Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Oktober 2010

Video Nik Aziz Menipu Lagi Demi PRK Galas - Isu Bangunan RM4.5 Juta dibeli PAS

 

 

Penipuan pertama :

Dalam rakaman video disebut durasi 0.35 disebut bangunan yang dijual  disebut milik Umno yang telah kepada Pas - terbukti satu pembohongan.

 

Ini kerana ia bukan lagi diputuskan milik Umno Kelantan kerana masih dalam perbicaraan di Mahkamah.

 

Kenapa beliau tidak dapat berfikir bahawa Zaid Ibrahim yang bukan ahli Umno ada kuasa nak jual bangunan Umno kepada PAS ? Terbukti taktik PAS mahu melemahkan semangat Umno Kelantan menjelang PRK Galas sangat lemah dan dangkal sekali.

 


Penipuan kedua : Durasi 0.58 juga Nik Aziz menyebut bahawa Umno tidak mahu lagi menggunakan Bangunan tersebut walhal pada April 2010 yang lalu pihak Umno ada membuat desakan agar Zaid Ibrahim menyerahkan Bangunan tersebut kepada Umno Kelantan. Hingga membawa kepada Mahkamah perkara tersebut. Adakah ini bermaksud Umno tidak ada hati lagi kepada bangunan yang terletak berhadapan Istana Kota Lama itu ?



Penipuan ketiga : Durasi ke 2.34 juga Nik Aziz menyebut bahawa Nabi Muhammad s.a.w menyebut hal dunia di masjid walhal sudah jelas dalam hadis disebut bahawa masjid dilarang dari menjadi tempat bercakap hal keduniaan seperti berniaga apatah lagi kempen politik mendapatkan undi meraih kuasa.

 

Durasi 3.04 Nik Aziz tidak menjawab soalan dari mana dana Pemuda PAS dapat untuk beli bangunan tersebut sedangkan suara sebelah beliau menyebut ' pinjaman ' berulang kali. Apakah ada sesuatu cuba disembunyikan ?

 

Penipuan keempat : Durasi 3.35 juga Nik Aziz menjawab dengan penuh yakin gaya 'putar belit profesional' bila ditanya adakah sudah selesai kes tersebut di mahkamah dengan menjawab tanpa ragu-ragu bahawa ia sudah diselesaikan. Dengan menggunakan hujal logik bahawa urusan tersebut selesai kerana ia berjaya diserahkan oleh 'Umno' kepada PAS sedangkan yang sebenar sebaliknya. 

 

Klik sini untuk pengesahan ia masih dibicarakan di mahkamah...

 

atau baca sahaja berita di bawah ini...




Zaid Ibrahim jual bangunan UMNO Kota Bharu RM4.5 juta

GUA MUSANG 19 Okt. - Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim telah menjual bangunan UMNO Kota Bharu kepada Pas Kelantan dengan nilai jualan RM4.5 juta.

Perjanjian jual beli bangunan itu ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Mohd. Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda Pas negeri diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman dan disaksikan Pesuruhjaya Pas negeri yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sementara itu, proses penyerahan kunci bangunan itu kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan dikatakan akan dilakukan secara rasmi tengah hari esok.

Nik Abdul Aziz ketika mengulas mengenai jual beli itu berkata, bangunan berkenaan akan diberikan kepada Pemuda Pas Kelantan sebagai pusat operasi mereka.

Kata beliau, pembelian itu juga membuktikan Pas kini semakin kukuh dan stabil di Kelantan berbanding UMNO yang didakwanya semakin lemah.

"Sampai bangunan UMNO pun kita boleh beli, jadi inilah buktinya kita semakin berkuasa di Kelantan," jelasnya pada sidang akhbar selepas itu.

Bagaimanapun, ditanya mengenai sumber dana yang digunakan untuk membeli bangunan itu, beliau mengelak daripada menjelaskannya.

April lalu, UMNO Kota Bharu yang diketuai anggota jawatankuasanya, Datuk Kamaruddin Abdullah mengadakan perhimpunan di pekarangan bangunan terbabit di Jalan Sultanah Zainab menuntut Zaid menyerahkan bangunan berkenaan.

Tuntutan berkenaan telah berterusan melibatkan proses mahkamah dan sehingga hari ini belum ada kata putus yang dibuat.







Kesimpulannya : 

Nik Aziz belawokkk (menipu) dulu kini dan selamanya... 

Patutlah tanda tanda akhir zaman pemimpin yang fasik dan jahil serta homoseks akan diangkat manusia. 

Dan penipuan menjadi perkara biasa..

Sila ke sana untuk keterangan lanjut 
 






Segala puji bagi Allah yang menceritakan kepada kita melalui Nabi-NYA tanda akhir zaman untuk kita buat pedoman. Alhamdulillahhhh

2 ulasan:

gotahlantun berkata...

Salam, itulah pasal, otai dah nyanyuk...senang2 je kena kencing.

Bingai @ Bangang berkata...

aku takut PAS kene tipu dengan Zaid.
Duit dah bayar. Perjanjian pinjaman dah sain. Tau tau nanti mahkamah serah balik bangunan tu pada UMNO.

hehehehe

Aku Yang Bingai
Dari Emelku: Bila lagi nak tunjuk kekuatan orang Islam?

Cari Blog Ini

Translate