Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

06 Mac 2011

Kemaskini : Gambar @ Merlimau - PAS Langgar Undang-Undang & Poster BN Dirosakkan !!!

       




Pagi tadi sebelum membuat tinjaun di PRK N27 Merlimau kami bersarapan di kedai Kg Simpang. Makanan sedap dan teh tarik juga sedap. Terima kasih kepada mak cik yang agak kelam kabut menerima kunjungan kami seramai 12 orang sehingga habis makanan kami 'serang'. Armand PERKASA turut sama bersarapan dengan kami dan dibayar oleh beliau. Lihat lawak beliau pagi tadi mengajar cara membaca Harakahdaily dengan betul.  






Selepas itu Panglima bersama rakan Wartawan Kritis-Online telah mengunjungi semua pusat pembuangan undi di Merlimau. Banyak gambar dan video telah dirakam. Semua tempat pengundian dan proses mengundi berjalan lancar tanpa sebarang gangguan atau kekecohan. Cuma di celah keghairan penyokong PAS merayu undi, adegan menyakiti hati penyokong BN masih lagi berlaku. Khususnya ketika Ketua Menteri melalui pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Jenis (C) Merlimau. Namun beliau tetap tenang dalam menghadapi provokasi bodoh penyokong Fuckatan tersebut.  Wartawan juga ramai membuat liputan seperti yang anda dapat saksikan gambar yang Panglima rakam. Lihat gambar-gambar sekitar Merlimau yang sempat dirakamkan dengan kamera cap ayam Panglima. 


Dikhabarkan cuaca panas di waktu pagi dan hujan petir pada waktu petang. Pekerja kilang juga dijangka mengundi pada sebelah petang. Setakat ini 71 % pengundi sudah keluar menunaikan kewajipan mereka.

Dalam tinjauan kami juga didapati ada poster Barisan Nasional telah dirosakkan . Perbuatan ini sangat tidak bertanggungjawab dan SPR perlu menyiasat perbuatan tidak bermoral ini.  

Dalam pemerhatian kami pihak Pas / Pakatan turut dibantu jentera motor besar dan mungkin BN boleh menggunakan taktik yang sama pada masa akan datang. Meskipun nampak remeh tetapi orang kampung boleh jadi terpedaya melihat golongan motor besar menyokong PAS walhal mereka boleh jadi mendapat bayaran untuk melakukan kempen tidak langsung di Merlimau seleps mendapati mereka gagal menarik perhatian dengan membawa selebriti seperti Bob Lokman.


Apa yang dikesalkan ialah di hari pengundian PAS masih lagi menggunakan kain rentang berkempen tanpa menghiraukan undang-undang yang melarang kempen dibuat pada hari pengundian. Ternyata sikap ini tidak diikuti oleh Barisan Nasional yang sangat patuh dengan peraturan bukan sebaliknya.  


Lagi gambar sekitar hari pengundian PRK N27 Merlimau untuk tatapan anda.
















Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate