Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 September 2010

Gempar : PAS dapat RM 4 billion dari I'DA WORLD !!! (Harap SPRM dapat siasat duit ini ada unsur rasuah atau tidak)

Banyak tu. Kantong PAS sudah buncit dan pastinya tidak akan kering.

Apa tidaknya. Sebuah syarikat tempatan mengumumkan sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan kelmarin.

Ia dibuat atas alasan untuk membantu kerajaan negeri membangunkan prasarana beberapa jajahan yang mundur di negeri ini.

Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn Bhd (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab (gambar kiri), menjelaskan sumbangan itu bukan membalas ganjaran diberikan Kerajaan Kelantan kepada syarikat itu membangunkan projek di Tumpat, Kelantan, yang bernilai lebih RM300 bilion.

Sumbangan I'DA World ini tidak ada kena mengena dengan projek diperoleh syarikat daripada kerajaan negeri yang bernilai lebih RM300 bilion.

Ia lebih kepada membantu membangunkan beberapa jajahan di negeri ini seperti pekan Rantau Panjang, yang kelihatan mundur dan memerlukan bantuan untuk pembangunan, katanya.
Beliau memberitahu pemberita selepas majlis pelancaran projek dan makan malam I'DA World yang dihadiri lebih 200 tetamu di Hotel Renaissance di Kota Bharu, malam kelmarin.

Bagaimanapun, tiada kenamaan selaku wakil kerajaan negeri hadir pada majlis itu.

Sempena majlis itu, I'DA World turut menyampaikan surat pelantikan kepada lebih 100 kontraktor yang dipilih untuk melaksanakan dengan projek yang dibangunkan firma terbabit.

Sejurus penyampaian surat pelantikan kontraktor itu selesai, Abdul Rahim membuat kejutan apabila mempamerkan replika cek memaparkan nilai RM4 bilion atas nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas pengacara majlis membuat pengumuman mengenai sumbangan firma itu kepada Kerajaan Pas Kelantan.

Berdasarkan taklimat yang disampaikan pada majlis itu, I'DA World dengan modal berbayar RM1 juta mendakwa mempunyai aset lebih AS$2 trilion.

Firma itu bercadang membangunkan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) di Tumpat, dengan anggaran kos pembangunan RM313.71 bilion, selain beberapa projek membabitkan empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan membabitkan kos keseluruhannya RM1 trilion.

Antara projek yang mahu dilaksanakan termasuk pembinaan lebuh raya Link Timur-Barat (EWL) yang turut dilengkapi dengan saluran minyak dari Tumpat ke Yan, Kedah; landasan kereta api berkembar dan beberapa terowong pintas melalui Banjaran Titiwangsa.
 
 




Panglima : Apakah motif duit RM4 billion disumbangkan kepada Kerajaan PAS Kelantan ? 
 
Adakah duit tersebut bermotifkan 'balas budi' kerana projek mereka diluluskan oleh Kerajaan PAS Kelantan ?

Mungkin SPRM boleh menyiasat perkara ini dengan lebih teliti perkara ini.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boleh percaya ke 4 billion, gigi palsu pun tak boleh nak beli.

cuab tengok

http://www.idaworldgroup.com.my/CompanyChart.php

macam tak percaya je

Unknown berkata...

Tuan,

Pertama sekali, masuk akal ke ada company dlm msia ni yang ada cash sebyk tu untuk kebajikan. Berapa banyak tax or zakat yg co ni penah bayo.

Tak pernah pon dgr nama company ni especially bila dia claim ada aset smpai RM 2 Trillion ..... dah leh masuk fortune 500 tu.

Dgr mcm si Eli (lubnan) kaki klentong tu je.

Bkn la dengki, tapi sesetgh news kena la disahkan kesahihannya. Sounds too ambitious.

Tanpa Nama berkata...

Macam cerita katun.. Tapi sebenarnya, ramai yang tidak mengetahui, bahawa orang2 jenis bercakap 'billion2, trillion2' ni, memang dah ramai sekarang. Kat lobby2 hotel KL, Johor, Kelantan dsbnya., akan kita temui manusia2 yang mendakwa punyai modal 'super hebat' ini.

Kalu nak test mereka senang jer... tanya diaorang..., trillion2 yang diaorang cakap tu.., angkanya ada berapa '0' ? Hahaha...
Ada jugak 'trillionwan' yang saya jumpa satu hari tu bilang..., satu trillion ader 24 biji angka '0'..! hahahaha...

RM 1 trillion = 1,000,000,000,000,000,000,000,000

Yer ker? hahahahaa...

Tanpa Nama berkata...

Gue tak caya, ana tengok baju batik hitam putih yang dipakai oleh syeikh kita dekat kamdar KB RM 19.90 aje. Tengok company profile, tengok tak caya, engineer (technical adviser) macam kenal kok? Macam mana majalah Fortune tak jumpa anak kelahiran Kedah yang mahakaya mesti kalah Carlos Slim.

Harap repot saja kepada PDRM, SPRM, Bank Negara Malaysia, betulke IDA World ade RM4Billion.

Tengok master plan untuk Kelantan projek siap 30-35 tahun. Gue ingat semua akan mahfiz.

Tokguru pun beng-ngong juga, walaupun se riyal, tanya dulu duit jumpa diatas jalan ke? atau jumpa didalam jambeng tahik ke?

Minta maaf le, ana nak perbetulkan banga Melayu umat Nabi Muhammad SAW.

Dot berkata...

alaaa...ngkorang dengki ka pas la tu! dah orang nak sedekah, takkan nak tolak? lagipun yang bagi tu melayu gak! kalau awak tak garu saya, saya tak garu awak, mana nak dapat untung? itupun awak orang tak paham ka?

bagi chance la pas nak merasa apa yg umno dah buat dulu. umno kan dah kenyang melantak segala bentuk rasuah macam orng pas selalu kata? kesian kat ahli umno macam arwah bapa aku yg tak pernah dapat apa2 projek ribu2 juta2 dgn umno pun... dia hanya seorang penjual buah, kadang2 jual ikan darat, bawa teksi, buat padi..

biarkan je la. kalau betul, elok jugak ahli2 pas totok terutamanya ahli kohilal yg kohohile pelaburan mereka dulu tu pergi claim cepat2. begitu jugak balu2 & anak2 memali di kedah bu, cepat2la pergi bagi nama utk dapatkan sedekah jariah tu!!!nanti habis duit sedekah rm4 billion tu , nganga saja ngkorang...

Tanpa Nama berkata...

alaaa...ngkorang dengki ka pas la tu! dah orang nak sedekah, takkan nak tolak? lagipun yang bagi tu melayu gak! kalau awak tak garu saya, saya tak garu awak, mana nak dapat untung? itupun awak orang tak paham ka?

bagi chance la pas nak merasa apa yg umno dah buat dulu. umno kan dah kenyang melantak segala bentuk rasuah macam orng pas selalu kata? kesian kat ahli umno macam arwah bapa aku yg tak pernah dapat apa2 projek ribu2 juta2 dgn umno pun... dia hanya seorang penjual buah, kadang2 jual ikan darat, bawa teksi, buat padi..

biarkan je la. kalau betul, elok jugak ahli2 pas totok terutamanya ahli kohilal yg kohohile pelaburan mereka dulu tu pergi claim cepat2. begitu jugak balu2 & anak2 memali di kedah bu, cepat2la pergi bagi nama utk dapatkan sedekah jariah tu!!!nanti habis duit sedekah rm4 billion tu , nganga saja ngkorang...

khalif berkata...

aku nak tunggu je keputusan bank negara.. lepas tu aku lepas kan pulang paku buah keras pada melaun-melaun kaki kutuk melayu ni.. baru nak maju skit dah kena kutuk. jutawan lebanon 3 hari lepas umum dah kena sapu. i'da world ni dah umum tahun lpas kalau tak silap aku.. tak plak kena tangkap. aku tgk dlm website diorang siap derma pada sabri(sukan) dgn khalid yunus 1.5juta lagi utk project everest.. umno tu. takde plak bunyi. menteri besar perak pun ambil sumbangan berjuta jugak dari company nie.. utk rakyat.. takde lak bunyi..korang bukak la maklumat diorang dulu..baru nak gasak.

benci tul aku pada melayu bangang ni.. merosak bangsa aku jer.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Wahai saudara ku penulis blog.. Ingatlah kamu bahawa apa yang kamu tulis di dalam ni, kalau kamu sendiri tidak tahu sejauh mana kebenarannya, balasan Allah menanti kamu.. itu pasti sangat..

Tidak kah kamu inginkan nikmat syurga yang kekal dari Allah?

Tidak kah kamu gentar kepada seksaan neraka Allah?

Bersediakah kamu menghadapi mati taktala mati mendatangani kamu dengan tiba- tiba?

Samaada balasan itu baik atau tidak bergantunglah kepada Allah.. wallahualam..

Rasulullah SAW pernah bersabda: Berdiam diri adalah lebih baik dari berkata- kata atas perkara yang kamu ragui kebenarannya supaya tidak menimbulkan fitnah..

Sebagai saudara se Islam dan sebangsa dengan kamu, aku doakan kamu diberi hidayah Allah yang berpanjangan.. begitu juga untuk aku dan seluruh bangsa tercinta ku.. Amin

Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

sebab tak tau lah kita mintak disiasat.

kalau duit masuk kedalam akaun ratusan ribu pun Bank Negara siasat inikan pulak billiun?

kalau UMNO satu atau dua juta dah bising inikan BILLIUN..

DUIT RAKYAT KE?

syarikat Sendirian Berhad tu...
Masukkkkk Tuan Guru.

Cari Blog Ini

Translate