Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 April 2010

Edisi Sibu Siri 1 : Nik Aziz Menafikan Langgar Titah Sultan...Putar belit lagi ?

gambar penyokong PAS menghalang kenderaan Raja Nazrin


2010/04/26

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mempertahankan kenyataannya bahawa isu politik boleh dibincangkan dalam masjid yang menjadi institusi dalam masyarakat Islam.



Katanya, politik tidak semestinya terhad kepada hal membabitkan parti semata-mata, sebaliknya merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat.



“Saya mahu melahirkan rasa dukacita amat sangat atas kenyataan yang dibuat Perdana Menteri bahawa saya sudah melanggar titah Sultan Selangor, saya nak jawab kepada beliau dan masyarakat semua.



“Saya langsung tidak terfikir nak langgar titah. Selama 20 tahun menjadi Menteri Besar, saya amat menghormati institusi raja. Seorang wartawan tanya saya, bagaimana masalahnya politik dalam masjid. Bagi saya ada dua, pertamanya politik, keduanya parti.



“Politik, di mana-mana kita boleh sebut (bincang). Azan yang dilaungkan bilal (hakikatnya) adalah suatu politik kerana memanggil orang ramai (mengerjakan solat di masjid). Nabi Muhammad sendiri tidak pernah mengasingkan kenyataannya antara agama dan politik.



“Hal parti, saya tak setuju disebut dalam masjid. Yang peliknya, dia sendiri (Perdana Menteri) lebih teruk lagi, bagi subsidi atas masjid," katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, pagi semalam.



Beliau mengulas kenyataan pelbagai pihak membidasnya termasuk Datuk Seri Najib Razak, yang menyifatkan Nik Aziz melakukan pengingkaran serius kerana mempertikaikan titah Sultan Selangor, supaya mana-mana pihak tidak menggunakan masjid sebagai pentas politik.


Mursyidul Am Pas itu ketika menyertai kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, baru-baru ini dilaporkan media menganggap larangan mengguna masjid dan surau di Selangor sebagai gelanggang berpolitik sebagai karut serta peninggalan penjajah.

Nik Aziz mendakwa tidak tahu menahu mengenai titah yang dikeluarkan Sultan Selangor ketika beliau menjawab pertanyaan wakil media mengenai isu politik dalam masjid itu.

Saya tak tahu langsung, Dia tanya (soalan yang dikemukakan) pun tak sebut masalah (titah) Sultan. (Wartawan) mengarut dia," katanya.


BERITA HARIAN ( http://www.bharian.com.my )



Komen Penulis :

  1. Definisi Politik ialah : pengurusan atau pentadbiran. Politik juga dianggap proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Ia boleh berlaku dalam sektor korporat, akademik atau agama.Politik tidak terbatas kepada pihak tertentu bahkan ia digunakan oleh mana mana pemimpin untuk mentadbir samada keluarga, kampung, persatuan, negeri dan negara
  2. Orang Politik ialah orang yang terlibat secara langsung dengan urusan pentadbiran. Dalam hal ini Nik Aziz Nik Mat atau Najib Tun Razak ialah orang politik sebagai contoh.
  3. Beza antara dua individu dari dua parti tersebut ialah Nik Aziz ahli agama yang digelar tok guru menjadi orang politik. Manakala Najib Tun Razak tidak dilahirkan menjadi ahli agama seperti Nik Aziz tetapi tetap merupakan ahli politik yang amanah dan berjaya dalam menguruskan hampir 30 juta rakyat kita..
  4. Namun pencapaian beliau lagi hebat dari Nik Aziz yang masih belum dapat merasa kerusi menjadi Perdana Menteri berbanding beliau yang sejak muda sudah menjadi Menteri Besar.
  5. Banyak tanda tanda kejayaan Malaysia telah, akan dan sedang dirancang atau diusahakan bagi meningkatkan kebanggaan kita ke seluruh dunia hasil politik YAB Perdana Menteri.
  6. Walau bagaimanapun jika ahli politik seperti Nik Aziz melanggar titah larangan berpolitik di dalam masjid atau surau tentu anak cucu kita suatu hari kelak akan keliru.
  7. Pergaduhan pasti berlaku kerana medan dakwah di masjid telah diisi oleh golongan agama yang condong kepada politik kepartian hingga mengelirukan masyarakat.
  8. Isu solat dua imam antara contoh yang telah berlaku apabila politik dimainkan di masjid hingga melarat kepada kafir mengkafir sesama umat.
  9. Namun isu yang timbul sekarang ekoran Nik Aziz sebagai orang politik telah dihalang dari berkhutbah atau berceramah di dalam masjid negeri Selangor atas titah Sultan Selangor. Lalu beliau telah menghina titah tersebut dan mengaitkannya dengan penjajah.
  10. Sedangkan titah Sultan bertujuan untuk menjaga umat dari berpecah ekoran perselisihan politik yang kadang kala membawa kepada kafir mengkafir sesama umat Islam. Bukan bertujuan menghalang cita cita politik beliau untuk berkempen sempena PRK Hulu Selangor.
  11. Selama ini Nik Aziz sendiri pernah menyifatkan Umno komunis, sekular dan lain lain lagi. Hj Hadi juga pernah mengaitkan perbuatan menyokong Umno boleh menggugurkan akidah dan membawa kepada kufur dan rosak akidah seperti yang termaktub di dalam Amanat Hj Hadi di Terengganu satu ketika dulu.
  12. Bayangkan jika kita membiarkan ahli politik yang hidupnya penuh dengan politik tanpa henti, diberi peluang untuk berkhutbah atau mengajar di masjid kampung kita ? Tentu akan keluar perkataan kafir, syirik, sesat, dajal, komunis, sekular dan lain lain lagi dari mulut ahli politik pembangkang ini terhadap parti lawannya.
  13. Setakat ini kita tidak pernah mendengar ahli parti UMNO menggunakan masjid sebagai tempat politik dan menyindir lawannya demi mendapatkan sedikit sokongan dan undi.
  14. Barangkali faktor kesetiaan kepada Raja yang menjadi rukun Negara telah menghalang kita dari melakukakan perbuatan seperti Nik Aziz yang jelas menderhaka kepada DYMM Sultan Selangor.
  15. Nik Aziz pandai putar belit. Selama ini banyak kenyataan samada disalahkan kepada wartawan, atau dinafikan keesokan hari beliau mengeluarkan kenyataan yang songsang atau salah.
  16. Nik Aziz konsisten dengan cara 'mantiq' yang diguna selama ini. Mantiq iaitu menggunakan logik akal untuk mengalahkan hujah lawan.
  17. Tindakan beliau sendiri menjelaskan bahawa Pembangkang memang menggunakan masjid untuk memecah belahkan rakyat dan penggunaan dalil akal dan naqli (agama) ditonjolkan bagi menghalalkan perbuatan tersebut.
  18. Jelas bahawa politik PAS dan UMNO sangat berbeza. Tempat ibadat yang menjadi tempat perpaduan kita telah dilindungi dengan akta dan titah Ketua Agama Negeri iaitu Sultan Selangor agar tidak dicemari dengan unsur politik kepartian.
  19. Umno sekadar menyampaikan hadiah / bantuan di masjid bukan menjadikannya tempat ceramah politik manakala Pakatan Haram menjadi masjid sebagai tempat berpolitik menerusi slot agama demi mendapatkan sokongan umat Islam yang hadir menunaikan solat.
  20. Lagi malang ada Adun dan MP bukan Islam dari pembangkang telah menghina institusi masjid dengan memasuki rumah ibadat kita walaupun dilarang oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka juga telah menjadikan ayat quran sebagai 'mainan politik' dalam ceramah sehingga kesucian kalam Allah dibiarkan begitu sahaja oleh Nik Aziz atas alasan 'jahil' dan belum memeluk Islam.
  21. Dalam kenyataan di atas Nik Aziz menafikan beliau pernah mendengar titah Sultan agar jangan jadikan masjid sebagai tempat berpolitik.
  22. Meskipun Nik Aziz menafikan beliau mengetahui titah Sultan tersebut namun kita tahu beliau menipu. Persoalannya : adakah benar dakwaan beliau tidak mengetahui titah Sultan tersebut.? Mana pergi penasihat sekeliling beliau ?
  23. Jika Nik Aziz benar benar setia kepada Raja, apakah buktinya ? Kenapa beliau tidak menghalang golongan yang menghalang kenderaan Diraja semasa kekecohan DUN Perak tahun lepas ??? Kenapa Istana Kelantan masih lagi bergolak hingga hari ini ?
  24. Bukankah selama ini Pakatan Haram yang sebenarnya sering mencetuskan huru hara seperti kejadian di Kuala Terengganu sehingga bendera Malaysia dibakar, Demonstrasi BERSIH, Hindraf dan lain lain meskipun sudah dinasihat oleh Sultan-Sultan agar jangan membuat huru hara ?
  25. Kesimpulannya : Sultan akan diancam oleh pemimpin Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP dan mereka tidak akan redha selagi Sultan dan Raja Melayu tidak dihapuskan dari pemerintahan negara kita.
  26. Jika Ketua Agama kita sudah dijatuhkan oleh Pakatan Haram ini nescaya mudahlah usaha mereka menyebarkan fahaman songsang tersebut atau mengaut keuntungan beratus bilion melalui GLC yang sudah menjadi 'taiko' dalam dunia bisnes antarabangsa.



Baca dan fikirkan bersama.




Catatan oleh :

Panglima Perang Cyber

27 April Jam 3.00 pagi




1 ulasan:

Muhammad berkata...

Majlis Maulidur Rasul SAW & Haul Al-Syeikh Abd Qadir Al-Jilani (Masjid Negara) : http://wp.me/piAx4-1A6

Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad : http://wp.me/piAx4-1zt

Majlis Ta'lim (ceramah motivasi) oleh Dr. Habib Ahmad Al Kaf dari Jakarta : http://www.baalawi-kl.com/v1/

Tajdid: Antara hakikat dan dakwaan : http://wp.me/piAx4-1Az

Sumbangan Ikhlas untuk Ma’ahad as-Syatirie : http://wp.me/piAx4-1A3

Cari Blog Ini

Translate