Kepada semua Rakyat di Merlimau dan Kerdau - hari ini hari penentuan kepada segala kempen dan rayuan undi kedua belah parti. Hari ini kuasa rakyat akan menentukan samada baik atau buruk masa depan yang mereka pilih berdasarkan undi yang mereka buang.
Jika anda masih lagi ragu antara dua parti maka bulatkan tekad dan pilihlah calon dari Barisan Nasional. Bukan kerana PAS tidak bagus tetapi realitinya mereka tidak mampu menunaikan janji kerana keadaan yang mereka hadapi. Begitu juga tidak akan ada jaminan bahawa parti Fuckatan Royat akan dapat mengotakan janji mereka kerana hingga kini banyak lagi janji PRU 12 yang lalu, masih tidak ditunaikan dan cuba ditutup dengan berbagai helah dan jawapan.
Pengundi di Merlimau dan Kerdau perlu melihat rekod mereka mentadbir di beberapa negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah, dan kita akan dapati banyak kelemahan yang timbul tanpa ada banyak kebaikan yang dinikmati oleh rakyat. Berbanding Barisan Nasional yang banyak kebaikan dan jasanya kepada kita walaupun masih ada sedikit kelemahan. Kerana itulah negeri Melaka dan Pahang lebih maju dari Kelantan yang 22 tahun dipegang oleh PAS.
Justeru itu maka pilihan rakyat mesti tepat demi masa depan anak cucu. Pegangan dan undi kita jangan ditukar dengan manis kata yang manis di bibir tetapi beracun pada akhirnya. Satu undi sangat berharga kerana jatuh dan bangun sebuah negeri atau negara mungkin disebabkan satu undi kita sebagai rakyat Malaysia.
Mengundilah demi Agama Bangsa dan Negara dan Jangan sia-siakannya Untuk Parti Yang Merosakkan Agama Bangsa Negara walau dengan satu undi. Sudah nyata Fuckatan Royat dipimpin oleh mereka yang tidak bermoral dan bekas banduan dan jangan diberikan sokongan undi kepada Pakatan yang diketuai orang yang seperti ini.
Undi Barisan Anda Pasti Maju Ke Hadapan Bukan Sahaja di Dunia bahkan hingga ke Akhirat sana !!!
Pssssst : Berita baik bertiup kencang sokongan Melayu khabarnya semakin meningkat untuk Umno termasuklah Cina dan makin jauh meninggalkan Pas yang telah hilang jati diri Islamnya selepas 'berpelukan' dengan DAP dan bermut'ah dengan PKR sekarang.
Insya Allah kedua tempat ini akan dimenangi Barisan Nasional dan semoga semua pihak menerima kemenangan dan kekalahan mereka tanpa sebarang prasangka. Amin.
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan