Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Mac 2011

Blogger Gerakan Timur : Sahabatku - Kita Tidak Mampu Lagi... !!!



Tsunami yang melanda Jepun rupanya sehebat tsunami yang berlaku ketika ini diantara blogger pro kerajaan dan UMB.  Spt yang GT pernah tulis sebelum ini, GT tidak pernah berhubung dengan UMB.  Sekadar dgr cerita-cerita dari blogger2 yg lebih berpengalaman.  Biarlah cerita-cerita ini menjadi pengalaman GT dalam berjuang untuk agama, bangsa dan negara. 

GT yakin UMB sudah menerima isyarat jelas dari otai2 blogger.  Diharap sedikit teguran ini akan ada penambahbaikan dari segi pengurusan dan kecekapan UMB beroperasi.

GT melihat kemelut ini sebenarnya memberi ruang dan peluang untuk blogger pembangkang menangguh di air yang keroh.  Kalau dilihat dari segi penguasaan,  blogger pembangkang sudah bersepai angkara fitnah mereka telah dipatahkan ntah berapa kali hitungannya.  Dan kekuatan yang terbina hasil dari usaha semua, jgnlah smpai menerbitkan permusuhan.

Itu antara rumusan yang GT dapat dari membaca blog-blog otai seperti Panglima Perang Cyber, GAP, Braveheart dan beberapa lagi.  Komen-komen pembaca juga mahukan sengketa ini ditamatkan dengan segera demi PRU yang akan datang.  

Paling hampir, Sarawak akan menjadi medan peperangan yang maha hebat.  Fokus serangan harus dihalakan pada isu-isu yang berkenaan.  Tujuan kita semua satu:  Pastikan BN menang dgn selesa!!!

Kita seharusnya pada saat ini meraikan kemenangan di Kerdau dan Merlimau!!!  Momentum ini harus digenggam rapi, untuk kita bawa ke medan perang seterusnya.  Ayuh, kita redakan tsunami ini, kerana  mata-mata fuckatan sedang meraikan kemelut ini dgn berpesta ria.

Dari tidak mengenali kita bersahabat, sudah bersahabat mengapa perlu kita bersengketa?

Gerakan Timur menyahut seruan sahabat blogger GAP, agar fokus kembali ke landasan perjuangan sebenar.   Misi Tawan Semula Selangor dan menang PRU ke 13 menjadi matlamat GT.  

SELANGOR BANGKIT!!!


nukilan : Gerakan Timur



Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate