Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 April 2010

Edisi PRK Hulu Selangor Edisi 14 - Ku Li Tegaskan Tidak Sokong Kerajaan Negeri Kelantan & Isu Royalti Minyak Sudah Tidak Timbul Lagi


Petikan laporan Utusan Malaysia 12 April 2010


Fakta 1


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan beliau bukannya menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam rundingan di antara kerajaan Pas Kelantan dengan Pusat berhubung tuntutan royalti minyak.


Sebaliknya, beliau hanya bersedia memberikan khidmat untuk memantau penggunaan wang tersebut sekiranya royalti yang diperjuangkan oleh kerajaan negeri itu disalurkan kelak.



Fakta 2


Bagaimanapun katanya, isu tersebut tidak timbul lagi kerana kerajaan Pusat tetap bertegas untuk tidak memberikan royalti minyak dan mula mengagihkan wang ihsan kepada rakyat negeri ini.



Fakta 3


"Saya bukan hendak jadi orang tengah, saya tawarkan diri untuk memantau duit royalti yang Petronas bagi kepada kerajaan negeri kalau kerajaan Pusat setuju sebab dia (kerajaan Pusat) fikir duit ini akan disalah guna oleh kerajaan negeri.




Fakta 4


"Saya kata sanggup menawarkan diri sebagai pemantau tengok jangan salah guna tetapi kerajaan Pusat tidak mahu bagi royalti, maka tidak timbullah, ini salah faham dari segi tawaran saya," katanya.



Fakta 5


Ekoran itu, kerajaan negeri bersetuju untuk melantik bekas Menteri Kewangan itu sebagai perunding mewakili kerajaan negeri dalam isu tuntutan royalti minyak.


Namun sehingga kini Ku Li tidak menerima sebarang surat tawaran daripada kerajaan negeri untuk melantiknya sebagai perunding.



Fakta 6


Adakah beliau akan terus menyokong kerajaan negeri untuk membuat tuntutan royalti minyak, Tengku Razaleigh berkata:

"Itu tidak ada kena mengena dengan saya, terpulang kepada rakyat negeri Kelantan.


"Saya tidak menyokong (kerajaan negeri) saya cuma bercakap dan mendengar mengikut undang-undang...





sumber asal (klik sini





KESIMPULANNYA :


PAS GAGAL MEMPERALATKAN KU LI UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MEREKA !!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau dgn kenyataan ku li itu pun penyokong2 bn masih tak faham faham pasal royalti minyak kelantan,sah lah,mereka sememangnya bebal.....

Panglima Perang Cyber berkata...

siapa tak faham sebenarnya ?? Pas juara putar belit dan jelas Ku Li dimanipulasi oleh puak2 karut tu.

susah sangat ke nak faham ?


ohhhh dah malu ye ?

usahlah bro nak bela lagi puak 2 ni..

mari kita hentikan sokongan kepada mereka


kita bersatu utk agama bangsan dan tanah air

Unknown berkata...

Aku setuju kita bersatu utk agama ibangsa dan tanah air.....kita nak GAP calon Melayu UMNO di Hulu Selangor...kalau tidak kita undi GAP calon Melayu Bebas....ini saja peluang Hulu Selangor kembali kepada yang majoriti...

Cari Blog Ini

Translate