Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Ogos 2010

Edisi Terkini : Gambar-Gambar Di Tempat Kejadian Bekas Adun Permatang dan Pembantunya Mati Kena Tembakan

KM455-7
Lebuhraya Plus arah Utara
selepas Restoran Jejantas Sg Buloh
3 Ogos 2010 11 pagi


Kejadian ini dipercayai berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi.

Saya menerima maklumat kes ini kira-kira jam 11-10 pagi dari seorang rakan yang kebetulan melalui laluan di sebelah dan ternampak sebuah kereta tersadai di laluan paling kanan.

Bagaimanapun menurutnya, tidak pasti adakah ianya kemalangan maut
kerana impaknya tidak banyak/besar.


Setelah membuat beberapa semakan, akhirnya, setengah jam kemudian baru
saya dimaklumkan, ia adalah kemalangan maut.

Setelah tiba di lokasi, saya merasa agak pelik kerana impak yang kecil sebegitu
boleh membawa maut kepada kedua-dua pemandu dan penumpangnya.

Persoalan mula timbul adakah ianya berkaitan dengan kes jenayah atau sebaliknya.



Ia membabitkan bekas Adun Permatang, Dato Abdul Aziz Mohd Nor ,
63 tahun ditemui maut di dalam Toyota Caldinanya.


Seorang wanita, Siti Rohana Ismat, 43 tahun, yang juga dipercayai
pembantu peribadinya juga ditemui maut di dalam kenderaan ini.

Terdapat dua kesan tembakan pada kepala mangsa.


Kereta ini ditemui terbabas dan merempuh besi pembahagi lebuhraya.


Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.


Bedah siasat sedang dilakukan dan punca sebenar kematian akan diketahui.


Polis turut menemui sepucuk pistol jenis revolver di dalam kereta ini bersama lesen memiliki senjatapi dan peluru

Pistol ini disahkan milik Dato Abdul Aziz.


Dato Abdul Aziz sebelum ini mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008.

Pilihan raya umum ke-12 yang lalu, arwah digantikan dengan muka baru, Sulaiman Abdul Razak.


Abdul Aziz meninggalkan seorang isteri, Siti Fatimah Md Noor dan 3 anak - Pensyarah Unimas, Nor Azila 40, pensyarah Unisel Nor Azian 37 dan Exco Pemuda UMNO, Mohd ANis Hashim, 33.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam selepas Isyak malam ini.

Selepas selesai proses bedah siasat, jenazah di bawa keluar jam 5-30 petang tadi.

Dua das tembakan mengenainya, dengan sekurang-kurang,satu darinya mengenai kepalanya.

ABdul Aziz merupakan bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar dan menjadi Adun Permatang, Kuala Selangor dari 2004-2008.

Manakala jenazah Siti Rohana Ismat dibawa keluar dari bilik jam selepas selesai bedah siasat kira-kira jam 6-50 petang tadi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 7, Sg Gulang-gulang, Tanjung Karang.

Siti Rohana yang juga merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tg Karang,terkena satu tembakan di kepala.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.

Siasatan turut dilakukan samada kes membabitkan bunuh dan bunuh diri.


sumber gambar dan berita : http://ondscene.blogspot.com/


Lagi gambar :








Ulasan Panglima :


Setakat ini kawan baik beliau Blogger Hambali ada mengulas tentangnya di blog beliau di sini http://hambali1.blogspot.com/


Kita masih tertanya-tanya apakah yang sebenarnya terjadi dan lebih baik jika tiada andaian negatif dibuat terhadap arwah atau terhadap pembantunya yang turut meninggal di tempat kejadian.

Mari kita doakan arwah dirahmati Allah bersama pembantunya. Jangan spekulasi bukan bukan dibuat sepertimana forum ahli ahli PAS di Tranung Kite ini http://www.tranungkite.net/ atau blog ini http://darisungaiderhaka.blogspot.com/ yang membawa laporan Malaysian Insider yang mengatakan ia kes bunuh dan bunuh diri.

Mari kita hadiahkan Al Fatihah tanda keinsafan kita bahawa kematian bakal menemui siapa sahaja tidak kira muda tua, miskin kaya, blogger atau facebooker, Umno atau Pas atau Pkr, dan hitam atau putihnya kulit kita.


Al Fatihahhhh

Dato Abdul Aziz

Siti Rohana Ismat
Pembantu beliau : Siti Rohana Ismat

Nota : gambar ini diambil berdasarkan carian di Facebook menggunakan nama asal yang dilaporkan dalam akhbar.


2 ulasan:

C L J berkata...

Satu perkara barangkali yang teramat perlu untuk kefahaman pihak yang membuat siasatan. Kalau ada orang yang melihat bagaimana kereta itu dari mula jadi tersadai ke situ. Kalau ada tampillah membantu polis.

Tanpa Nama berkata...

Elok la tak usah buat spekulasi...walau pun polis dah kata kes ini mungkin bunuh dan bunuh diri....
tapi jangan tuduh blog PAS saja....sedangkan Papa Gomo kat facebook dah kata DAP yang bunuh sebab mangsa dedahkan kes pasir kat Selangor...elok la pergi tegur papa Gomo tu.....suruh dier Pro sikit...jangan tabur fitnah

Cari Blog Ini

Translate