Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Mac 2011

Lagi Gempar : 12 Sami Diterbangkan Khas dari India Untuk Doakan Calon PAS Kerdau !!!



Kerdau 3 Feb 2011 - Tuan Ibrahim Tuan Man, pengarah jentera pilihanraya kecil N.28 Kerdau melahirkan keyakinan beliau terhadap sokongan pengundi kepada calon PAS dalam siri pilihanraya kecil di sini setelah mendapat suntikan semangat dari kemasukkan bekas pengasas dan ketua UMNO cawangan Jengka 25.

Kelmarin, Muzamil Mualip yang juga Naib Pengerusi JKKR bersama 11 bekas ahli UMNO sepakat meninggalkan UMNO dan menyertai PAS. Tindakan tersebut dilihat sebagai satu tamparan kepada UMNO umumnya dan seterusnya jentera UMNO bagi pilihanraya kecil N.28 Kerdau khususnya, yang megah menyatakan bahawa kawasan Felda merupakan kubu kuat UMNO.

Terdahulu, Tuan Ibrahim bersama Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak telah bersama-sama Persatuan Hindu Sanggam Melaka yang menzahirkan sokongan padu kepada calon PAS di kedua-dua kawasan iaitu N.27 Merlimau dan N.28 Kerdau di mana 12 sami telah diterbangkan khas dari Chennai India dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat yang diketuai oleh timbalan pengerusinya, N. Bala Subramaniam untuk melakukan upacara sembahyang khas (hajat) dari pukul 4.00 petang kelmarin hingga awal 5.00 pagi tadi bagi mendapatkan keberkatan dan seterusnya memperolehi kemenangan mengikut kepercayaan kaum Hindu.



Apabila disoal tentang undi pos yang selamat dilakukan oleh lebih kurang 36 pengundi berdaftar, Tuan Ibrahim berkata bahawa sehingga ketika ini, PAS mahupun pakatan rakyat tidak percaya kepada undi pos dan mahukan ia dikaji semula oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Mereka mahukan supaya undi pos lebih telus dan satu mekanisme hendaklah diperkenalkan supaya ia tidak dimanipulasikan oleh kerajaan sedia ada.

Tuan Ibrahim walaubagaimana pun mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua pihak (BN dan PAS) kerana sepanjang tempoh kempen berlangsung, tiada kejadian ganas yang tidak diingini berlaku dan masing-masing telah berkempen secara berhemah.




Panglima : PAS makin liberal. Makin keliru dalam perjuangan. Islam terbukti dipinggirkan Kuasa Diutamakan. Kopiah ditanggalkan.



Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate