Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Februari 2011

Blog Pelajar Tabur Fitnah Kelab Umno Mesir Tidak Bantu Di Saat Krisis !

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Sekretariat Kelab Umno Luar Negara dengan kerjasama Wisma Putra, Pemuda UMNO dan agensi berkaitan menubuhkan "Jawatankuasa Penyelarasan Bantuan dan Maklumat Pelajar Malaysia di Mesir" bagi membantu soal pemindahan dan keselamatan warga Malaysia di negara yang sedang bergolak itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, peruntukan pendahuluan sejumlah RM35,000 telah disalurkan kepada anggota jawatankuasa berkenaan iaitu kira-kira 700 anggota kelab itu yang berada di Mesir bagi menggerakkan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan.

"Di Mesir terdapat Kelab UMNO dan pelajar di sana telah kita maklumkan untuk menjadi pembantu kepada sebarang usaha untuk menggerakkan langkah terutama sekali dalam soal keselamatan dan juga soal pemindahan yang akan dilakukan.
 

"Jawatankuasa ini juga akan menyediakan informasi keadaan terbaru di rumah-rumah negeri serta keadaan semasa di negara itu dari sumber rasmi, selain melayani pertanyaan ibu bapa serta pelajar," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
 

Ahmad Shabery yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, orang ramai boleh mengikuti laman web www.kelab-umno.com dan http://kuln-krisis-mesir.blogspot.com/ yang dikemas kini setiap jam bagi mengikuti perkembangan semasa keadaan pelajar dan rumah negeri di Mesir. – Bernama


http://kuln-krisis-mesir.blogspot.com/ telah diwujudkan oleh Seketeriat KULN untuk memberi sumbangan dan info semasa yg tepat.


info : http://www.kelab-umno.com/index.php?option=com_content&view=article&id=531:sidang-akhbar



Panglima :

Pelik apabila masih ada suara yang cuba menafikan peranan Kelab Umno Mesir yang telah membantu perpindahan pelajar sehingga urusan berjaya diselenggara dengan baik seperti blog pelajar Mesir di sini http://allgreenislamic.blogspot.com/

Kelab Umno atau Nadi Umno dituduh tidak menggunakan peruntukan yang diperolehi untuk membantu pelajar. Namun soalnya adakah semua pelajar berdaftar dengan Kelab Umno?

PMRAM sebagai pertubuhan yang banyak menaungi pelajar dan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pas tentu lebih berhak menyediakan segala keperluan dari Nadi UMNO.

 Apakah ini dikatakan  'madu dibalas tuba ' ???


Harapan Panglima semoga pelajar kita akan sedar betapa Kerajaan tetap menolong rakyatnya tanpa mengira fahaman politik mereka.

Meskipun ada juga suara termasuk kalangan blogger yang mahu pertolongan diberi hanya kepada penyokong kerajaan. 

Pelajar yang cerdik dan bijak perlu berfikir apakah yang diberi oleh pembangkang yang mereka sokong selama ini. Setakat sembahyang hajat tidak cukup kerana doa perlu diiringi dengan usaha dan kesungguhan bukan sebaliknya.

Setakat berjanji dan berkata-kata yang muluk tidak akan mampu memberi apa jua manfaat sampai kiamat. Tetapi kata yang dikota itulah yang perlu dijadikan sandaran dalam memberi sokongan.



Sent from my iPad

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate