Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Februari 2011

Nik Aziz Tolak Debat Dengan Angkuh !!!

Semalam Sinar Harian menyiarkan berita Nik Aziz setuju berdebat.

Namun hari ini disiarkan pula kenyataan Nik Aziz menolak debat atas alasan tidak munasabah iaitu yang mengajak tidak ada jawatan.

Sombong dan angkuh betul MB Kelantan ini kerna tidak mahu berdebat atas alasan remeh tetsebut.

Patutnya jika benar beliau ulama, jemputan ini diterima dengan terbuka tanpa alasan sebegini dikeluarkan.

Satu kemenangan untuk Ust Md Noor yang gigih menerangkan kebenaran untuk umat Islam.

Takbir

berikut surat menolak debat





Penjelasan Terhadap Laporan Muka Depan
Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan 05 Februari 2011
  1. Saya dengan ini merujuk kepada laporan muka depan akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan pada 05 Februari 2011 yang memaparkan tajuk berita "NIK AZIZ SETUJU DEBAT : Sahut Cabaran Ulama UMNO Isu Kenyataan Jejas Akidah."
  2. Di bawah tajuk tersebut dipaparkan laporan berkenaan persetujuan YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk berdebat dengan ulama UMNO, Mohd Nor Deris berkenaan dengan kenyataan YAB Tuan Guru yang didakwa boleh menjejaskan akidah.
  3. Sukalah diperjelaskan bahawa tajuk dan laporan berita tersebut sama sekali tidak benar. Apa yang berlaku ialah YAB Tuan Guru ditanya berkenaan desakan Mohd Nor Deris agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kenyataan beliau yang di dakwa menjejaskan akidah. Menjawab pertanyaan tersebut, YAB Tuan Guru bersetuju agar kenyataannya dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Persetujuan tersebut termasuklah mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.
  4. Tidak timbul isu berdebat dengan Mohd Nor Deris yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kerajaan sebagai penggubal dasar. Secara logiknya, individu yang layak berdebat dengan Menteri Besar Kelantan yang juga al-Mursyidul Am PAS tentulah tokoh yang mempunyai jawatan berpengaruh di dalam kerajaan atau parti.
  5. Laporan di dalam akhbar Berita Harian yang merujuk kepada kenyataan yang sama lebih berkredibiliti dan menepati maksud sebenar YAB Tuan Guru. Justeru, laporan yang tidak tepat seperti yang tersiar di dalam akhbar SInar Harian Edisi Kelantan tersebut amatlah dikesali.
Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Setiausaha Akhbar,
YAB Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 05 Februari 2011


Sent from my iPhone

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

N.ajis tidak akan berani berdebat walau dalam topik apa atau isu apa sekali pun, kerana N.ajis tahu siapa diri nya sekarang iaitu CAKAP TAK SERUPA BIKIN dan BIKIN TAK SERUPA CAKAP

Penditakainsingkat berkata...

Salam Bro.

Kenyataan balas Nik Aziz membuktikan betapa cetek pemikirannya apabila beliau bersedia berdebat dengan seorang "pembuat dasar".

Isu yang ditimbulkan adalah isu agama yang sepatutnya ditangani oleh tokoh yang ada latar belakang agama.

Jelas Nik Aziz sendiri tidak fahampun dirinya siapa dan bagaimana sesuatu isu itu harus ditangani.

Nik Aziz adalah ustaz politik, sebab itu beliau berpolitik!

Roslan berkata...

Ada banyak bahas2 antara umno dan Pas di kelantan.Berlambak2 antara tok pengulu dan ustat umno pun ada...boleh cari sendiri di penjual CD Kelantan.TApi hati dah gelap.berbahas macam mana pun macam tu jugak.Dengan orang kampung pun ustat umno pun tak boleh nak berhujah.
CARILAH KEBENARAN SEBELUM KITA KE SANA.KERANA YANG KAMU LAWAN ADALAH ULAMA .
Apa yang dia orang cari di atas muka bumi ini tidak lain dan bukan ialah keredaan Allah SWT.
Pergilah ke Kelantan atau terengganu carilah kebenaran.

Panglima Perang Cyber berkata...

mnor : berani krn benar tp kalau takut tentu tak benar

pendita: bernas pandangan bro

roslan: cuba try nik aziz debat dgn md noor pulak

Cari Blog Ini

Translate