Sepatutnya Yuhaizad singgah di rumah mak saudara beliau Marriani Hassan, 51 tahun (lihat gambar) yang dalam Islam setaraf dengan ibu beliau sendiri. Taraf mak saudara tidak batal air wuduk jika bersentuhan. Meskipun berbeza fahaman politik antara beliau dan mak saudaranya tetapi Yuhaizad tidak patut untuk tidak menjenguk Mak Saudaranya sendiri sehingga menyebabkan beliau merasa kecewa dengan tindakan tersebut. Mengecewakan mak saudara sama dengan mengecewakan mak kandung dan boleh dianggap telah derhaka kepada ibu sendiri.
Pengundi Merlimau perlu fikir tentang tindakan Yuhaizad ini kerana tidak mustahil jika mereka memilih calon PAS maka mereka juga akan dilupakan begitu seperti makciknya bernama Marriani ini. Bayangkan belum lagi menjadi wakil rakyat Si Yuhaizad sudah mula lupa mak saudaranya. Sikap Yuhaizad juga membuktikan PAS masih lagi memandang hina atau memutuskan tali persaudaraan antara umat Islam apabila seorang anak saudara yang menjadi calonnya tidak singgah di rumah ibu saudara yang merupakan ahli parti Umno.
Adakah PAS masih lagi sesatkan Umno atau kafirkan parti orang Melayu Islam paling lama di Malaysia ini ? Barangkali fatwa kafirkan Umno masih lagi tertanam dalam minda orang PAS sehingga peristiwa yang mengecewakan mak saudara Yuhaizad berlaku lagi di Merlimau. Amanat Haji Hadi terbukti menjadi punca putusnya silaturrahim antara umat Islam di Malaysia !!!
Gambar Ibu Saudara Yuhaizad diambil dari blog PRKN27 http://prkn27merlimau.blogspot.com/
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan