Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Disember 2010

Gempar : Pemimpin Pakatan Mengaku Merekalah Pencuri dan Penyamun ???



gambar kumpulan pencuri dan penyamun yang membuat pengakuan di atas

 adalah hiasan semata mata bagi orang tidak ada akal







imbas kembali kisah 'Penyamun' di Selangor yang kebas pasir secara haram di Dengkil 






KUALA LUMPUR, 28 Jun — Meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, DAP masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam.


Sementara PR menyasarkan impian mahu menawan Putrajaya dengan mengakhiri penguasaan lebih lima dekad Barisan Nasional (BN), persoalan yang masih menjadi perhatian ramai - sama ada DAP sanggup menerima perjuangan PAS untuk membina sebuah negara Islam di Malaysia?

Bagi Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh, jawapannya ialah "tidak".
"Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan)," kata Karpal.


"Ia sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia," kata ahli politik veteran ini kepada The Malaysian Insider.




Karpal sangat biadap apabila menolak negara Islam Umno dan Pas pula diam dan tidur tanpa berani bantah apa apa terhadap musuh Islam bahkan sanggup berpelukan dengan mereka !!!



Karpal yang genap 70 tahun hari ini memberitahu, tidak pernah wujud kekeliruaan mengenai status Malaysia sebagai sebuah negara sekular.

Karpal menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah "mengelirukan orang ramai" berkenaan identiti Malaysia.

"Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.

"Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam," kata beliau lagi.
PAS yang kelihatan sudah berjaya menawan hati masyarakat bukan Islam sejak kebelakangan ini mendakwa DAP juga mula memahami dan menerima idea PAS untuk mewujudkan sebuah negara Islam.

Karpal kelihatan terkejut apabila disebutkan bahawa PAS dalam ceramah-ceramahnya memaklumkan bahawa DAP sudah menerima konsep negara Islam secara perlahan-lahan dan menghormati pendirian PAS dalam hal itu.

Bagaimanapun Karpal menegaskan, kesemuanya tertakluk kepada undang-undang dan peraturan persekutuan.
"Pada 1988, Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular," katanya.




"Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik saya mengatakan (bina) 'negara Islam dengan melangkah mayat saya'," katanya.

"Mereka (pemberita) tidak membuat laporan konteks kenyataan saya ketika.
"Saya mengatakan demikian dalam hubungan kepada perlembagaan. Tetapi saya kekal dengan pendirian itu, mengatakan perkara yang sama sekarang," kata Karpal.

Ikatan antara DAP dan PAS bukan sesuatu yang baru dalam bentuk PR.
Kedua-dua parti itu pernah menjalin kerjasama dengan mewujudkan Barisan Alternatif pada pilihan raya umum 1999, tetapi gagal meneruskan jalinan ekoran isu negara Islam.

"Kita pernah menjalin pakatan pada masa lalu tetapi kita gagal. Apa yang membezakan sekarang ialah kami bersatu dalam mengetepikan musuh bersama iaitu Barisan Nasional.
"Buat masa sekarang, yang paling utama ialah mengambil alih Putrajaya daripada BN," katanya.


Kenyataan Lim Kit Siang menguatkan lagi penolakan DAP terhadap  negara Islam Umno 
yang juga diimpikan oleh PAS dalam mimpi mereka !



Apa akan berlaku selepas PR mengambil alih kerajaan persekutuan nanti?
Karpal mengakui bahawa beliau belum dapat melihat bagaimana PAS atau DAP boleh berkompromi dalam isu ini.

"Akan tiba masa nanti apabila kita perlu menghadapi hakikat ini. Bagaimana kita akan berkomrpomi?

"Jika DAP berkompromi, ia bermakna ia menerima Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan jika PAS berkompromi, bermakna ia menerima negara sekular dan ini akan bertentangan dengan prinsip mereka sendiri.








Rujuk : Malaysian Insider 28 Jun 2010   @ http://www.themalaysianinsider.com/


tajuk asal : Karpal: Pendirian DAP kekal, tidak kepada negara Islam




Apa lagi jom kita tolak Pakatan Penyamun aka Pencuri di atas !



Dikirim dari iPhone saya

2 ulasan:

Wake UP! berkata...

Penyamun PAS ditipu pencuri DAP ditipu peliwat PKR.

Elok sangat tu.

Tanpa Nama berkata...

hapuskan bn hingga keakar umbi.........

Cari Blog Ini

Translate