Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Februari 2011

Faisal Tehrani Cuba Tonjol Syiah Dengan Bidas Wahabi Dan Sunni !!!


Faisal Tehrani di blognya (klik sini) masih belum habis lagi dengan tulisan yang seakan sudah 'asyik' , 'gian' dan 'ketagih' dalam memutihkan wajah 'hitam' Syiah. Satu persatu entri blognya dipenuhi 'ketagihan' itu yang seakan hobi baru beliau di alam siber.

Kita tidak mahu menuduh beliau menerima habuan besar atau mendapat kedudukan besar dari golongan Syiah di Iran atau terpesona benar dengan kehebatan luaran pengikut Syiah tetapi yang jelas beliau sudah tidak lagi menghiraukan sensiviti kita yang tidak dapat menerima ajaran Syiah di sebarkan di Malaysia.

Sekali diulangi sesiapa mahu menerima Syiah tidak dihalang sedikitpun tetapi di negara kita majoriti (IJMAK) Ulama dan juga Ulil Amri telah memutuskan ia tidak boleh dibenar untuk disebar. Itu sahaja. Seperti juga Wahabi atau ajaran sesat yang lain.

Jadi, sebab itu tidak ada masalah G to G (Gov to Gov) berbaik seperti Menteri dan PM Malaysia bertemu dengan pemimpin Iran.

Bahkan kilang Proton kita turut dibina di Iran.

Semua tidak menjadi masalah.

Yang menjadi masalah apabila Dr Faisal Tehrani ( teringat seorang lagi nama Dr ASri Wahabi) cuba menegakkan benang basah dengan 'menyerang' Wahabi dan Sunnah sambil mengangkat Syiah.




Kita tahu bila mereka tidak dilabelkan Sunni tentu hadis 73 golongan akhir zaman akan dikeluarkan . Tetapi kita ulang sekali lagi bahawa majoriti Ulama adalah kaedah terbaik menentukan keabsahan sesuatu fahaman.

Sabda Nabi saw : 

“Umatku tidak bersepakat dalam kesesatan.” (al-I’tisham 2:263)

Namun Panglima sedar Syiah tidak pernah menerima kaedah IJMAK sebagai cara menentukan hukum. Syiah menggunakan pendapat imam mereka meskipun tidak diterima ulama seluruh dunia.

Perkara ini didedahkan oleh Blogger ahli agama di sini http://abu-syafiq.blogspot.com/2010/12/asri-maki-jais-isu-tolak-syiah-tapi.html yang menulis :

" Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama’ buktinya mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51 "

Penerangan tentang IJMAK jika tidak faham tentangnya sila klik sini http://www.scribd.com/doc/35207050/A2001-Unit-6

Yang FT ( Faisal Tehrani ) perlu sedar ialah fahaman Asri cenderung dan hampir seiras dengan Syiah yang sering menghalalkan liwat dalam tulisan dan pandangan Ulama mereka. Wahabi jelas menghalalkan liwat seperti bukti di sini http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/05/bukti-wahhabi-halalkan-liwat-kaitan.html

Adakah rentetan itu maka mereka gemar 'bercium mulut' seperti gambar di bawah ini ?



Lagi menggelikan hati FT menulis :

Selepas tiba di Malaysia nanti, mungkin mereka boleh membuka mata hati, ya setelah semua ini, untuk berpindah tempat mengaji. Iya, eloklah ke Qom di Iran. Tempat Islam dapat dipraktikkan. Islam Muhammadi. 


Sebelum bergelak ketawa berguling sakan membaca tulisan FT di atas, sila klik di sini 


untuk mengetahui kenapa kita tidak pernah mendengar promosi sambung belajar ke Iran kecuali di blog Faisal Tehrani.


Nampaknya selepas ini jika berjaya tentu Iran akan jadi tempat tumpuan rakyat kita pergi belajar. Lantas akan berkembanglah aksi liwat meliwat, mutaah anak cucu perempuan kita dan laknat melaknat terhadap sahabat Junjungan Nabi Muhammad saw.

Adakah benar itu kita mahu lihat ?


Kesimpulannya : 


SYIAH atau WAHABI tidak wajar disebarkan di Malaysia dan sesiapa yang cuba membawa masuk ajaran ini wajar dibantai dengan pena kita. 


Usaha dengan iringan fakta dan hujjah adalah cara orang bijak berdiskus dan harapan Panglima orang yang cerdik turut menerima fakta di atas walau bertentangan dengan emosi dan persepsi mereka sebelum ini.






Sebelum beredar mari baca komentar pembaca blog Panglima tentang Syiah sebelum ini :





Megat Alam Gempita berkata...




Setuju PPC


Dr Faisal ni cuma nak bagi penerangan sisi positif Syiah namun Dr apa yg buruk tetap buruk. Sama juga dengan fahaman wahabi, salafi, taliban, liberal...

Jangan kerana Syiah Iran anti US dan Israel kita membenarkan perkembangan syiah menular di bumi ahlul sunnah wal jamaah Malaysia ini hatta dengan hujah akademik sekalipun dan suka-suka nak joint.

Dari segi ekonomi global, harga minyak global naik pun adalah kerana sikap Syiah Iran memanipulasi harga di rantau Teluk demi survivalnya yg 95% bergantung hasil penjualan minyak kepada blok anti US spt China, Rusia, Korea Utara, Amerika Latin n negara Arab anti Israel. Sekatan US dan Barat berhubung isu nuklear Iran tak banyak mempengaruhi harga minyak global. Ini fakta antara mengapa harga minyak semakin naik termasuk di Malaysia bukan kerana kerajaan nak kayakan kroni dan tidak bertanggungjawab sesuka hati kurangkan subsidi.

Syiah dan Sunnah boleh bersatu dlm memerangi kafir harbi-zindik tapi bukan dalam hal kongsi akidah kepercayaan ya! (Syiah ni boleh dipandang-pandang, tapi kita kena duduk renggang-renggang dengannya agar sesama Muslim kita bertambah sayang)

Fikir global jangan jadi macam fuckatan berfikiran jumud kekampungan.

Semoga Dr Faisal tersedar, insya Allah.


Wallahu A'la Wa A'lam...

( Panglima : harap fakta ini disebarkan demi kesucian Alif Ba Ta )

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate