri. yg xda kawasan pulak leh jadi menteri - timn. menteri.
biasa la umno kan. masing2 penyangak dan penyamun.
Anehnya, tak ada Ahli Parlimen dari kalangan UMNO jauh sekali BN yang membangkitkan kecurigaan ini di Dewan... sebaliknya pendedahan para bloggers, bagaikan mencurah air ke daun keladi.
Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN ni memang anti-blog ke haper? Atau depa sememangnya PENAKUT dan BACUL?
kalau di putrajaya surat perjanjian bocor aku tak berapa heran tapi siap perjanjian israel ngan Apco.dahsyaat tu. Anyway kurang manis kalau bersekongkol dengan menatang yahudi tu. ambil aje orang melayu
Sepatutnya yg jadi persoalan adalah betul ke tuduhan ketua pembangkang tu? Bukannya dari mana dia dapat semua dokumen tu? Entahla.......
Seeing is not believing anymore! Dlm dunia cyber IT skrg nih apa saja mungkin!
Klu stakt dokumen Apco &Israel&Mesia; atau laporan doktor yg didoktorkan atau gamba sesiapa saja ngan sesiapa saja smue tuh kacang aje. Atau kalu nak sughat gerenti masuk sorge dari tuhan pun dia boleh tunjukkan,kalu ndak!
KUALA LUMPUR 1 April - Cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengaitkan kerajaan dengan Israel melalui surat perjanjian syarikat perunding antarabangsa, Apco Worldwide (Apco) mendedahkan satu lagi penipuan besar Ketua Pembangkang itu.
Ini kerana, adalah sesuatu yang pelik apabila surat Apco (GDI International) yang didakwa Anwar dihantar oleh syarikat itu kepada Kerajaan Israel bertarikh 23 Disember 1991 menggunakan kepala surat Kerajaan Israel.
Lazimnya, kepala surat sesebuah kerajaan hanya boleh digunakan jika surat itu dihantar oleh kerajaan tersebut kepada pihak lain dan bukannya daripada sebuah syarikat swasta kepada sesebuah kerajaan.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika diminta mengulas mengenai 'senario pelik' itu berkata, beliau tidak hairan dengan apa yang berlaku kerana mendakwa Anwar memang seorang kaki putar belit.
"Saya secara peribadi tidak lagi percaya apa yang Anwar cakap. Nama-nama Yahudi yang dia sebut itu semuanya individu yang dia kenal.
"Jadi apa nak pelik dengan penggunaan kepala surat sebuah kerajaan asing kerana Anwar memang seorang yang terkenal dengan kehebatan putar belit," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.
Penggunaan kepala surat kerajaan Israel itu dikesan selepas Anwar memuat turun surat yang didakwa sebagai perjanjian antara kerajaan Israel dengan GDI International dalam blognya http://anwaribrahimblog.com semalam.
Selain surat perjanjian tersebut, Anwar turut memuat turun dua lagi surat perjanjian setuju terima dan surat perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Apco.
Selasa lalu, ketua pembangkang itu ketika memberi penjelasan berhubung dakwaannya bahawa gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada idea One Israel, menuntut supaya kerajaan membatalkan kontrak perkhidmatan dengan Apco.
Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat apa yang didakwa kononnya skandal yang mencalar maruah negara.
Mengulas lanjut, Zahrain berkata, isu tentang Israel yang cuba dikaitkan oleh Anwar tidak timbul sebenarnya kerana Apco adalah syarikat antarabangsa yang diakui antara terbaik dalam industri perundingan.
"Apa yang Anwar kata ini tidak boleh pakai, dia sengaja nak pusing isu bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya kerajaan kita adalah barua Israel," jelasnya.
Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohsin Fadzli Samsuri berkata, dalam dunia yang serba canggih sekarang segalanya boleh dilakukan termasuk bagi tujuan penipuan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai tidak menolak kemungkinan penggunaan kepala surat kerajaan Israel itu ada unsur penipuan bagi mencemarkan imej kerajaan.
"Saya pelik juga tetapi penipuan boleh berlaku dalam apa keadaan pun sekarang," ujarnya.
Anak Miri
Anwar ini dah gila agaknya sambil fikir orang Malaysia ini bodoh sangat untuk dia nanti memerintah.
Israel minum MILO. Malaysia minum MILO. Maka oleh itu Israel sama dengan Malaysia.
Tu lah jadi bercakap siang malam. Membaca malas. Baru dapat sikit belajar ilmu logik Aristotle dah di gunakan.
Tiada apa yang dapat di kaitkan
Cumanya sampai dokumen Israel Anwar boleh dapat itu menunjukkan betapa bahayanya Anwar. Kalau dia sendiri menunjukkan lebih pintar dari Israel. Itu tak mungkin. Ya lah rahsia kerajaan Israel pastinya terjaga rapi dan kukuh.
Israel selain tidak mempunyai hasil mahsul ianya membuat persian dan barangan teknologi tinggi ketenteraan sebagai timbal balas terhadap Amerika yang telah memberi bantuan kepadanya.
Oleh itu adalah sangat sangat mustahil dokumen kerajaan Israel boleh terkeluar dari simpanan kerajaan Israel.
Mossad mempunyai agen di merata dunia. Baru baru ini kita di kejutkan dengan pembunuhan Pemimpin Hamas di luar negara oleh agen Israel.
Kita harus berhati hati dengan Anwar. Dia dengan ini menunjukkan yang ianya lebih merbahaya dari agen Yahudi atau Zionist sekali pun.
Atau dia telah di sokong oleh Zionist. Untuk kali ini mereka memb enarkan Anwar mengutuk mereka supaya tujuan mereka bersama berkesan.
Anwar terdesak untuk mendapatkan bayaran berperingkatnya (Bab menjahanamkan Malaysia dan menjadikannya kacau bilau) bagi menampung perbelanjaan PKR tambahan lagi perbelanjaan pilihanraya di Hulu Selangor.
Kalau zaman komunis dulu mereka merompak kedai emas untuk menampung perbelanjaan komunis di hutan.
Kita lihat bagaimana Anwar buat untuk mendapatkan wang dana perbelanjaan pilihanraya Hulu Selangor.
Aku berfikiran senang kalau pasal dokumen perubatan Saiful boleh dipalsukan oleh RPK ini kan pula dokumen berkaitan dgn APCO yang sentiasa dimomokkan oleh Nuar.
Kaki putar alam seperti Nuar akan sanggup berbuat apa sahaja demi meraih perhatian rakyat.
Tapi aku heran juga Si Nuar sanggup bersusah payah untuk membuktikan perkara yang mengarut ini tapi bab dia kena bantai kat Parlimen sampai sekarang buat bodoh aje sedangkan kes ini lagi penting kerana ia melibatkan kredibiliti Nuae Brahim.
Apa dia ingat rakyat malaysia nie bodoh macam tunggul2 kayu yang taksub pada beliau,sebenarnya dialah kepala Yahudi paling besar sekali kat Malaysia tapi nak tutup dirinya yang sebenar beliau sanggup membuat tuduhan pada orang lain.Si Nuar sodom hidupnya penuh dengan fitnah dan suka memfitnah.
fitnah apco cubaan terbaru anwar selepas gagal kaitkan ds najib dengan altantunya
Hanya baruah CIA sahaja yang sanggup mengkhianati bangsanya.
Selagi perjanjian itu halal dari segi undang-undang negara dan tidak melibatkan keselamatan negara apa yang disibuk-sibukkan.
BODOH !!!
Orang yang dah terdesak akan sanggup buat apa sahaja. Kadang-kadang kita dengar berita ada yang sanggup menjual bininya untuk mendapat apa yang dihajatnya. Keimanan sudah tidak ada lagi dalam hati sanubarinya.
Begitulah bagaimana gelojohnya manusia !!!!
semua kutuk anwar...bila jadi camni semua tak percaya....bila barang naik semua naik masih lagi berdentang-dentum anwar kene.....tau kenapa kita cukup takut yahudi masuk campur urusan negara?tahu kenapa APCO ni sanggup bersusah payah nk memberi khidmat dalam institusi malaysia?tahu tak apa fungsi APCO ini?jgn asyik nk kutuk orang je tanpa nk fahami apa yang ingin disampaikan~kita berada di akhir zaman ni...cuba buka minda..jadikan diskusi bukan nk hentam2....buang masa hentam2 ni...kaji lu.....ni ketua melatah dia pun melatah.......tu org kata..melayu ni cepat melatah....baca dulu apa itu APCO?dan kenapa APCO ini dibangkitkan~~kalau ini suatu penipuan....keje bodo laa anwar buat semua ni~~~
Catat Ulasan