Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 November 2010

Komen Blogger dan Ahli PAS Kekalahan Mereka di Galas dan Fakta Sabotaj oleh Harakah

  1. Alhamdulillah kemenangan berganda BN di Galas dan Batu Sapi adalah rahmat Allah kepada perjuangan BN membela rakyat tidak kira Melayu Cina India.
  2. Taktik menjatuhkan maruah para pemimpin BN dan melagakan mereka ternyata sudah ditolak oleh orang Cina dan India bahkan orang asli tidak ketinggalan turut sama menolaknya.
  3. Lebih membimbangkan PAS kini sudah ramai penyokong mereka yang tidak lagi percaya sejauh mana ketulusan PAS dalam membawa mesej Islam dalam perjuangan.
  4. Maka ramai antara mereka tidak keluar mengundi seperti mana yang disahkan oleh lidah rasmi PAS di sini http://www.harakahdaily.net/v2/ 
  5. Kesan yang amat jelas ialah perpaduan jentera BN semakin baik pada PRK kali ini dan semua berjuang bermati matian demi mengekalkan pengaruh BN dalam memimpin rakyat menujuk matlamat negara maju 2020.
  6. Baca bagaimana blogger PAS sendiri meramalkan nasib PAS semakin buruk dan jika PRK dibuat luar Kelantan sudah tentu nasib PAS akan jadi semakin teruk http://greenboc.blogspot.com/2010/11/kalau-bukan-di-kelantan-paspr-kalah.html
  7. Bagi Panglima senario ini berlaku kerana pakatan jahat PKR DAP yang jelas ada agenda tersembunyi di dalam membuat permuafakatan politik dengan PAS. Mereka tidak jujur dengan PAS sedangkan ahli PAS mati matian mempercayai janji manis mereka dalam menawan Putrajaya.
  8. Dalam kata lain PAS jadi 'tempat memijak' oleh PKR DAP dan tidak mustahil PAS makin layu disebabkan 'zat' nya dihisap dengan rakus oleh PKR DAP
  9. Maka jalan terbaik bagi PAS ialah memisahkan diri dari PKR DAP samada bersendirian atau 'berkahwin' dengan pasangan UMNO / BN buat kali kedua.


Baca juga pandangan ahli PAS yang membuat ulasan kekalahan mereka di GALAS di blog GB di sini http://greenboc.blogspot.com/2010/11/kalau-bukan-di-kelantan-paspr-kalah.html


Faktor-faktor kekalahan PAS diGalas:


(1) Calun yang sudah kalah 2 kali diketengahkan.Sudah 2 kali calun ni ditolak oleh pengundi Gua Musang,tapi PAS Kelantan masih mau dia dijadikan calun.

(2) Salah jentera - PAS Pusat ambil alih jentra pilihanraya diGalas.Ini tidak berlaku dipilihanraya Manik Urai.
(3)Pekerja dan penyokong yang datang dari luar Kelantan tidak diberikan tugas dan peranan yang wajar.Dalam hubungan ini,kelemahan diManik Urai tidak dibaiki.
(4) Pemimpin-pemimpin yang mengendalikan jentra diGalas terdiri dari gulungan yang sudah wajar "bersara".Strateji-strateji mereka gagal menandingi stateji-strateji UMNO.Pinang tua memang lemak dibandingkan dengan pinang muda tapi ini bukan acara makan sirih tapi pilihanraya dizaman cyber.



Selain itu juga faktor kemenangan Piala Malaysia turut menjadi perangsang kepada kejayaan cemerlang BN di Galas yang mana hasil kerja keras Tan Sri Annuar Musa sejak tiga tahun yang lepas.



Gambar Berita Harian









Namun ada juga blogger PAS yang memandang kekalahan mereka kerana sentimen anti DAP yang turut disebarkan oleh pemimpin kanan PAS hingga mendesak golongan tersebut agar menyertai UMNO seperti tulisan blogger Erdogan di sini



Sayang betul mereka kepada parti kafir harbi yang anti Melayu sekaligus Islam itu. Dan benci betul mereka kepada golongan yang sedar dalam PAS betapa bahayanya DAP kepada Islam.



1 ulasan:

Neutronboy berkata...

Saya pun pelik, macam mana PAS boleh bergabung dengan PR?

Cari Blog Ini

Translate