Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Januari 2011

Kenyataan MB Selangor versi Taat Tetapi Derhaka Di Blog Anwar !!!

Kerajaan Negeri Selangor telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor dalam isu pelantikan SUK. Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.

Pentadbiran Negeri Selangor telah memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan memulakan proses penyelesaian dengan SPA.

Pentadbiran Kerajaan Negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam soal ini. Media perdana pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.

Justeru itu, kehadiran seluruh Exco Kerajaan Negeri hari ini di dalam majlis penuh istiadat iaitu Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran Dato’ Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah ( S.S.I.S ) Darjah kelas Pertama Kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, SPMS; Raja Muda Selangor. sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor.

Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Dato’ Khusrin, kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana.

Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR



http://anwaribrahimblog.com/2011/01/06/kerajaan-negeri-taat-setia-kepada-dymm-sultan-selangor/ 




Panglima : kata tak nak hadir (sini), lepas tu hadir dan lepas tu tunjuk taat setia... 

Lagi 'celaka' tulis taat setia tetapi tetap tidak mahu terima perlantikan SUK. Hati 'flinstone' betullah puak ni.

Calon yang dipilih oleh SPA dan diperkenan Sultan juga telah dihalang dari menghadiri mesyuarat Exco. 

Kerana terlalu ego MB dan para Exco Negeri mahu meminda undang-undang untuk diberikan kuasa kepada MB memilih tiga eksekutif Kerajaan Negeri seperti Penasihat Undang-Undang, Penasihat Kewangan dan Setiausah Kerajaan Negeri.
Dan lagi lagilah kurang asam Anwar pun terpaksa guna kenyataan Khalid tanpa berani berikan kenyataan.

Apa jenis manusia-manusia ini semua?  Berbelit-belit lebih dari 'lawyer buruk' !!!

Apa komen anda ?





dan sebarkan iklan sambutan peringati 500 tahun Empayar Islam Melaka jatuh http://pembinamelaka.com/v1/2011/01/05/konvensyen-memperingati-500-tahun-kejatuhan-empayar-melayu-islam-melaka/


selepas baca artikel ini http://peraktoday.com/wp/?p=9895

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Khalid ni bangsa muka tebal, tak tahu malu. Orang sombong bodoh. Kesian Selangor dapat MB macam ni. Kalau ada maruah dia patut letak jawatan.

Unknown berkata...

khalid muka sembab ni memang kurang ajar sanggup memutar belitkan titah sultan hanya kerana mahu memuaskan hati puak dap.inilah dia pengkhianat bangsa paling celaka era ini.PRU akan datang tahulah nasib kau khalid.anwar pula tak berani berkata apa-apa kerana tahu isu ini akan memakan dirinya nanti.Jadi dia membiarkan khalid menjadi kambing hitam apabila sampai masanya nanti.Maka senanglah assmin mengambil alih selangor nanti.Fikir-fikirkanlah wahai khalid oiiiii......

Cari Blog Ini

Translate