Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Ogos 2010

EDISI KHAS : KRISIS AIR DI KELANTAN YANG MEMBAHAYAKAN OPERASI HOSPITAL BESAR KOTA BHARU BUKTI KEGAGALAN TOK GURU !!!

SOLAT HAJAT DAN ISTISQA (MOHON HUJAN) BANYAK KALI DIBUAT DIIMAMKAN NIK AZIZ TETAPI ALLAH TIDAK KABULKAN SAMPAI SEKARANG (GAMBAR DARI BLOG SYUKRAN.WORDPRESS)



oleh Ramli Abdul Halim..



HOSPITAL
adalah tempat rawatan untuk menyembuhkan penyakit pesakit, bukannya tempat untuk memungkinkan pesakit terdedah kepada ancaman jangkitan pelbagai penyakit.


Membiarkan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), terutama bangunan lamanya terus mengalami kirisis bekalan air berlarutan hampir setahun adalah suatu sesuatu yang sangat tidak patut kerana ianya boleh mengancam nyawa manusia.

Paling tidak patut setelah membelanjakan RM500,000 dan dengan membayar bil air sekitar RM35,000 sebulan, HRPZ II masih juga menghadapi krisis yang sepatutnya sudah pun ditemukan jalan penyelesaian jika pihak yang bertanggungjawab dalam pembekalan air di Kelantan benar-benar pakar dan profesional.

Dengan apa yang berlaku di HRPZ II membenarkan andaian bahawa daripada hanya 70 peratus sahaja rakyat Kelantan mendapatkan bekalan air paip, belum tentu 50 peratus daripadanya menerima bekalan air yang benar-benar sempurna, bersih dan selamat.

Di mana-mana sahaja masalah bekalan air berlaku di Kelantan dan ramai yang memilih beli air suling (mineral water) di pasaran terbuka kerana walaupun ada air keluar dari muncung paip, rata-rata macam jantan kencing dedas, namun kualitinya sangat rendah dan ditrasakan tidak selamat untuk diminum.

Bil air dibayar, namun untuk memasak dan minum terpaksa beli air sulingan dipasaran terbuka. Rakyat Kelantan terpaksa membayar harga yang cukup tinggi untuk dapatkan bekalan air, bil bekalan air dan pembelian air suling.

Banyak tempat air paip hanya keluar beberapa jam sahaja dalam sehari, antaranya di perumahan kastam Desa Kujis di Panji, malah ada sesetengah kawasan seperti di kawasan pesisir pantai dan beberapa kawasan di jajahan Pasir Mas, sudah bertahun-tahun paip penduduknya tidak berair.

Ada kebanyakan tempat di Kota Bharu, malah jaraknya tidak sampai pun sekilometer dari pusat penapisan air di Kampung Putih, termasuk di rumah penulis sendiri, muncung paip bukan sahaja banyak masa tidak 'terpancut tubik' air dari 'terpancut' tetapi juga airnya berkeladak merah sehinggakan nak basuh berak pun tak tergamak walaupun batang-batang paip sudah ditukar sebagaimana yang dicadangkan oleh pihak berkaitan.

Demi untuk kepentingan pesakit, setelah pihak pembekalan yang bertanggungjawab dalam pembekalan air tidak menampakkan kesungguhan untuk memulihkan keadaan, pihak pengurusan HRPZ II patut mengambil langkah mendapatkan punca air sendiri.

Antaranya ialah dengan menyegerakan cadangan membuat telaga tiub dan penapisan air sendiri yang saya yakin tidak akan menelan belanja sehingga RM500,000 dan kos penyelenggaraannya tidak akan mencecah sehingga RM35,000 sebulan. Masjid-masjid, termasuk masjid Telipot dan Kampung Sireh telah berbuat demikian.

Malah kalau HRPZ II terpaksa berbelanja sehingga RM500 juta sekali pun dalam menyediakan telaga tiub untuk sediakan bekalan air ianya bukanlah suatu bentuk pembaziran bagi jangka pendek dan jangka panjang untuk sebuah hospital.

Ini adalah kerana hospital adalah tempat merawat pesakit untuk sembuh dari penyakit yang dihidapi, bukannya untuk memungkinkan pesakit dijangkiti penyakit kerana berpunca dari masalah air ketika menerima rawatan.

Moral kepada apa yang berlaku di HRPZ II membuktikan bahawa penduduk kampung Tok Sadang, Pantai Mek Mas atau mana-mana kawasan di Pasir Mas, Bachok, Kota Bharu dan sebagainya yang bayar bil kurang dari RM100 sebulan jangan harapkan masalah mereka diatasi segera.

Ini adalah kerana pelanggan yang membayar bil RM35,000 sebulan dan merupakan pelanggan terbesar pun terpaksa menghadapi masalah air yang kritikal hampir setahun pun tidak juga diatasi segera walaupun mungkin 900 pesakit yang dirawat boleh terancam nyawa kerananya.

Meli Kapak Jangak





Ulasan Panglima :

Tulisan blogger Meli Kapak Jangak bertajuk ' Masalah air Kelantan : Salah Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan ' di atas membongkar masalah yang cuba ditutup oleh Kerajaan Negeri pimpinan PAS Kelantan. Ketika ini Kelantan memang sahih sedang dilanda krisis air yang amat teruk bukan sahaja di Hospital Besar Kota Bharu bahkan di daerah daerah lain di Kelantan seperti pengakuan Nik Aziz di sini. Ketika ini tidak ada pihak pun dalam kalangan ahli PAS yang berani membongkar perkara tersebut demi membela nasib rakyat yang majoritinya menyokong PAS walhal ia sudah jelas menyulitkan hidup rakyat di negeri kelahiran saya tersebut.

Bertambah pelik ketika mana krisis itu belum lagi diselesaikan, pihak pembangkang dilihat cuba menggambarkan tempat lain juga kekeringan air seperti blog Minda Kembara yang disiarkan pada 23 Feb 2010 yang lalu di sini. Beliau juga membawa bersama wartawan Harakah bagi mengalih isu Kelantan ke negeri lain di bawah Barisan Nasional. Begitu juga PAS Johor juga turut membangkitkan isu yang sama dalam kenyataan media mereka di sini dan bersikap membisu dan kelu lidah apabila melihat krisis yang sama berlaku di Kelantan.

Penggunaan gambar gambar yang menunjukkan sungai kering cuba dikaitkan dengan kemurkaan Allah. Sedangkan mereka tidak sedar apa yang berlaku di Kelantan juga simbol kemurkaan Allah hingga seorang MB digelar tok guru pun gagal membawa air hujan melimpah dari langit untuk menyelesaikan masalah air rakyat Kelantan. Lagi memalukan Kelantan adalah negeri yang dihuni bangsa Melayu paling ramai yang sudah pun diperintah selama 20 tahun oleh PAS. Ketika diasak isu ini Exco Kelantan hanya menafikan perkara tersebut seperti berita di sini. Namun kenyataan beliau telah disanggah oleh pihak Hospital Besar Kota Bharu hari ini di sini http://www.utusan.com.my




Ini membuktikan bahawa gelaran TOK GURU yang direka cipta (bidaah dolalah) oleh PAS kepada Nik Aziz telah dibongkar oleh Allah melalui krisis ini. Ia membuktikan juga bahawa PAS bukan parti keramat dan hanya manusia biasa yang terlibat dalam politik dan bukannya manusia yang tinggi maqamnya di sisi Allah. Jika tidak tentu sekali masalah sebegini tidak akan berlaku di negeri yang pernah bergelar 'Serambi Mekah' satu ketika dulu. Lagi malang sekarang ini Kelantan lebih sesuai digelar 'Serambi Merekah' ekoran peningkatan kes sosial termasuk pembuangan bayi yang berlaku di merata tempat termasuk di masjid masjid di Kelantan selain masalah air yang berlaku di atas.

Mari kita baca laporan berita tentang betapa teruknya keadaan krisis ini hingga menjejaskan Hospital Besar Kota Bharu seperti laporan Bernama pada 1 Ogos 2010 di bawah -




KOTA BAHARU, 1 Ogos – Biarpun Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini merupakan antara pengguna terbesar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dengan purata bil air RM35,000 sebulan, namun masalah air tetap membelenggu hospital itu bahkan krisis itu kini semakin kritikal.

Pengarah HRPZII, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata hospital itu kini berdepan dengan situasi yang amat membimbangkan apabila masalah kekurangan air telah memberi implikasi besar terhadap perkhidmatan kepada purata 21,000 pesakit hospital itu setiap bulan.

“Masalah kekurangan bekalan air, isu yang dihadapi dah berlanjutan hampir setahun, sejak September tahun lalu dan menjadi begitu teruk sejak kebelakangan ini.

“Implikasi besar apabila perkhidmatan kita terjejas, HRPZII mempunyai dua fasa, fasa lama dan fasa baru, paling dikesali apabila masalah air ini banyak melibatkan fasa lama yang menempatkan unit bersalin dan wad kanak-kanak.

“Unit bersalin adalah antara unit yang tersibuk kerana setiap hari anggaran 30 sehingga 40 orang bayi dilahirkan yang memerlukan banyak penggunaan air, untuk membersihkan bayi iaitu membuang selaput di badannya, mencuci kain yang terkena darah dan juga membersihkan kelengkapan dan peralatan yang digunakan untuk setiap proses kelahiran,” katanya kepada pemberita pada hari Ahad.

Beliau berkata bagi wad kanak-kanak juga memerlukan penggunaan air yang banyak dan kekurangan bekalan air menyebabkan pesakit turut terdedah kepada jangkitan pelbagai jenis penyakit.

“Sebagai contohnya penggunaan inkubator untuk kanak-kanak, apabila kanak- kanak itu hendak ditukar ke unit lain maka inkubator itu perlu dibasuh dan dibersihkan terlebih dahulu untuk kegunaan kanak-kanak lain, apabila ketiadaan air, peralatan tidak dapat dicuci dengan bersih dan ini akan menggalakkan penyebaran pelbagai jenis wabak penyakit, begitu juga di wad dan unit lain,” katanya.

Dr Ghazali Hasni berkata permasalahan itu telah beberapa kali dipanjangkan kepada pihak AKSB sehingga diadakan perbincangan khas, bagaimanapun sehingga kini masalah itu menemui jalan buntu.

Bahkan, katanya setiap kali aduan diberikan, pihak berkenaan akan memberi jawapan yang sama iaitu mengatakan kemungkinan adanya kebocoran berlaku di tangki atau paip hospital itu.

Mereka (AKSB) kadangkala cuba menyatakan dalam hospital ada kebocoran, tetapi melalui pemerhatian pihak kita di paip dan tangki, tiada sebarang kebocoran berlaku bahkan bil air juga tidak meningkat atau mencecah ratusan ribu ringgit, satu perkara yang jelas akan berlaku sekiranya benar ada kebocoran,” katanya.

Katanya dalam tempoh beberapa bulan lalu bil air yang sebelum ini dicatatkan berjumlah RM35,000 sebulan telah menurun kepada RM25,000 dan RM26,000 menunjukkan penggunaan air di hospital itu adalah berkurangan.

Selain itu katanya, pihak hospital berkenaan juga telah mengambil inisiatif menukar paip-paip lama kepada paip baru di seluruh hospital berkenaan yang menelan kos sehingga RM500,000 bagi memastikan tiada kebocoran berlaku sehingga menyebabkan terjadinya krisis bekalan air itu.

Dr Ghazali Hasni berkata sejak semalam masalah itu dianggap paling teruk apabila tangki simpanan hospital itu kini berada pada paras 0.5 meter berbanding jumlah sepatutnya iaitu di paras dua meter sehingga gagal menyalurkan air ke wad-wad dan menjejaskan perkhidmatan terutama wad kecemasan, wad bersalin, wad kanak-kanak termasuk Unit Rawatan Rapi (ICU).

Justeru, beliau menyeru kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan perkara itu kerana ia bukan sekadar untuk kepentingan 3,200 kakitangan hospital tetapi ia lebih kepada kepentingan pesakit yang terdiri dari seluruh rakyat Kelantan yang memerlukan rawatan dan perkhidmatan yang terbaik. – BERNAMA



Lagi membingungkan kita jika benar laporan ini http://gegarkelantan.net/ yang menyatakan AKSB (Air Kelantan Sdn Bhd) mampu membawa teknologi Jerman kepada rakyat di Hulu Kelantan di Jeli hingga menjana air bersih melebihi keperluan penduduk setempat, kenapa di tempat-tempat lain ia tidak dilaksanakan ? Kenapa tempat tertentu sahaja dibawa teknologi ini ? adakah ia diusahakan khas kepada penduduk pro PAS sahaja ?


Kesimpulannya : Isu ini akan menyakitkan hati rakyat dan sudah pasti mereka tentu mahukan penyelesaian kepada krisis air yang berlaku. Lagi memalukan ia berlaku ketika sebuah parti bernama Parti Islam SeMalaysia yang mendabik dada membawa imej Islam,diberi peluang dan mandat untuk memerintah Kelantan sejak 20 tahun lalu...


soalan maut saya kepada PAS : mu reti ko dok perintah negeri ni?


Lebih memalukan ialah apabila MB Kelantan dan Exco Negeri gagal meletakkan jawatan ekoran kegagalan mentadbir dengan baik Kerajaan Negeri hingga menimbulkan masalah krisis air ini....Sedangkan pembangkang sendiri sering membuat desakan untuk meletak jawatan terhadap mana mana pemimpin Kerajaan jika ada berlaku sebarang kegagalan dalam urusan pentadbiran...


Adakah selepas ini rakyat negeri saya akan terus mengundi PAS lagi kali ini pada PRU akan datang ?


Lu dan Gua pikir lah lagi lepas ini.



p/s : Jangan lupa baca artikel pedas tentang krisis air di Selangor oleh Blogger Unit Media Siber di sini http://unitmediasiber.blogspot.com/2010/07/disebalik-krisis-air-selangor-khalid.html





Sila baca juga kenyataan terkini HBKB yang menjawab balik penafian Exco Kerajaan Kelantan semalam dalam Utusan Malaysia di sini hari ini http://www.utusan.com.my/utusan/


KOTA BHARU 3 Ogos - Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan (gambar) menyangkal kenyataan Exco kerajaan negeri yang menafikan laporan bahawa hospital berkenaan mengalami krisis bekalan air yang kritikal.

Beliau sebaliknya mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa bangunan lama hospital berkenaan yang turut menempatkan wad bersalin dan kanak-kanak, mengalami krisis bekalan air yang kritikal.

Katanya, ia berdasarkan kronologi krisis bekalan air yang dialami HRPZ II bermula pada 18 Julai lalu apabila paras air di tangki sedut (atas tanah) adalah 0.6 meter berbanding paras normal 2.5 meter dan paras kritikal dua meter seperti dipersetujui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN) dan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Dua hari selepas itu, katanya, aduan telah dibuat kepada AKSB melalui aduan hotlinememaklumkan keadaan paras air tangki projek khas (bangunan lama hospital) kritikal.

"Keesokannya, sekali lagi aduan dibuat kepada AKSB bagi memaklumkan keadaan sama dan memohon bantuan tangki air dihantar segera tetapi Pusat Informasi dan Talian Aduan AKSB (Pintas) memaklumkan tindakan akan diambil selepas sehari aduan dibuat," katanya dalam kenyataan akhbar kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, kerajaan negeri menafikan laporan bahawa HRPZ II di sini mengalami krisis bekalan air yang kritikal hampir setahun lalu sehingga menjejaskan operasi dan perkhidmatan di hospital tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Rata dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Anizam Abd. Rahman sebaliknya meminta pihak pentadbiran HRPZ II membuktikan dakwaan bahawa krisis tersebut benar-benar wujud sehingga ke tahap yang kritikal.

Dr. Ghazali berkata, pada hari yang sama, satu mesyuarat diadakan bagi membincangkan masalah antara pihak HPRZ II, SPAN, AKSB dan Radicare.

Beliau berkata, pihaknya sekali lagi telah membuat aduan mengenai masalah bekalan air di HRPZ II pada 22 Julai lalu.

Bagaimanapun, katanya, keadaan kembali meruncing pada 29 Julai apabila bekalan air semakin surut apabila paras air tangki projek khas berada pada paras 0.6 meter di bawah paras kritikal pada pukul 12 tengah hari, dan aduan dibuat melalui Pintas, sementara bekalan terputus mulai pukul 3 petang hingga lewat malam.

Masalah tersebut, katanya, berlanjutan sehingga keesokan hari iaitu pada 30 dan 31 Julai apabila keseluruhan wad di bangunan lama terputus bekalan air bermula pukul 3 petang hingga 9 malam.

Dr. Ghazali berkata, pihaknya sekali lagi membuat aduan kepada AKSB pada petang semalam dan memohon bekalan dipulihkan segera sehingga menyebabkan syarikat itu telah menghantar lori tangki air.

"Dengan kronologi di atas, adalah tidak benar seperti yang dilaporkan pihak HRPZ II tidak memaklumkan kepada AKSB mengenai gangguan bekalan air yang berlaku di wad lama yang mengandungi dewan bersalin, wad bersalin, wad orang kenamaan, wad diraja dan wad lain.

"HRPZ II juga ingin memaklumkan jumlah bayaran bil air yang dibayar bagi keseluruhan hospital adalah antara RM25,000 hingga RM35,000 sebulan dan tidak seperti yang dinyatakan oleh Md. Anizam," jelasnya.

Menurut Dr. Ghazali, penjelasan itu bagi memberi gambaran sebenar berkaitan isu air di HPRZ II yang berlarutan hingga hari ini agar pelanggan tidak keliru dengan fakta yang kurang tepat daripada AKSB.

"Kami di HPRZ II benar-benar berharap agar isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana keperluan air di sini amat penting terutama bagi menangani kes-kes kecemasan, bersalin dan pembedahan yang semakin meningkat demi menyelamatkan nyawa pesakit," katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia ke wad dan dewan bersalin di HPRZ II yang kedudukannya lebih tinggi berbanding wad lain, mendapati ia masih mengalami masalah bekalan air.

Keadaan tersebut bukan sahaja menyulitkan kakitangan bertugas tetapi juga ahli keluarga pesakit yang menunggu serta ibu-ibu hamil yang hanya menanti masa untuk bersalin.

Menurut seorang kakitangan hospital, Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) terpaksa mengangkut air di hujung blok menggunakan troli beberapa kali sehari untuk ditempatkan di bilik air pesakit.

"Begitu juga di bilik air kakitangan, bilik sembahyang dan juga bahagian pantri. Masalah ini bukan sahaja menyukarkan pesakit malah kakitangan yang bertugas juga memerlukan air untuk membersihkan tangan sebelum dan selepas menyambut kelahiran bayi," katanya.

Seorang pesakit, Mia Sarbini, 31, yang sarat hamil dan mengalami kesakitan mengakui terpaksa menahan membuang air kecil kerana sukar tunduk dan menceduk air yang diletakkan di luar bilik air.

Tinjauan ke dewan bedah bersalin pula mendapati masalah sama berlaku dan beberapa kakitangan yang lebih lima tahun bertugas di sana memberitahu, krisis bekalan air kali ini paling teruk pernah dialami.

"Walaupun bilik pembedahan masih ada bekalan tetapi air amat diperlukan terutama di kalangan petugas yang terkena percikan darah ketika pembedahan dilakukan.

"Keadaan tentu bertambah sulit jika selepas pembedahan baru diketahui pesakit mempunyai masalah penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis B dan lain-lain penyakit dan mereka memerlukan air untuk mandi dan membersihkan tubuh dari segala kotoran," katanya.



MOHON SEBARKAN SELUAS LUASNYA ISU AIR INI DI BLOG DAN FB TUAN PUAN...

2 ulasan:

Scud berkata...

bala Allah s.w.t. turun disetiap negeri diperintah pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

kenapalah... air boleh takde kat kelantan sedangkan setiap hujuang tahun je banjir.pelik betul lah!satu lagi kepelikan kelantan ni iaitu kepanasan negeri ni.kalu balik cuti mesti fikir byk kali sbb tak thn panasnya kelantan menyengat

Cari Blog Ini

Translate