Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

12 Mac 2011

Kemaskini : Buku Tun Mahathir Mula 'Bakar' Telur PAS !!!

Kemaskini : 8.21 pagi

Buku Tun Mahathir 'A Doctor In The House' mula membakar 'telur' PAS dua tiga hari kebelakangan ini. Serangan demi serangan yang dibuat oleh BN di dalam mendedahkan penipuan dan pembohongan manusia materialistik dan munafiq telah disatukan dalam bentuk buku yang bakal dan sedang menggegarkan 'tiang seri' PKR termasuk juga PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Tidak mustahil ia boleh menenggelamkan terus kapal mereka tanpa sebarang tanda.


Buku yang telah terjual 5000 naskhah pada hari pertama pelancarannya Rabu 10 Mac 2011 yang lalu dengan 50,000 naskhah, telah pun diulang cetak sebanyak 20,000 (menurut sumber) untuk memastikan rakyat tidak hampa jika ia 'habis' di kedai buku negara kita. Nampak gayanya selepas menjadi blogger terhebat dengan jumlah hits terhebat di Malaysia, Tun M akan menempa sejarah sekali lagi sebagai penulis buku terhebat di negara kita. Semua kerana - Malaysia Boleh yang diaspirasikan oleh beliau sehingga tersemat di minda kita dan beliau sendiri selaku pencetusnya

Kawan Panglima turut mengakui semalam beliau mencari buku tersebut di kedai ternama di Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan rakyat Malaysia termasuk pelancong Arab mencari buku hebat tersebut. Sehingga kedai telah kehabisan stok dan terpaksa menunggu stok baru sampai.. Begitulah tarikan sebuah buku yang ditulis selama 8 tahun yang memuatkan pengalaman hidup seorang pemimpin antara yang terhebat di dunia selama 85 tahun, samada di Malaysia dan dunia amnya.

Pengalaman Panglima di Mesir juga menunjukkan populariti Tun Mahathir begitu hebat di minda rakyat Mesir dan seluruh jazirah Arab keseluruhannya. Sebab itulah nama Malaysia sangat harum di Mesir berbanding negara Asia Islam yang lain.

Lantaran itu apabila ada khabar mengutuk buku Tun M maka penyokong tegar Tun iaitu sahabat Panglima, Blogger Azli SHukri terus mendedahkan cerita tersebut petang semalam di blog beliau. Khabarnya semasa khutbah Jumaat di TTDI seorang khatib telah menyentuh buku Tun Mahathir tersebut. Beliau menulis : " Khatib berkata adanya seorang manusia yang membuat fitnah dalam buku terbarunya terhadap insan beriman tidak bersalah tanpa mendatangkan 4 orang saksi yang adil. "

Katanya lagi : "Siapa yang menulisnya fasiq!, siapa yang membelinya fasiq!, siapa yang membacanya fasiq!, siapa yang menjualnya fasiq!..." tempik khatib tersebut. 

Masya Allah, adakah benar kefasikan yang cuba ditonjol oleh beliau selaku khatib itu benar-benar wujud atau ia satu perkara yang cuba dilekatkan kepada buku mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas ia menjadi 'buruan' penyokong dan penentang beliau.

Buku yang memaparkan berbagai kisah dan pengalaman menari itu turut memuatkan kisah silam Anwar Ibrahim yang 'melanggan' perempuan termasuk juga kisah bekas musuh politik Tun Mahathir iaitu Tengku Razaleigh yang diceritakan Tun M boleh menjadi Perdana Menteri jika bersabar. Ketika pelancaran bukut 'A Doctor In The House' beliau, Tun Mahathir berkata beliau terpaksa mendedahkan perkara yang tidak disukai pihak yang disebutkannya dalam buku tersebut meskipun cuba mengelak berbuat demikian pada awalnya. Bahkan beliau turut bersedia disaman atas apa yang didedahkannya dalam buku tersebut. 


Ketegasan yang sukar ditemui dalam diri mana pemimpin masa kini. Syabas Tun !!!

Khatib yang sudah semestinya pro kepada PAS tentu akan mencerca buku yang boleh merosakkan PAS atau sekutu PAS atau 'bini haramnya' DAP. Khatib yang sepatutnya mencerca perbuatan mendesak Bible versi Melayu yang dibawa oleh 'bini haram' PAS iaitu DAP telah terbalik otaknya dengan menentang buku yang mendedahkan perbuatan peliwat dan pengkhianat agama. Dunia akhir zaman nampaknya telah terbalikkan otak dan minda manusia dan tidak peliklah matahari juga akan terbalik di akhir zaman ketika dekat kiamat dengan keluar daripada  barat bukan lagi dari timur.

Itulah PAS sekarang dan itulah ahli PAS sekarang, sudah terlalu jauh dari versi asal yang bercita-cita menegakkan Islam bertukar menjadi pembela Fuckatan pembangkang yang jelas memusuhi Islam dan melagakan orang Islam dengan sesama Islam demi kuasa dan kekayaan.

Link asal tulisan sila lihat di MYKMU di sini



Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

4 ulasan:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

baik sekali panglima

tolong bagi kontek wakil BPN CAWANGAN KELANTAN KPD SAYA

vulcan933 berkata...

kalau mahu masuk surga(baca surga pas)jgn baca buku TMM kerana boleh merosakkan iman org pass, hadith nabi nik ajis(baca nabi palsu)

Bingai @ Bangang berkata...

PPC
Buku tu dalam Bahasa Inggeris. Khatib tu dah baca ke belum?

hehehe

Alhamdulillah berkata...

Salam Perjuangan,

Mohon Hebahkan Ceramah Ummi Hafilda dan Rahimi serta demontrasi secara aman mendesak Anwar menyerahkan DNAnya kepada pihak pendakwa untuk dibandingkan dengan DNA lelaki 'Y' di Arena Square Batu Gajah pada hari ini jam 10.00 pagi. Semua blogger dan pembaca blog dijemput hadir

Cari Blog Ini

Translate