Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 Jun 2010

FAKTA LENGKAP SERANGAN GANAS TENTERA ISRAEL KE ATAS KONVOI KEMANUSIAAN UNTUK GAZA


mangsa serangan (lagi gambar di blog Rajahmas)



  1. Pada Ahad 30 Mei 2010 dunia menyaksikan satu serangan tidak berperi kemanusiaan rejim Zionis Israel terhadap kapal Mavi Marmara yang salah satu dari enam kapal membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza yang disekat sejak dua tahun yang lalu.
  2. Misi itu disertai lebih 500 sukarelawan atas nama “ Lifeline 4 Gaza (LL4G) “ dari seluruh dunia dengan bantuan sebanyak 10,000 tan untuk membantu 100,000 berlaku di perairan antarabangsa kira kira 65 km dari Gaza. Ketika kejadian kapal Mavi Marmara berada di perairan antarabangsa yang jelas tidak boleh dicerobohi oleh mana mana tentera termasuk tentera rejim Zionis Israel.
  3. Ia telah mengorbankan 19 sukarelawan (info Berita Harian hari ini m/s 16 ), mencederakan lebih 50 yang lain dan menahan lebih 500 orang sukarelawan yang berada di enam kapal yang terlibat dalam misi tersebut (Berita Harian m/s 17) .
  4. Tentera Zionis Israel mempertahankan tindakan mereka dan mendakwa serangan bermula dari kapal yang membawa bantuan kemanusiaan tersebut telah menahan 12 rakyat Malaysia termasuk Mustafa Mansur dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia(bukan 11 orang seperti laporan semalam ). Mereka yang ditahan ditempatkan di Haifa bersama-sama wartawan kanan Astro Awani Ashwad Ismail dan jurukamera Samsul Kamal Abdul Latip. Mereka tidak cedera dan disahkan selamat oleh Wisma Putra. Lima kapal yang lain telah ditahan di Asdod.
  5. Satu lagi kapal kargo yang turut menyertai konvoi iaitu “ Rachel Corrie “ akan tetap meneruskan perjalanan ke Gaza namun akan berpatah balik jika dihalang oleh Israel. Ia diiringi kapal kargo Challenger I dan Challenger II, dinaiki enam aktivis dari Malaysia termasuk Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria dan turut disertai dari negara lain seperti Ireland, Amerika dan pelbagai negara lain. Mereka dijangka tiba di Gaza hari ini Rabu 2 Jun 2010.
  6. Perdana Menteri semalam telah mengarahkan Wisma Putra mengambil langkah sewajarnya membawa pulang rakyat kita yang ditahan di sana dan beberapa Negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel seperti Jordan, Turki, Filipina dan Irelan juga telah bersetuju membantu Malaysia untuk membebaskan mereka. Tun Mahathir memuji PM yang tidak mengambil masa yang lama mengutuk serangan tersebut malam tadi.
  7. Menteri Luar Datuk Anifah Aman membuat kenyataan bahawa Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) atas tindakan rejim Israel tersebut dan mahu siasatan bebas dilakukan secara menyeluruh. Beliau turut menyatakan Menteri Luar Asean dan GCC di Singapura semalam turu mengutuk keras tindakan rejim Israel terhadap konvoi kemanusiaan itu.
  8. Setakat ini dalam dunia hanya Malaysia, Indonesia dan Brunei yang hingga kini masih tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Kesemuanya negara majoriti umat Islam di Asia.
  9. Banyak Negara mengutuk serangan tersebut termasuk sekutu rapat Israel iaitu Amerika Syarikat. Negara lain ialah Perancis, Rusia dan China bersatu dalam mendesak Israel menamatkan sekatan ke atas Gaza dan agar siasatan dilakukan berhubung serangan ganas itu.
  10. Turki, Perancis, Sepanyol dan Sweden antara yang telah memanggil Duta Israel di negara mereka sebagai bantahan terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel tersebut. Turki juga telah memanggil pulang dutanya dalam masa lebih dua jam selepas serangan tersebut berlaku.
  11. Malaysia dan Indonesia antara negara AEAN yang turut mengutuk tindakan tersebut yang disifatkan sangat kejam.
  12. Serangan berlaku ketika mana puluhan resolusi seperti resolusi 1860 dan 1850 telah diluluskan oleh PBB, antaranya bertujuan untuk mendesak Israel mematuhi undang-undang antarabangsa dan berhenti melakukan tindakan ketenteraan terhadap Palestin. Namun ia tidak diendah oleh Israel Zionis tersebut.
  13. PBB juga mengecewakan banyak pihak kerana mengambil masa lebih 10 jam untuk mengeluarkan kenyataan mengkritik keganasan tenter Israel dan mendesak semua yang ditahan agar dibebaskan dengan serta merta.
  14. Presiden Palestin Mahmoud Abbas meminta dunia melihat sendiri kekejaman tentera Israel kerana rakyatnya sudah tidak lagi mampu mengekang apa juga tindakan bangsa Yahudi tersebut. Beliau turut mendesak PBB mengambil tindakan lebih tegas terhadap Israel yang langsung tidak menghiraukan undang-undang antarabangsa.
  15. Presiden Iran Ahmadinejad pula berkata bahawa akhir kesudahan Zionis Israel sudah dekat. “Hari ini kita menyaksikan bagaimana entiti Zionis yang Zalim membunuh para aktivis antarabangsa yang membawa bantuan antarabangsa untuk penduduk Gaza dan menculik sejumlah dari mereka. Sebahagian pihak berpandangan ini adalah bukti kekuatan entiti Zionis, namun ia sebenarnya adalah indikator besar bahawa detik lenyapnya Israel sudah dekat dan awal kesudahannya.”
  16. Semalam berbagai pihak telah membuat demonstrasi aman di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sebagai membantah tindakan sekutu rapat AS. Antaranya Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang diketuai Datuk Ibrahim Ali, Lifeline 4 Gaza diketuai Zulkefli Mohd Nani. Memorandum turut diserahkan kepada Setiausaha Politik Kedutaan AS Brian Mcfbetters untuk diserahkan kepada Obama dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
  17. Pemuda BN juga turut menghantar bantahan kepada Persatuan bangsa-bangsa Bersatu (PBB), diserahkan oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon melalui Koordinator Residen PBB di Malaysia, Kamal Malhotra. Memorandum menuntut satu siasatan bebas dibuat oleh Majlis Keselamatan PBB bagi menyiasat secara terperinci serangan terhadap kapal yang membawa bekalan makanan, ubat dan bahan binaan untuk rakyat Palestin. Seramai 200 ahli BN dan NGO menyertai memorandum berkenaan dan membakar bendera Israel.
  18. Sejam selepas itu, PAS dan PKR juga turut menghantar memorandum kepada wakil Kedutaan AS untuk mendapat maklumat tentang keadaan sukarelawan yang menjadi sasaran serangan serta meminta AS memberi bantuan dengan merawat mereka yang cedera.
  19. Dalam pada itu Presiden PAS turut menggesa sidang khas Parlimen dan mendesak Perdana Menteri menghantar notis 48 kepada Speaker Dewan Rakyat untuk tujuan tersebut. Sidang tersebut perlu dibuat dan dijangka boleh dilangsungkan pada Khamis esok atau Jumaat ini.
  20. JAKIM juga telah menyeru semua masjid dan surau di seluruh negara menganjurkan solat hajat dan qunut Nazilah bermula malam tadi ( Selasa 1 Jun 2010) untuk mendoakan keselamatan sukarelawan yang terbabit misi kemanusian tersebut dari kekejaman rejim Israel.
  21. Ketika ini lebih 12,000 rakyat Palestin dipenjarakan di Israel termasuk wanita dan kanak kanak.
  22. Liga Arab yang dianggotai 22 negara antaranya seperti Mesir, Arab Saudi, Kuwait dan Jordan sepatutnya mengambil tindakan proaktif menggunakan kedudukan mereka sebagai rakan rapat Amerika Syarikat untuk menghalang perkara ini dari terus berlaku.
  23. Hikmah kejadian ini ialah seluruh dunia sudah bersatu untuk menentang kekejaman terhadap 100,000 rakyat Palestin di Gaza dan buktinya negara besar juga turut mengecam tindakan kejam Israel tersebut. Tindakan menyerang konvoi yang disertai pelbagai bangsa dan agama dari berbagai negara jelas tindakan yang akan memudaratkan Israel sendiri.
  24. Semoga dengan episod terbaru ini akan membawa kepada kemusnahan negara Israel dan membuka 1001 pintu rahmat kepada mangsa yang sudah dikepung sejak dua tahun yang lalu untuk mendapat makanan dan ubat bagi meneruskan kehidupan. Selepas nasib mereka sudah hampir dilupakan oleh penduduk dunia.



Ditulis pada : Rabu 2 Jun 2010 (mula 10.30 pagi – tamat 12.50 tengah hari)



tambahan : Panglima mohon maaf kerana kesibukan meladeni isteri baru bersalin menyukarkan untuk menulis seperti biasa. Harap maaf !


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate