Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

Memaparkan catatan dengan label politik (APCO). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik (APCO). Papar semua catatan

09 April 2010

Edisi Perang Siber Hulu Selangor Siri 6 : APCO antara 1Israel dan 1Malaysia dan kaitan dengan Pakatan Rakyat Tajaan Anwar !

Di Israel mereka ada Parti Buruh, Gesher dan Meimed bernaung bawah

konsep 1Israel dan di Malaysia pula ada parti PKR, DAP dan PAS yang

bernaung di bawah sebuah pakatan bernama Pakatan Rakyat.



1Israel adalah konsep yang dikatakan model kepada kewujudan gagasan 1Malaysia. Anwar Ibrahim menyifatkan 1Israel ditiru dari negara Zionis Israel hasil cadangan APCO yang menjadi penasihat kepada Kerajaan Israel (klik sini).



Sebelum membuat ulasan lanjut berkenaan 1Israel kita perlu mengetahui serba sedikit ‘background’ 1Israel sebelum membandingkannya dengan 1Malaysia. Jika tidak kita akan menjadi mangsa kepada 'fitnah politik' terbaru Anwar Ibrahim ini selepas isu Altantunya gagal menarik perhatian rakyat.



1Israel adalah sebuah Pakatan Parti Politik yang ditubuhkan oleh Ehud Barak ( pemimpin Parti Buruh ) pada 4 Mac 1999. Ia telah menggabungkan dua parti yang lain iaitu Parti Gesher ( pimpinan David Levy) dan Parti Meimed. Parti Buruh seiras dengan PKR manakala Parti Gesher boleh dikatakan seperti DAP dan Parti Meimed sebuah parti disukai golongan minat agama dan disokong pula oleh ulama Yahudi. Sama dan tidak ubah seperti PAS di Malaysia.




Apakah matlamat 1Israel ini ?




Tujuan 1Israel dibentuk ialah untuk memenangi pilihanraya umum Israel pada tahun Mei 1999.



Ia juga ditiru dari konsep yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Britai Tony Blair yang membuat transformasi dari Parti Buruh British kepada Parti Buruh Baru.



Tujuan 1Israel dilaksana untuk mengubah persepsi rakyat Israel terhadap Parti pimpinan Ehud Barak yang melihatnya sebagai sebuah parti elitis/ekslusif dan sekular. Beliau mahu Parti Buruh dilihat memperjuangkan keadilan untuk seluruh rakyat Israel.



Kerjasama yang dijalinkan antara Parti Buruh dengan Parti Gesher dan Meimed adalah untuk menarik golongan pengundi yang berlainan fahaman dan pandangan agar menyokong Pakatan 1Israel yang diperkenalkan oleh Ehud Barak. Sama di Malaysia iaitu PKR untuk golongan liberal, DAP untuk golongan chauvanis dan PAS untuk golongan agama.



Ini kerana sebilangan rakyat Israel menolak untuk mengundi Parti Buruh tetapi memilih untuk mengundi parti Gesher yang didominasi oleh Yahudi dari Timur Tengah dan Afrika Utara berbanding parti Buruh. Ini kerana Parti Buruh dianggotai oleh Yahudi yang datang dari Eropah. Manakala sebahagian yang lain (golongan ulama/agama) memilih untuk mengundi parti Meimed yang mana jumlah mereka adalah hampir 20% dari populasi rakyat Israel.



Namun pakatan 1Israel ini gagal untuk mendapat sokongan lebih besar pada pilihanraya 1999 dan hanya bertahan tidak sampai 2 tahun ia ditubuhkan.



Akhirnya secara rasmi pada 15 Mei 2001 ia dibubarkan kerana Parti Gesher telah mengambil keputusan untuk keluar dari Pakatan 1Israel ini kerana tindakan Ehud Barak menyertai Camp David Summit bersama Yasser Arafat pada tahun 2000. Jelas Parti Gesher sangat kuat perkauman dan keyahudiannya hingga sanggup membantah tindakan rundingan damai dengan keluar dari Pakatan politik tajaan Ehud Barak bernama 1Israel.



Selepas gagal membentuk kerajaan Ehud Barak telah disiasat kerana didakwa menerima wang dari luar melalui kumpulan tertentu sebagai penyumbang kepada dana pilihanraya beliau. Perkara yang sama mungkin akan terjadi kepada Anwar Ibrahim selepas ini.



Gosip pembangkang khasnya PKR menerima dana dari luar bukan rahsia lagi. Beberapa blogger telah mendedahkan sumbangan dari luar negara kepada Pakatan Rakyat ini antaranya AIDC yang telah menulis tajuk artikel 'bagaimana Soros membantu PKR' di link ini http://www.anwaraidc.com/2010/02/bagaimana-soros-bantu-pkr.html dan blogger Masterdedah di sini http://www.masterdedah.com/2009/04/penyata-akaun-pkr.html



Slip Bank-Khalid Jaafar

bukti wang dari luar dimasukkan ke dalam akaun Khalid Jaafar



penyata akaun PKR yang menunjukkan dana diterima melalui Citibank dari Singapura




GeorgeSorosTianChua

Gambar Soros bersama YB Batu Tian Chua




gambar Soros dalam kempen Presiden Obama (beliau adalah funder utama kempen Obama)




Kesimpulannya :




1Israel adalah konsep yang dipraktikkan oleh Pakatan Rakyat bukan konsep yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Ab Razak menerusi 1Malaysia..



Jelas ia dipraktikkan oleh Anwar Ibrahim (bersama pemimpin Pakatan Rakyat ) yang boleh kita anggap sebagai watak Ehud Barak di Israel.



Tindakan memupuk persefahaman antara parti beraliran agama seperti PAS (klon Parti Meimed di Israel ) dan DAP ( klon Parti Gesher yang bertindak membantah perjanjian damai dengan Yaser Arafat atas sikap perkaumannya) adalah bukti yang sangat jelas bagaimana Anwar dan pemimpin parti Pakatan Rakyatlah yang meniru konsep 1Israel ini bukan Barisan Nasional melalui gagasan 1Malaysia.



Jika APCO adalah pencetus idea 1Malaysia dan 1Israel, kenapa konsep yang berbeza dipraktikkan di Malaysia sedangkan ia dari syarikat yang sama ?



Yang kita dapat lihat ialah persamaan 1Israel dengan konsep Pakatan Rakyat. Tidak mustahil jika kita katakan bahawa idea Pakatan Rakyat tajaan Anwarlah yang diciplak dari konsep 1Israel yang bersatu untuk mendapatkan kemenangan di dalam pilihanraya bukannya 1Malaysia yang berhasrat untuk menyatukan rakyat berbilang bangsa dan agama tanpa mengira keuntungan politik Barisan Nasional.



Jelas bahawa perbezaan utama antara dua konsep ini iaitu 1Israel adalah konsep percantuman parti parti politik seperti Pakatan Rakyat manakala 1Malaysia adalah gagasan menyatukan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama tanpa melibatkan kerjasama antara parti politik untuk memenangi pilihanraya. .



APCO benar dalam dakwaannya mengatakan tidak terlibat dalam membentuk gagasan 1Malaysia !!!



Jelas Anwar Ibrahim terkeliru dengan tuduhan beliau bahawa 1Malaysia adalah hasil dari konsep diciplak dari 1Israel. Malangnya ramai tidak mengkaji perkara ini dan menerima bulat bulat pembohongan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim terhadap Kerajaan.



Sekarang baru jelas bahawa tuduhan terhadap PM adalah fitnah paling keji dicipta oleh Anwar selepas isu bunuh Altantunya !!!





Alhamdulillah Allah telah menunjukkan kebenaranNYA pada hari Jumaat yang mulia ini... Kepada kawan kawan ayuh kita sebarkan kebenaran agar rakyat tidak termakan dengan api fitnah yang cuba dimomokkan untuk menutup isu liwat dan perpecahan teruk PKR sekarang ini.



01 April 2010

Edisi Pagi : CIA bantu Anwar dapatkan dokumen APCO ?


Kandungan perjanjian APCO dengan Malaysia sudah didedahkan di blog Anwar Ibrahim di sini

1.Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International

2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri

3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd












Yang peliknya ialah tidak disebut dari mana datang surat tersebut !

Boleh jadi antara tiga ini pembekalnya :

1. CIA/MOSSAD yang bekalkan semua dokumen demi menyelamatkan maruah ejen mereka
2. Atau agen mereka bernama RAJA PETRA yang pakar mereka cipta surat/dokumen sebegini
3. Atau talibarut mereka dalam Kerajaan yang sanggup khianat demi wang



Anda fikir ???

25 Mac 2010

Edisi Balas : Isu APCO dan 1Malaysia Yang Diulang Blogger PAS

Mereka kata : Hubungan pemimpin-pemimpin Umno-BN, khususnya Perdana Menteri, menggunakan konsultan APCO Worldwide yang mempunyai kaitan dengan elemen Zionis dan Neo-Konservatif Amerika Syarikat, jelas amat membahayakan negara.

Sebagai sebuah negara yang dihormati sebagai antara peneraju pergerakan negara-negara Islam, adalah amat malang dan memalukan apabila pemimpin Umno-BN, membuat hubungan rasmi dengan agen-agen yahudi untuk mempromosikan agenda mereka.


Kita kata : Tuduhan bahawa Malaysia ada kaitan dengan APCO adalah sangat dangkal sekali dan seluruh rakyat 1Malaysia sudah membaca penafian APCO. Setakat ini Raja Petra sahaja yang menggosipkan perkara tersebut. Isu ini ditimbulkan oleh Raja Fitnah yang terkenal di 1Dunia bernama Raja Petra.
Ada komen menarik di blog Perisik Rakyat berhubung isu ini :

1... Kutipan cukai langsung tahun 2008 Kelantan sekitar RM214 juta. Dan penyumbang utama adalah dari TESCO. Jelas dan jangan lupa Jangan lupa bahawa dulu benci yahudi skg dah sayang...besar lak tu. Kita masih menanti fatwa dar pencacai PR, jika dahulu mengharamkan BN kerana berurusan dgn TESCO bagai mana pula dgn KELANTAN yg hidup dgn cukai TESCO KB?
bagaimana Kerajaan Pas Kelantan yang mendakwa Islamik itu boleh pula membenarkan Tesco beroperasi di negeri Serambi Mekah ini sedangkan Tesco disifatkan sebagai milik Yahudi dan menyokong Zionis Israel? Fakta ini bukanlah bermakna Kerajaan anti-Tesco, tetapi sekadar menempelak sikap pemimpin PAS sebelum ini.

2... Dalam blog Raja Petra Kamarudin, beliau mengakui semasa dia mengetuai kempen memungut derma untuk Anwar Ibrahim, bekas ketua Pemuda Keadilan Nasional Ezam Mohd Noor dan setiausaha Sulit Anwar di Kementerian Kewangan Anuar Shaari telah betolak ke Amerika untuk mengambil wang daripada George Soros.

3... Manakal Ezam (yg dahulunya ketua Pemuda Keadilan Nasional) menyatakan Datin Seri Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar mengetuai rombongan untuk melobi Geoge Soros supaya membantu Anwar dan PKR dari sudut kewangan.

4... Tidak dinafikan Anwar adalah pemimpin Foundation For Future (FFF), yang menurut menurut Washington Post, Jabatan Luar Negeri Amerika mengakui telah memberikan sumbangan hampir dua-pertiga kepada yayasan tersebut dengan anggaran $56 juta Dollar US.

5... Sehingga kini Anwar Ibrahim juga adalah Ahli Jawatankuasa dalam International Criss Group (IGC) ICG dibina pada tahun 1995, oleh tokoh-tokoh Yahudi Amerika Syarikat iaitu Mark Malloch Brown, (ketika itu) Naib Presiden Bank Dunia dan Morton Abramowitz, bekas penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat, dgn tujuan untuk memastikan aset milik Yahudi tidak terhakis. Dan Krisis kemelesetan ekonomi dunia berlaku pada 1997 yg disebabkan oleh penyagak matawang berbangsa yahudi dan teman rapat Anwar.

6... Forum Dunia US-Islam ke 7 ini DITAJA oleh Saban Center of the Brookings Institution. Iaitu satu badan Yahudi Amerika yang modus operandinya adalah untuk menghalalkan kekejaman Israel dan Amerika kepada dunia Islam. Salah satu sumbangan badan ini adalah melaksanakan Annapolis Summit yang mengiktiraf negara Israel pada tahun 2007 dan menariknya perjanjian itu turut di tandatangani Anwar Ibrahim. Anwar juga pada tahun 2005 telah menyokong perang keatas Iraq dan seperti menghalalkan Perang Amerika ke atas Iraq kerana ingin membodek dan membuktikan beliau adalah sealiran dengan badan itu.

7... Dalam kes sodomi ke-2 Anwar juga jelas bahawa PR adalah anak didik Yahudi. Masakan tidak, belumpun perbicaraan tamat, malah pihak Anwar sendiri masih belum dipanggil untuk memberi keterangan tetapi agen2 kerajaan yahudi mula berkokok mempertahankan anak agen mereka si Anwar Al-juburi. Sebagai contoh Australia, Kemenangan kerajaan Australia sekarang banyak bergantung kepada pengaruh komuniti Gay yang mendapat dokongan dan dorongan Yahudi dan Israel. Malah gerakan Gay yang pertama di Australia sendiri adalah dipelopori kaum Yahudi, Daughters of Bilitis, yang diasaskan dan ditubuhkan pada tahun 1969 di Melbourne, Australia. Kemudian ia diikuti dengan pertubuhan Society Five yang ditubuhkan pada januari 1971, juga di Ibu Kota Melbourne.

Jelas siapa sebenarnya ada hubungan akrab dengan Israel dan siapa yang bukan pro Israel !!!


Mereka kata : Kerajaan BN jelas menodai mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, sekaligus mereka membohongi rakyat, bahawa kononnya mereka mempertahankan Islam dan anti-Zionis.

Rakyat memandang serius, isu kerajaan BN menggunakan khidmat APCO Worldwide untuk membantu BN menguruskan negara dengan mempromosikan slogan 1Malaysia, menyamai slogan 1Israel semasa kerajaan haram Yahudi dipimpin Perdana Menteri, Ehud Barak suatu ketika dahulu.

Kita kata : Sehingga kini bukankah hubungan diplomatik dengan Israel tidak wujud sejak dulu hingga sekarang ? Bukankah ini bukti bahawa Malaysia tidak mengiktiraf Israel walaupun tidak menolak kerjasama dengan pihak yang memberi manfaat kepada negara walaupun Yahudi. Ini pendirian konsisten yang tidak difahami penyokong pembangkang khasnya dari PKR. Mereka juga terlupa bagaiman sokongan kita kepada kempen boikot Israel dan juga bantu Palestin yang disebarkan di media massa dan cetak seluruh negara.


Mereka kata : Dalam hal ini, bukan soal hendak menyamakan Umno dengan Yahudi, tetapi yang dipersoalkan ialah, mengapa Umno yang mendakwa mereka sebuah parti Melayu-Islam menggunakan khidmat perunding Yahudi?

Apa perlunya Yahudi digunakan untuk mempromosikan slogan One Malaysia? Apakah dalam keadaan sekarang, amat mendesak buat Umno untuk menggunakan khidmat Yahudi untuk menyambung hayatnya dalam politik negara?
Kita kata : Jelas kenyataa mereka sendiri menunjukkan kegagalan hujah yang mereka miliki untuk mengaitkan Umno dengan Yahudi. Bagi kita, perhubungan dengan mana mana bangsa selagi tidak membawa mudarat kepada diri,negara atau agama adalah harus dan diterima oleh semua orang yang bersikap rasional. Jika nasihat yang baik meskipun diberi oleh agensi ada kaitan dengan Yahudi untuk mewujudkan perpaduan di negara Malaysia apakah kita tidak wajar menerimanya ?
Nasihat yang menyarankan kita menjayakan konsep 1Malaysia yang sangat bagus ini tentu tidak bercanggah dengan Islam. Soal berapa jumlah yang dibayar tidak timbul kerana natijahnya lebih besar dari jumlah yang dilaburkan. Jika perpecahan berlaku sehingga mengakibatkan kematian, adakah cukup RM 60 juta diguna untuk menghidupkannya kembali ???
Malangnya dalam hal ini kita terlupa bahawa ada orang menerima nasihat, bahkan turut menerima WANG jutaan ringgit untuk membawa ketidakstabilan dalam negara kita(contoh mereka fitnah palsu ) tetapi mereka tidak dikutuk oleh blogger sebelah sana. Adakah ini adil ?


Mereka kata : Kita mendesak supaya Umno-BN yang dipimpin Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak memperjelaskan keadaan ini. Kita mendesak supaya Umno-BN membatalkan kontrak dengan APCO Worldwide.

Walaupun ada jawapan rasmi kerajaan di Parlimen yang menyatakan bahawa perkhidmatan APCO Worldwide tidak digunakan khusus untuk mempromosi 1Malaysia tetapi untuk semua isu-isu umum komunikasi, tetapi yang dipersoalkan sekarang ini, apakah keperluan dan kewajarannya dibayar syarikat Yahudi ini puluhan juta ringgit menggunakan wang rakyat?
Kita kata : Yahudi terkenal dengan kepintaran mereka. Dalam hal ini jika negara mendapatkan pandangan pihak yang pakar untuk tujuan yang memberi faedah kepada negara adakah ia tidak dapat diterima oleh rakyat ?
Isu ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pihak pembangkang selamanya akan membangkang walaupun mereka sendiri memahami isu yang dibangkangkan. Mereka tahu kesan dari hubungan Anwar Ibrahim dengan rangkaian zionis Yahudi di seluruh dunia telah merosakkan imej pembangkang. Justeru mereka mahu menggunakan kesempatan ini untuk menyerang kembali kepimpinan negara kita dengan isu yang sama.
Saya teringat Yahudi turut berperangai sedemikian ketika menentang dakwah Nabi Muhammad s.a.w serta kerasulan baginda seperti yang ditegaskan oleh Al Quran Al Baqarah 146 :
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).



Kerajaan Umno-BN seharusnya sedar bahawa perkhidmatan APCO Worldwide, selain digunakan Israel sebagai konsultan propagandanya, perkhidmatannya turut digunakan oleh diktator di Nigeria dan Kazakhstan.

Justeru dalam hal sebegini, Kerajaan Umno-BN tidak harus menyembunyikan kepada rakyat, apakah peranan APCO Worldwide yang sebenarnya dan berapakah nilai kontrak yang dibayar kepadanya.

Kerajaan Umno-BN harus mendedahkan kepada rakyat, apakah syor-syor yang diberikan oleh APCO Worldwide kepada semua kementerian yang digunapakai untuk faedah rakyat jelata.

Sebagaimana yang ditegaskan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff di Dewan Rakyat, 22 Mac lepas, "Jika Umno-BN tidak membatalkan kontrak APCO, ia memberi implikasi bahawa dasar-dasar Israel menjadi asas kepada komunikasi negara.

"Saya cabar Perdana Menteri jika tidak ada tindakan tegas diambil, rakyat akan berkata kamu bersekongkol dengan pemimpin Israel."
Kita kata : kenapa pembangkang begitu beria-ia ingin tahu tentang APCO ini ? adakah kerana mereka sudah nampak kejayaan 1Malaysia sehingga gusar ia akan meruntuhkan kekebalan mereka di minda rakyat ? setakat ini mereka sekadar melontar tuduhan tanpa membawa bukti kepada tuduhan yang dilemparkan. Jelas ini adalah fitnah terbaru yang ingin menukar persepsi rakyat yang sudah menerima konsep 1Malaysia hasil usaha Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak.


Rakyat Malaysia tidak lupa bagaimana sebelum ini, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menggunakan khidmat pelobi Yahudi yang pro-Zionis dan neo-konservatif ektremis, Jack Abramoff, dengan jumlah bayaran yang begitu besar.

Difahamkan, Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perundingan sebanyak AS$1.2 juta (RM4.6 juta) kepada Abramoff bagi khidmat menguruskan pertemuan antara Mahathir dan Presiden Amerika ketika itu George W. Bush di White House, Washington pada Mei 2002.

Malah Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi turut dikecam keras kerana mengadakan pertemuan bersama Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak di sebuah majlis koktel di Pertunjukan Udara Paris, 17 Julai tahun lalu.

Kesemua bukti ini menunjukkan wujudnya muqabalah antara pemimpin Umno dengan Yahudi, sedangkan pada masa yang sama Yahudi cukup terkenal dengan nama Penyembelih Gaza (The Butcher of Gaza).

Hubungan ini amat menghiris hati umat Islam di negara ini yang majoriti anti-Yahudi. Maka dengan itu, keadaan ini semakin membulatkan tekad rakyat, yang beragama Islam untuk menguburkan Umno pada PRU ke-13 nanti.

HarakahDaily


Kita kata : jelas propaganda murahan yang mereka mainkan ini ( baca : recyle ) bertujuan untuk memastikan rakyat membenci usaha gagasan 1Malaysia ini selepas ia berjaya diterima oleh rakyat negara kita. Kerana selama ini mereka telah berjaya menghasut Cina dan India sehingga sokongan telah beralih begitu mendadak sekali kepada pembangkang pada PRU lepas. Sehingga mereka menang besar walaupun meletakkan calon yang tidak sesuai untuk menjadi wakil rakyat.
Hari ini selepas mereka gagal mempamerkan kesungguhan dan kejayaan menjadi pentadbir kepada negeri yang diperintah, mereka cuba pula untuk merosakkan agenda nasional yang dibawa oleh pemimpin kita dengan harapan segala pembohongan yang mereka buat atas 'api kemarahan' yang membakar emosi rakyat pada PRU yang lalu akan berterusan.
Percayalah rakyat sekarang sudah cerdik dan tahu menilai mana satu pemimpin atau parti yang mengUTAMAkan rakyat atau mengAUTAkan rakyat.
Pilihan di tangan kita antara auta atau utama rakyat 1Malaysia.

tengok balik gambar Anwar beramah mesra bersama tokoh Yahudi yang menjadi arkitek perang Iraq di sini http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/03/edisi-khas-persoalan-dalam-fatwa.html

Cari Blog Ini

Translate