Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 April 2011

ARTIKEL KO TENTANG SUPP DI SARAWAK YANG MESTI DIBACA !!!


Sarawak United People's Party atau SUPP menghadapi kemelut terbesar dalam sejarah pilihanraya Sarawak apabila mendapat penentangan secara terbuka dari kaum Cina Sarawak. Kebimbangan Presiden SUPP, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam terhadap mode pengundi Cina ternyata apabila Democratic Action Party atau DAP mulai menambat hati para pengundi Cina dengan membawa slogan "Jom Ubah Sarawak!" atau "Sarawak4 Change!". Terbaru, Nga Kor Ming dalam blognya htpp://GladlyCast.com membayangkan bahawa kehadiran hampir 12,000 rakyat Miri kelmarin yang majoritinya adalah kaum Cina adalah tanda sokongan rakyat (Cina) Sarawak terhadap DAP apabila ramai-ramai melaungkan ayat "Selamatkan Sarawak! Ya, Kami mahukan perubahan".
Apa yang dilihat sebagai satu gimmick dari DAP ternyata membuahkan hasil bilamana DAP telah berjaya mengutip wang tidak kurang dari RM15,000 dari rakyat Sarawak yang rata-ratanya terdiri dari kaum Cina sebagai simbolik tanda sokongan mereka terhadap perjuangan DAP dalam beberapa siri makan malam mahupun ceramah yang dianjurkan oleh DAP.


SUPP yang meletakkan 19 calon dalam siri pilihanraya negeri kali ini berdepan dengan DAP hampir di semua kawasan yang turut diserta oleh SUPP iaitu Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawan, Simanggang, Engkili, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Kidurong, Piasau dan Pujot.
Dr. George Chan sendiri mengalami dilema apabila kawasan yang beliau bertanding iaitu Piasau mempunyai pengundi berdaftar berjumlah 16,600 di mana 10,710 pengundi sahaja adalah terdiri dari kaum Cina.
Pada 7 April 2011 yang lalu, Lim Guan Eng dalam satu sidang akhbar di Kuching telah menyerang SUPP terutamanya Dr. George Chan kerana apa yang diibaratkan oleh Guan Eng sebagai memainkan sentimen politik perkauman apabila menyebut Dr. George Chan telah memberi amaran kepada pengundi kaum Cina bahawa jika mereka (pengundi) memilih DAP atau mana-mana parti dalam pakatan pembangkang, maka kaum Cina akan kehilangan kuasa.
Sebenarnya, ramai penganalisis politik bersetuju dengan kenyataan Dr. George Chan kerana beliau membawa konteks yang sangat berbeza dari apa yang dimainkan oleh Lim Guan Eng. George Chan membayangkan bahawa SUPP yang menjadi parti pilihan kepada kaum Cina Sarawak adalah sebahagian dari komponen Barisan Nasional (BN) yang bukan sahaja membentuk kerajaan negeri bahkan kerajaan persekutuan. Dalam siri pilihanraya negeri kali ke-10 ini penganalisis politik beranggapan bahawa walaupun 'angin perubahan' yang cuba dibawa oleh pakatan melanda ganas lanskap politik Sarawak, tetapi ianya masih jauh dari merampas seterusnya menubuhkan kerajaan negeri. 
Justeru jika kaum Cina memilih DAP sebagai ganti kepada SUPP dalam perubahan sesuai dengan slogan "Jom Ubah!", maka sebenarnya kaum Cina hanya akan meramaikan wakil-wakil rakyat DAP dalam barisan pembangkang di dewan undangan negeri kelak. Ini amat merugikan kaum Cina kerana ianya adalah bukan lagi rahsia bahawa wakil-wakil rakyat pembangkang tidak boleh membawa apa-apa perubahan dalam bentuk kemajuan setempat atau frasarana jika tiada kuasa pentadbir (negeri) apatah lagi punyai hubungan yang baik dengan kerajaan persekutuan.
Sebenarnya, Lim Guan Eng amat licik dalam melakukan apa yang disebut sebagai "manipulating statement by other" dengan melakukan "pre-emptive strike" terhadap kenyataan George Chan seolah-olah George Chan memainkan sentimen politik perkauman, walhal beliau hanya menyatakan sesuatu yang relevan pada persekitaran yang benar.
Lim Guan Eng mungkin benar jika Sarawak adalah seperti Pulau Pinang yang ditadbirnya apabila DAP punyai kawasan yang lebih berbanding mana-mana parti pakatan bagi membentuk kerajaan negeri seterusnya memberi kelebihan kepada DAP dalam memilih Ketua Menterinya. Namun di Sarawak, DAP hanya bertanding 15 kerusi sahaja dan ianya jauh dari membolehkan ia (DAP) mengetuai pakatan dalam membentuk kerajaan negeri jika memenangi pilihanraya ini - yang mana adalah amat diragui oleh sebilangan besar penganalisis politik tempatan bagi pakatan memenangi majoriti kerusi dan seterusnya membentuk kerajaan negeri - KritisOnline.





PANGLIMA : TAKTIK MENGUTIP WANG BUKTI CUBAAN PEMBANGKANG UNTUK BINA PERSEPSI MEREKA MENDAPAT SOKONGAN MAJORITI CINA DI SARAWAK ?




Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah 

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate