Al Qaradawi atau Asri sama sahaja.
Gambar: Mufti Mesir 'Ali Jum'ah
Tiba-tiba hari ini, ketika rakyat keluar menuntut hak mereka, tanpa menumpahkan darah, hanya demonstrasi jalanan, beliau mengeluarkan pandangan agama tentang larangan keluar membantah Mubarak. Bahkan mengalu-alukan langkah Mubarak yang kononnya ingin membuat pembaharuan dalam masa tujuh bulan. Jika 30 tahun Mubarak gagal membuat pembaharuan, apakah dia mampu melakukannya dalam masa tujuh bulan seperti yang dia janjikan? Jika beliau mampu bererti selama ini beliau ternyata seorang pengkhianat besar! Jika tidak mampu, beliau mesti berhenti dan berikan laluan kepada pilihan rakyat. Jika rakyat berhenti membantah, regim itu akan kembali berkuasa.Kenapa 'Ali Jum'ah tidak mengeluarkan fatwa tentang penyokong Mubarak yang membunuh rakyat awam dalam demonstrasi tersebut, dan juga selama 30 tahun Mubarak membunuh para penentangnya secara zalim! Dunia Islam menjadi mundur disebabkan pemerintah yang zalim dan korupsi, dibantu pula oleh ulama yang bersekongkol.
Tahniah kepada al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam temubual al-Jazeera yang menyatakan pejuang yang mati berdemonstrasi aman di Mesir adalah syahid dan demonstrasi itu mesti disokong! Inilah contoh ulama yang berani dan berkata tanpa kepentingan diri.
Akhirnya, semoga golongan agama tidak menjadikan tindakan Mufti Mesir ini sebagai teladan positif, sebaliknya ia adalah contoh yang negatif seorang yang memakai gelaran agama.
-Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Sent from my iPhone
1 ulasan:
Kan bagus kita berguru dengan ramai guru. Jangan lah marah jika seseorang guru itu tidak sependapat dengan guru yang lain. Kita ikut yang mana kita mampu ikuti. Islam itu MUDAH. Insya-Allah, tuan hamba pasti akan tenang jika mengikuti guru yang anda mudah ikuti dalam ajaran Islam ini sendiri.
P/S: Tak suka tukar nama orang sesuka hati
PEACE NO WAR
Catat Ulasan