Lim Guan Eng telah membuat pengakuan pernah pakai serban. Bukan serban lebai tetapi serban singh.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar mengenai gambar beliau berketayap bersama Anwar Ibrahim dan Speaker DUN Pulau Pinang.
Pelik kerana tiba-tiba sahaja timbul gambar berketayap. Sebelum ini menyembelih korban yang kemudiannya disahkan bukan gambar sebenar.
Persoalannya : siapa yang cuba memburukkan beliau ?
Kadangkala dalam politik ada juga taktik 'burukkan diri sendiri' untuk raih simpati rakyat.
Adakah ia juga satu cubaan untuk menutup isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ?
Tidak mustahil ia ciptaan beliau sendiri !
Lihat laporan Malaysiakini isu LGE berketayap...Secara tidak langsung orang akan sedar bahawa Lee Kuan Yuew juga pernah bersongkok untuk meraih sokongan orang Melayu apabila meneliti berita tersebut.
Lim Guan Eng juga tahu orang ramai makin marah apabila satu persatu kawasan peniaga kita telah dirobohkan.
Maka dia mungkin harap simpati masyarakat dengan menghebohkan dakwaan difitnah dalam gambar yang disebarkan di Balik Pulau di atas.
Gambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar.
Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap.
Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu.
Klik sini untuk berita tersebut di Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan