http://lamanpenerbithrp.blogspot.com/2009/05/membongkar-misteri-dajjal.html
Penulis buku 'Membongkar misteri DAJJAL' Muhammad Nurani Maarif telah menulis tentang pintu laluan Dajjal di muka surat 200.
" Kini kita sedang menghadapi Perang Teluk Ketiga di dalam skala yang lebih besar selepas dua perang Desert Storm 1 dan 2. Lokasi Timur Tengah sengaja dipilih sebagai pintu laluan kemunculan Dajjal. "
Terbukti benar sekali bahawa Amerika adalah proksi Dajjal ( atau DAJJAL hakikatnya ? ) yang diguna untuk menghalang kedatangan Imam Mahdi dan ia akan menjadi ibu segala perang ; Perang Dunia Ketiga seperti tulisan penulis di atas.
Krisis di Tunisia, Yaman dan sekarang di Mesir adalah laluan Timur Tengah yang digunakan oleh Dajjal dalam misi kemunculannya.
Ia telah disebut oleh Nabi tercinta saw :
" Aku (Nabi Muhammad saw) tahu rumah yang pertama kali akan diketuk oleh Dajjal adalah rumah kalian, penduduk Kufah (Iraq) " - riwayat Muslim dari Abu Shadiq
Kerana itu tidak pelik fitnah dilemparkan ke atas Iraq dengan dakwaan wujudnya senjata Nuklear. Agensi IAEA yang ketika itu diketuai oleh ElBaradei telah melawat Iraq namun mereka tidak menemui senjata yang dimaksudkan. Namun yang berlaku selepas itu ialah serangan besar-besaran Amerika dan sekutunya.
Kenapa ElBaradei ada kaitan dengan Dajjal ada diulas blogger Seafailed yang menulis :
" Umum mengetahui bahawa barat mempunyai satu prejudis terhadap Islam tambahan lagi terhadap negara-negara Arab. Mengapa El Baradei dari negara Mesir ini terpilih sebagai Ketua Pengarah IAEA.
Hingga kini kesan peperangan dan kemusnahan di Iraq yang turut menyaksikan kejatuhan Saddam Hussein manakala rakyatnya menjadi mangsa, hingga kini masih lagi dalam keadaan huru-hara.
Mereka golongan 'tentera Dajjal' memang bekerja keras tiap hari untuk mencetuskan huru-hara. Kedatangan Dajjal akan didahului dengan krisis serta 'huru-hara' dan itulah matlamat mereka.
Yahudi Zionis sedar perkara ini dan kerana itulah seluruh alat dan saluran yang dikuasai oleh mereka untuk mencapai matlamat di atas, digunakan sepenuhnya.
Anda perlu membaca buku ini dan memikirkan kembali situasi umat Islam dan musuhnya iaitu Dajjal yang akan memerintah dunia sebelum dikalahkan oleh Imam Mahdi AlMuntazar.
Persiapan perlu dilakukan untuk menghadapi situasi ini dan umat Islam perlu sedar siapa musuh mereka yang sebenar.
Cukuplah kita menjadi alat kepada puak yang tidak sedar mereka adalah alat kepada agenda Dajjal dan mari kita basmi kebangkitan kuasa jahat ini dengan segala kekuatan yang kita ada hingga akhir hayat.
Fikirlah tentang umat sepertimana yang dibuat oleh Nabi kita Muhammad saw yang terus berfikir nasib umatnya hingga akhir hayat.
Allahumma Solli Wasallim Wabaarik Alaih !
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
3 ulasan:
Wahai PPC, fakta tentang kemunculan Imam Mahdi itu bagaimana pula sbb ramai bersepakat kepercayaan tntg imam mahdi hanya oleh golongan Syiah.........
Salam Panglima Cyber,
Inilah Dajjal-Dajjalnya lakhanat Amerika....
Mohon di link ke Blog Tuan
http://pemudatg1.blogspot.com
Kepada General Perang Cyber ( merangkap ) Penembak Tepat
Saya dari www.seafailed.blogspot.com tidak berapa setuju dengan tulisan anda bertajuk "Edisi Antarabangsa : Hosni Mubarak diserang Wahabi,Syiah dan Barat.
Mohon penulis jawab balik
Catat Ulasan