Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 April 2010

Edisi Perang Siber Hulu Selangor Siri 8 : Zulkifli Nordin Membuktikan Pakatan Rakyat adalah Juara Fitnah


Persepi yang ditulis dengan penuh keikhlasan oleh Yb Zulkifli Nordin adalah persepsi baru beliau selepas berjaya meng'uzlah'kan diri atau mufaraqah dari Jamaah PKR yang dikira sudah sesat dan menyesatkan orang.

Dengan pembawaan Islam Liberal maka Zulkifli sudah nampak agenda tersirat di sebalik perjuangan PKR dan dia tentu sekali tidak sanggup bersubahat dengan orang yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kepentingan dunia melebihi akhirat.

Lalu keputusan bersama beberapa rakan untuk meninggalkan bahtera PKR yang hampir karam adalah tindakan paling sukar yang pernah dibuat oleh beliau tetapi itulah yang terbaik perlu dibuat olehnya sebagai seorang ahli Parlimen yang menjadi tempat bergantung umat Islam di tempat dan negaranya.

Yb Zul orang yang ikhlas dan berani menongkah arus. Saya yakin dengan kredibiliti Perdana Menteri yang sukar digugat oleh mana mana fitnah atau sumpah berharga RM4 maka ia menjadikan beliau semakin ragu dan memilih untuk meninggalkan ketua dan raja segala fitnah.

Dengan penuh tekad juga beliau telah mendedahkan komplot untuk mengaitkan PM dan isteri dengan fitnah yang akhirnya didedahkan dengan lebih terperinci oleh Yb Zahrain Hashim. Jelas bahawa Anwarlah yang menjadi dalang kepada usaha untuk menimbulkan fitnah terhadap Perdana Menteri dan isteri termasuk Nazri Aziz.



Jelas bahawa angkara fitnah ramai insan tidak berdosa telah menjadi mangsa !!!


Bacalah luahan hati beliau selepas menjadi ahli BEBAS ,, :


Sekarang di London jam 08.50am, maknanya di Malaysia sekarang jam 03.50 petang. Cuaca di London agak okay, cerah tanpa hujan. Dah masuk spring katakan. Kebetulan dalam flite MAS MH002 KL-London tadi saya duduk berdekatan dengan YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato' Seri Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais. Rupanya dema ni rajin juga bersembang. Macam-macam story. Saya baru tahu rupanya Datin Seri Masnah mengadakan kelas pengajian tafsir dan tajwid di rumahnya di Ampang Jaya tiap minggu Isnin dan Rabu.




Rupa-rupanya Datin Seri Masnah ni pengetahuan beliau tentang Islam agak mengagumkan. Dan cinta Datin Seri kepada majlis ilmu sehingga sanggup buat
dewan khas dirumahnya untuk program kuliah dan pengajian. Dan yang hadir pun boleh tahan, kekadang sehingga seratus lebih jemaah.




Tu lah, kekadang kita tak patut mengukur seseorang daripada luaran sahaja, apatah lagi mendengar fitnah orang. Macam saya tengok YB Tengku Adnan Mansor dan banyak lagi Ahli Parlimen lain. Dulu kita selalu mendengar macam-macam fitnah dan kutukan terhadap mereka. Saya dulu pun mempunyai persepsi agak negatif dengan beliau ni hasil fitnah tak berhenti sesetengah orang.
Tapi sejak jadi Ahli Parlimen, saya selalu tengok YB Tengku Adnan ni antara orang yang paling rajin solat jemaah disurau Parlimen, kekadang siap ajak kami lagi ke surau untuk berjemaah!





Sebab itu saya sekarang mengambil pendekatan
lebih baik kita berbaik sangka dengan semua saudara seIslam. Kalau terdengar cerita pelik-pelik pasal seseorang, saya akan check dahulu dengan tanya orang tu sendiri. Kadang-kadang apa yang kita dengar sendiri dari orang itu jauh berbeza daripada apa yang orang kata. Tapi namanya mulut manusia, kita tak boleh nak katup yop. Jadi macam kata orang Kedah, biaq pi kat depa lah.




baca juga pendedahan Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak siapa sebenar Anwar di sini http://utusan.com.my/

1 ulasan:

lelaki tulen berkata...

Inilah yang wajib ada dalam diri kita iaitu muhasabah diri,berkawan dulu dan kenalilah mereka barulah menjatuhkan hukum sama ada baik atau jahat.
Ini tidak sesetengah org kita lebih taksub kepada penampilan luaran semata2 sedangkan apa yg ada didalam tidak diambil kira.
Tidak semestinya bila kita melihat penampilan luaran seseorang itu kurang cantik tp didlmnya juga begitu.Kadang2 mereka ini lebih baik dan mulia dari org yg berselindung disebalik penampilan sedangkan hakikatnya mereka adalah manusia yg amat rugi.

Cari Blog Ini

Translate