Mesej ini diterima jam 7.25 pm semalam menerusi Blackberry Messenger (BBM) yang dihantar oleh sahabat kita Ketua Wira Perkasa En Arman Azha.
Memandangkan isu yang berlaku hari ini gagal dibela oleh mana mana pihak khasnya seperti isu pegawai Biro Tatanegara yang difitnah oleh Malaysian Insider menghina kaum lain di negara kita dan isu pengetua yang didakwa melakukan perbuatan perkauman.
Maka usaha murni PERKASA dalam soal ini sangat wajar sekali dan harus kita dokong bersama. Kerana kita melihat wujud gerakan terancang pihak pelampau Cina yang sedikit golongan mereka, dalam memburukkan bangsa Melayu Islam kita dengan cara tersebut.
Melayu Islam hari ini berpecah aliran politiknya tetapi tidak mustahil Melayu akan dapat bersatu dengan berkat keikhlasan yang dizahirkan oleh NGO Perkasa. Musuh Islam dan Melayu akan gentar apabila melihat perpaduan orang kita. Percayalah!
Harap sahabat blogger dapat sebarkan usaha baik ini sepertimana kita bantu AIDC yang kesempitan dana sebelum ini.
Jika kita alpa maka kita akan dituduh tidak peduli nasib saudara seagama yang teruk dilanyak oleh musuh oleh anak cucu kita kelak.
Mesej berbunyi :
Salam,yg dihormati.
PERKASA akan mengadakan SIDANG MEDIA berkaitan ISU PENGETUA dan PENOLONG PENGARAH BTN yg digantung tugas pada :
Tarikh - 11/11/10 (KHAMIS) Esok.
Tempat - KELAB SULTAN SULAIMAN, KAMPUNG BARU, KL.
Masa : Jam 3.00 PETANG
Kami amat berharap ramai keluarga ADT PERKASA dapat hadir.
Terima kasih.
Arman Azha ( Ketua Wira Perkasa)
Baca juga sokongan moral oleh USTAZ SAID di blog beliau di sini
http://ustazsaid.blogspot.com/2010/11/simpati-untuk-hamim-pn-siti-dan-ungku.html
nota tambahan : Blogger Sarawak juga turut sertai kempen Selamatkan AIDC Seperti AlehKayong dan blog baru bernama SarawakWira termasuk Anak Merdeka Hilbert
Jelas perpaduan Blogger merangkumi blogger Semenanjung dan juga di Sabah & Sarawak.
Syabas kepada semangat juang anda yang tinggi !!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 ulasan:
Aye ... Aye ... tuan Panglima..
Catat Ulasan