Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

09 Februari 2011

Kemaskini - Wael Ghonim : Eksekutif Google Tok Dalang Rusuhan Di Mesir !



 
   Wael Ghonim Eksekutif Google


KAHERAH: Seorang eksekutif muda Google yang ditangkap ketika tunjuk perasaan menentang Presiden Hosni Mubarak berkata semalam, dia ditahan dengan matanya ditutup sepanjang 12 hari penahanannya.

Dalam satu wawancara penuh emosi dengan rangkaian televisyen Mesir, Dream 2, Ketua Pemasaran Google untuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Wael Ghonim (gambar) menangis apabila mengenang mereka yang terbunuh dalam tunjuk perasaan selama dua minggu itu.




Wael mengaku memulakan satu kumpulan dalam laman rangkaian sosial Facebook dengan nama 'Kita Semua adalah Khaled Said' sebagai mengenang seorang lelaki Mesir yang diheret keluar dari sebuah kafe dan mati dipukul oleh polis Jun lalu, menurut aktivis hak asasi manusia.


Laman Facebook itu memainkan peranan penting dalam tunjuk perasaan antikerajaan pada 25 Januari dan merebak begitu pantas hingga menggoyangkan pemerintahan autokratik Hosni.



"Mata saya ditutup selama 12 hari. Saya tidak mendengar apa-apa. Saya tidak tahu apa yang berlaku," katanya, yang ditahan oleh polis Mesir sejak petang 27 Januari.




"Saya bukan wira. Saya tidur selama 12 hari. Wira adalah mereka di jalan raya, yang menyertai tunjuk perasaan, yang mengorbankan nyawa mereka, dipukul, ditangkap dan terdedah kepada bahaya," katanya. Apabila rangkaian televisyen itu menyiarkan imej beberapa pemuda yang terbunuh dalam tunjuk perasaan itu, Ghonim tunduk dan menangis. - AFP

Berita : Harian Metro





Panglima: Jelas tunjuk perasaan yang berlaku di Mesir akibat dari hasutan alam maya melalui facebook yang digerakkan oleh ekselutif Google tersebut.

Akibatnya beratus orang terbunuh dan beribu lagi cedera. Kehilangan nyawa tidak mungkin dapat diganti dengan wang walau beratus juta.

Mungkin mereka fikir keadilan yang perlu diperjuangkan tetapi adilkah dibuat tuntutan yang jelas untuk mendesak pemimpin Hosni Mubarak agar tunduk kepada Amerika hingga menyebabkan nyawa dikorbankan?

Oh ye, musuh Islam tidak pernah pun peduli nyawa dan harta benda kita musnah. Mereka hanya fikir untuk diri mereka sahaja.

Kerana kemiskinan ramai sanggup buat apa sahaja. Walau tukar agama. Walau korban nyawa. Kemiskinan yang dirancang untuk lemahkan negara yang menaungi Al Azhar itu adalah bertujuan untuk menjadikan rakyat Mesir marah kepada negaranya lalu memberontak. 

Pelik kenapa ia tidak berlaku di Kuwait dan Qatar?

Dan kesian ramai tidak sedar mereka menempah neraka apabila melawan pemerintah yang jelas tidak mahu tunduk kepada Amerika dan diaibkan pula oleh media massa barat yang dikawal Zionis laknatullah. 

Di Malaysia ia pun sama. Hukum, taktik dan modus operandi yang dilakukan. Thailand sudah berjaya dihuru harakan termasuk di Indonesia sebelumnya. Malaysia alhamdulillah masih lagi dipelihara Allah (sama seperti Mesir) dengan berkat Awliya-Nya disini.

Ikhwanulmuslimin dapat dana dari USA dan jangan ingat mereka itu bawa Islam walau bernamakan persaudaraan Islam. Cari fakta ini di internet jika benar anda inginkan kebenaran.

Ajaran mereka sudah diresapi Wahabi dan dibantu Amerika. Pertubuhan Islam sebenar tidak akan ada menghasut rakyat menentang pemerintah yang benarkan Allah disembah !


Kebenaran itu pahit tetapi ia adalah ubat terbaik untuk agama bangsa dan negara kita.

Moga berkat Bulan Maulid ini akan menyatukan hati kita semua atas kebenaran.

Mari berselawat banyak banyak ke hadrat Nabi di bulan mulia ini.



Sent from my iPhone

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Pang5,

Sila lihat link http://rissc.jo/docs/new/Muslim500-2010-Third-Edition-001.pdf

Saya fikir Pang5 boleh calon dari M'sia...bagi saya ada ramai lagi calon yg lebih power dari yg tersenarai...

Panglima Perang Cyber berkata...

ok tq

Tanpa Nama berkata...

"Menurut Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, banduan2 di Mesir sebenarnya sengaja dilepaskan oleh Hosni Mubarak bagi sabotaj rakyat, utk memaksa mereka pulang ke rumah & bersurai. Jenayah2 tu semua hukumnya haram, tapi bersurai sblm Hosni turun, mudarat lebih besar kata beliau. Perjuangan besar & maslahat umum memang perlukan pengorbanan di peringkat individu katanya lagi." source : zaharuddin.net(fanpage)

Saya pelik melihat post tuan yang tidak menembak dengan tepat. Sekiranya dikaji dari sudut bumi Mesir. Hosni Mubarak telah meraih lebih $70Billion sepanjang pemerintahannya. Buktinya rakyat Mesir hampir 40% berada di bawah paras kemiskinan. Dengan upah sehari bekerja sebanyak RM6 shj..

Adakah tuan kira 'hasutan maya' ini akan mengundang demontrasi rakyat yang begitu ramai dalam menegakkan kebebasan dalam pemerintahan mereka? Sedarkah tuan bahawa Mesir menyekat dgn benteng Rafah dari menyalurkan bantuan ke saudara di Palestin?
Atau tuan kagumi hubungan 'akrab' antara regim Mesir dengan Israel dan US?

Jelas tuan tidak mengkaji, sekadar melastik tanpa hala tuju yang jelas.

Cari Blog Ini

Translate