Pas tak perlu apologetik perjuang Islam
KUALA LUMPUR 27 Nov. – Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, parti itu tidak perlu apologetik untuk terus bercakap mengenai dasar dan prinsip perjuangan Islam yang didokongnya seperti pelaksanaan syariah Islamiah di negara ini.
Selain itu katanya, beliau juga tidak bersetuju Pas menenggelamkan atau menyembunyikan hasrat atau cita-cita untuk mendaulatkan Islam walaupun ia dilakukan atas nama strategi.
“Ini kerana kelak kita akan dilihat berpura-pura (hipokrit). Kita memperjuangkan Islam dengan pakej asal yang tulen daripada Rasullullah SAW.
“Tiada pakej kedua atau ketiga sekalipun untuk berdepan dengan usaha meraih sokongan dan undi bukan Islam.
“Pakej perjuangan kita telah siap dan kekal iaitu al-Quran dan ia dibaca oleh seluruh umat manusia sejak 1400 tahun lalu tanpa sembunyi dan perlu disepikan lagi,” tegasnya.
Beliau menegaskan demikian dalam blognya episod sebuah perjuangan.
Nasrudin turut mengingatkan, kempen baru Pas dalam musim atau di luar musim pilihan raya mestilah tidak lagi menggunakan kaedah lama yang hanya membuat ahli sendiri berasa seronok sementara orang- orang atas pagar dan mereka yang berada di seberang pagar akan lari malahan tersinggung dengan cara parti itu.
“Sedangkan kempen adalah untuk mendekatkan orang kepada kita. Kaedah lama seperti perkataan kasar penuh emosi yang dilontarkan mungkin berbalas takbir yang bergema daripada kalangan sendiri tetapi ia menambah liar hati orang ramai kepada perjuangan kita,” katanya.
Beliau berkata, Islam yang diperjuangkan oleh Pas adalah agama yang sesuai dan relevan sepanjang zaman.
“Biarpun al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun lalu namun prinsip, kaedah, iktibar, nasihat, hukum dan isu yang dibawa masih segar dan hidup.
“(Oleh itu) selama mana perjuangan ini berlandaskan kaedah dan hikmah al-Quran maka selama itulah perjuangan ini terus segar, baru, sesuai sepanjang zaman,” katanya.
rujuk blog Ust Nasruddin
http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/11/warisan-tradisi-dan-penemuan-baru.html
http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/11/warisan-tradisi-dan-penemuan-baru.html
Apa komen Zulkifli Nordin ? Beliau menulis :
Salam 2 all.
Teman angkat tabik kepada Ketua Pemuda PAS Ustadz Nasharuddin Tontawi yang menegaskan bahawa PAS tidak perlu berselindung dan malu untuk menyatakan perjuangannya untuk menegakkan sebuah negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam dalam negara ini.
Berdasarkan ketegasan itu, teman menasihatkan Ustadz Nasharudin supaya membawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat dan berjuang sendiri. Ini adalah kerana sudah jelas daripada Perjanjian Persefahaman Dasar Bersama yang telah dipersetujui oleh PAS-PKR-DAP bahawa berdasarkan kehendak dan tuntutan DAP, jika ditakdirkan Pakatan memenangi pilihanraya dan membentuk Kerajaan, negara Islam tidak akan didirikan dan undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan.
Kerana terdapat segelintir pak jangoat yang sudah gila kuasa dan mabuk Putrajaya, maka PAS telah diheret untuk bersetuju dengan Pakatan syaitan yang terang-terang menolak Islam. Maka habis rosak segala perjuangan PAS selama ini. Sehingga ada pak jangoat yang sanggup menggadaikan anakbini sebagai cagaran politik, menghalalkan hasil arak & judi, sampai nama ALLAH yang Maha Esa itu pun dibenarkan digunapakai secara syirik oleh kaafirun!! Teman berharap dan berdoa agar Ustadz Nasharudin diberi kekuatan dan istiqamah oleh ALLAH untuk melaksanakan ketegasan beliau itu. Berjuanglah atas nama ALLAH dan kerana ALLAH dan untuk ALLAH menurut acuan ALLAH, insyallah kita akan berjaya, dunia dan akhirat!
Ingatlah pesan ALLAH, "kalau kamu membantu agama ALLAH, pasti ALLAH akan membantu kamu"; dan jika kamu benar-benar beriman dan bertaqwa "pasti ALLAH akan membuka pintu-pintu rezeki dari jalan yang kamu sendiri tidak ketahui".
Wallahua'lam dan wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Ahad
21 Zulhijjah 1431
28 Nov 2010
Panglima : Suara hati pemimpin PAS sendiri sudah tidak dapat dibendung selepas mereka sedar fatamorgana yang dilihat sebenarnya ilusi yang tidak akan menjadi realiti... Mujur ada lagi anak muda berani dan jangan selepas ini beliau dihentam bertubi tubi atas kenyataan beliau yang dilihat 'dibayangi' Hj Hadi Awang.
Jika PAS keluar maka perjuangannya pasti lebih diberkati Allah kerana mereka tidak lagi 'bersubahat' dengan musuh Islam yang bertopengkan ketuanan rakyat dalam menjatuhkan Islam dengan cara melagakan sesama Islam dalam gelanggang politik.
Biar kita kalah asal Islam menang, bukankah itu amanat bekas Presiden PAS Hj Fadzil Noor ?
Harap rakan-rakan dari PAS akan mula mengorak langkah lebih berani untuk kata NO TO ANWAR & KARPAL !!!
Tabik spring untuk Ketua Pemuda PAS Ust Nasaruddin Tantawi yang pernah melayan Panglima dalam twitter baru baru ini...
Ada masa boleh jumpa untuk satukan Melayu agar kembali Satu Jemaah Islam...
baca twitter YB Zul yang menggelikan hati 'teman' '
Kate Wan Azizah,Anwr dturunkn oleh Tuhan utk manusia Malaysia..sbb tu ahli PKR kena sujud syukur..cume hati2 bile brsujud tu yop..hehehe ;))
1 ulasan:
Salam buat YB Zulkifli Nordin.
KAPAK amat bersetuju dgn coretan YB yang ikhlas dan tetap akur dgn Islam asas perjuang sebenar. KAPAK yakin YB Zulkifli Nordin wajar kedepan untuk "Penyatuan Umat Islam di Malaysia" dan ajaklar PAS & UMNO dapat bersatu hati semula sebagaimana peristiwa 1969 dan terjalinnya "Perikatan".
Semasa PAS & UMNO bersatu org2 Melayu kuat dan Islam terbela dan sehingga sekarang Masjid cambah dgn hebat dan Islam juga semakin perkasa.
Ingat apa akan jadi jika Umat Islam lemah dan Negeri/Negara dikuasai oleh lanun2 Yahudi dipimpin oleh PKR dan DAP serta PAP Singapura.
YB Zul wajar teruskan semangat utk berjuang ke arah ini dan Umat Islam di Malaysia perlu menghayati semua ini dan lihat apa yang berlaku dengan Pulau Pinang serta Selangor.
Marilah kita beri sokongan dan dokongan kepada YB Zul dan Pemimpin2 UMNO dan PAS agar melihat perkara pokok dan Agenda Islam di Malaysia.
Umat Melayu hanya ada Tanah Melayu dan sayangilah tanah tumpah darah nenek moyang kita dan semua pengorbanan mereka didalam memastikan kesinambungan politik Melayu terus berkuasa sampai bila2. Marilah kita sama2 sayangi Malaysia sebagimana kita sayangi kita kita.
Walluhuwaklam.
Catat Ulasan