Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Mac 2011

Panasss : Bapa Saudara Yuhaizad Dedah Dokumen Ditipu Beliau !!!



KERDAU: Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah bukan saja terpaksa berhadapan dengan calon BN tetapi kini berhadapan ‘serangan’ daripada bapa saudara tirinya pula, Ahmad Ismail.



Hari ini Ahmad, 63, sudah mula melancarkan kempen mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan Pas yang memilih Yuhaizad sebagai calon di kawasan DUN Merlimau ini.



Semuanya gara-gara masalah kewangan yang terjadi sewaktu Ahmad, Yuhaizad dan abangnya terlibat dalam satu perniagaan ladang getah di Bukit Beruntung, Selangor kira-kira tiga empat tahun lepas.





” Dia tuduh saya tidak membayar balik wang Bank Rakyat yang diberikannya pada saya untuk perniagaan ini sedangkan saya sudah pun membuat pembayaran ke dalam akaunnya, resit-resit semuanya ada sebagai bukti.



” Saya difitnah hingga dipinggirkan di dalam keluarga, orang macam ni tak layak jadi wakil Pas, apatah lagi hendak jadi wakil rakyat,” katanya ketika ditemui di Kampung Chin Chin, Jasin petang tadi.



Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafar Atan menegaskan, Pas sepatutnya menyelidiki latar belakang ahli yang hendak dicalonkan dalam mana-mana pilihan raya.



Kegagalan Pas berbuat demikian hanya akan menyebabkan rakyat keliru dengan perjuangan parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam sebagai agenda mereka.



” Mana boleh fitnah orang sesuka hati, budaya begini tidak boleh diamalkan apatah lagi kalau hendak jadi seorang pemimpin.



” Saya kesal kerana masalah kewangan telah menyebabkan pepecahan dalam keluarga seperti mana yang dialami Ahmad, ia cukup menyedihkan dan Yuhaizad perlu menjelaskan perkara ini kerana ia telah menjejaskan maruah orang,” katanya







Dokumen ada didedah oleh Pisau.net (sila klik gambar Bapa Saudara Yuhaizad di bawah )




Adakah calon ini sesuai untuk jadi wakil rakyat Merlimau ? 

Katakan tidak kepada PAS dan Fuckatan Royat !!!



Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

1 ulasan:

Njah berkata...

Dah berapa kali saya ingatkan. Kejahatan itu tak boleh dipendam, satu hari umum akan tahu. Nak masuk politik biar betul-betul bersih.

Cari Blog Ini

Translate