Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

19 April 2010

Siri 23 P094 : Tamparan Hebat Kepada Anwar - Pemimpin dan Ahli PKR Selangor dan Pulau Pinang letak jawatan !!!

1) Pemimpin PKR Selangor keluar parti klik sini http://www.utusan.com.my/

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam, Nor'isham Manap (kanan) dan bekas timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar (kiri) diiringi Ezam Mohd. Noor (tengah) selepas mengadakan sidang akhbar mengumumkan keputusan mereka untuk keluar dari PKR di Shah Alam, semalam. - BERNAMA


SHAH ALAM 18 April - Kecewa dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hulu Selangor yang disifatkan mempunyai rekod moral memalukan, dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengumumkan keluar parti serta-merta.



Mereka ialah Ketua AMK Bahagian Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhammad Ali Mukhtar.



Turut menyertai Nor'isham dan Muhammad Ali ialah lima lagi anggota AMK termasuk dua ahli jawatankuasa cawangan masing-masing dari Shah Alam dan Padang Jawa.



Menurut Nor'isham, pemilihan Zaid sebagai calon PKR pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor jelas merupakan pengkhianatan terhadap semangat dan cita-cita perjuangan reformasi yang disertainya bersama rakan-rakan pada tahun 1999.



Katanya, rekod Zaid sebagai pejuang reformasi dan keadilan masih belum diuji malah rekod moral beliau amat memalukan setiap orang Melayu dan Islam yang berpegang pada akidah dan akhlak.



''Kami yakin pemilihan Zaid bukan atas dasar kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi untuk menjaga kepentingan Anwar yang memerlukan seorang bekas menteri dan peguam berprofil tinggi untuk menjadi benteng dan pembelanya di Parlimen.



''Justeru Zaid dipilih oleh Anwar hanya untuk menjaga kepentingan dirinya sendiri bukan kepentingan rakyat seperti yang diuar-uarkan.



''Tidak masuk akal seorang yang bukan anak tempatan boleh menjadi wakil rakyat yang berkesan di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Hadir sama bekas Ketua AMK, Ezam Mohd. Noor.



Nor'isham mendakwa, beliau sebenarnya mewakili ramai anak muda dalam AMK yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan keputusan dan sikap Anwar.



Namun katanya, masih ramai yang belum berani membuat keputusan untuk keluar parti dan beliau mempunyai bukti.



''Kami menyeru kepada pemimpin dan ahli AMK lain yang majoritinya kecewa dengan pemilihan Zaid untuk menunjukkan keberanian berpegang pada prinsip dan perjuangan sebenar dengan meninggalkan Anwar dan PKR yang telah jauh menyimpang perjuangannya.



''Kami menyeru rakyat khususnya pengundi di Hulu Selangor terutamanya anak-anak muda untuk meninggalkan Anwar yang menyeret rakyat dengan masalah dan cita-cita peribadi beliau dalam setiap tindakan politiknya dan parti PKR," katanya.



Nor'isham dan Muhammad Ali kemudian menunjukkan satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin yang bertulis :



''Salam kawan-kawan. Harap kita SMS DSAI (Anwar) agar kriteria 'track record' kesetiaan kepada parti dan perjuangan dan kriteria seorang 'fighter' menjadi asas pertimbangan utama dalam hal calon Hulu Selangor. Pengalaman lalu wajib jadi tauladan dan panduan.



Bukan hanya soal calon mampu menang tetapi soal kelangsungan perjuangan ini yang lebih penting. Kita ada Shamsul, Syed Shahir dan ramai lagi. Ini nombor DSAI 017-28xxx11".



Dakwa Muhammad Ali pula, dia telah menghantar SMS itu kepada Anwar tetapi tiada balasan diterima.



''Biasalah kita ini orang bawahan. Kalau tiada kepentingan dengan Anwar mana dia nak layan," katanya.



Ditanya apakah hala tuju mereka selepas ini kata Muhammad Ali, beliau dan rakan-rakannya belum memikirkannya lagi.



Bagaimanapun beliau yakin selepas ini pasti lebih ramai anggota AMK di Selangor akan meletak jawatan.




2) 200 Ahli PKR Pulau Pinang keluar parti klik sini http://www.utusan.com.my/


PULAU PINANG 18 April - Akibat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pucuk pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), kira-kira 200 ahli parti berkenaan bertindak keluar daripada parti tersebut secara beramai-ramai hari ini.


Keputusan itu dibuat oleh ahli PKR cabang Bayan Baru, Sungai Dua dan Permatang Damar Laut di sini dengan diketuai Pengerusi Tetap PKR cabang Bayan Baru, Ismail Mohamad Ali yang telah 11 tahun berada dalam parti itu.



Menurut Ismail, tindakan itu dibuat bersama ahli PKR yang lain kerana muak dengan perangai dan tindakan pemimpin parti berkenaan yang bertindak mendiamkan diri apabila sesuatu isu berkaitan kepentingan orang Melayu dan negara dipersoalkan 'rakan' mereka.



''Sebagai orang yang telah 11 tahun berada dalam PKR, saya melihat berlaku banyak kepincangan dalam PKR dan pakatan pembangkang ketika ini terutama apabila seorang ahli Parlimen mempersoalkan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan berkaitan hak keistimewaan orang Melayu.



''Begitu juga dengan satu kes mahkamah seorang pemimpin parti yang turut memanggil pihak luar campur tangan. Dia panggil Amerika Syarikat (AS), Australia dan Kanada. Ini amat tidak baik dan merupakan satu bentuk penjajahan baru bagi rakyat Malaysia.



'Namun sehingga ke hari ini tiada seorang pun pemimpin PKR sama ada negeri atau pusat bersuara mengenai hal ini. Mereka diam membisu. Perkara ini benar-benar menyedihkan saya dan rakan-rakan yang lain," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.



Turut mengikuti jejak langkahnya ialah Ahli Jawatankuasa PKR cabang yang sama, S. Dhinabalan.



Ismail kemudiannya sambil disaksikan Dhinabalan dan ahli parti yang lain bertindak memotong kad keahliannya dalam PKR.

3 ulasan:

CINTA DUNIA berkata...

apakah apabila pemimpin pemuda UMNO bertanding sebagai calon Bebas, bukan satu tamparan hebat kepada UMNO/BN

X PKR berkata...

situasi biasa apabila setiap kali adanya PRK maka berduyun-duyun la ahli Pakatan akan keluar beramai-ramai, ini adalah perancangan awal ahli2 yang kecewa kerana tak dapat yang dihajati dalam Pakatan Rakyat dan cuba tawar menawar dengan pembeli,buktinya X TKM 1 penang yang sudah jelaskan sekaligus ansuran keretanya RM120 ribu banyak tu duit, tapi masa dalam PKR dulu dia minta yang bukan2 utk selesaikan masalah kewangan dia namun tak tercapai, tapi bila melompat aje keseberang sana maka berguni2lah habuan yang dapat.bukti yang nyata kepada katak2 yang melompat ini tiada maruah dan harga diri kerana kalah dengan habuan kemewahan dunia.saya juga pernah ditawarkan habuan suatu ketika dulu supaya khianati parti sendiri.

Mozas berkata...

kalau sudah kecewa. nak orang selangor, kasi orang kelantan. yang diutamakan anwar, bukan orang hulu selangor. keluarlah ramai-ramai dari pakatan kencing rakyat.




baca apa yang zaid ibrahim akan bawa ke hulu selangor di sini:

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/apa-yang-zaid-ibrahim-akan-bawa-ke-hulu.html

Cari Blog Ini

Translate