Sayuti Omar penulis seangkatan Hambali Latif. Sangat berpengalaman dan pernah popular sekejap semasa berbantahan dengan Husam isu ternakan kambing dalam projek Jihad Ternak. Husam saman Sayuti Omar akhirnya.
Kenal Husam ? Calon bakal MB Kelantan jika Nik Aziz sudah pulang ke alam barzakh.
Sudah lama tidak dijenguk blog beliau yang selalu diguna untuk menghentam kerajaan dan Umno BN....
Tetapi pagi ini saya berkebetulan tertarik hati ke blog beliau yang tidak perlu saya nak sebutkan di sini.
Antara point yang saya suka dalam artikel beliau yang mengulas ceramah Azmin dan Ezam yang diadakan sebelah menyebelah di Dun Pantai Damai, Kg Bowean Sarawak semalam :
- Beliau bangga kerana ditahan dua kali dalam penjara, sebaliknya Azmin, usah ditahan ke pintu penjara pun tidak. "Itu yang sedang bercakap usahkan masuk penjara berada dipintu penjara pun tidak," kata Ezam.
- Azmin Ali mengakhiri ceramah lima minit lebih awal berbanding Ezam yang disambutan tepukan dan sorakan bergemuruh dari orang ramai.
2 point di atas disalin tanpa sebarang ubah suai satu huruf pun...Sekali imbas nampak Sayuti Omar gemar Ezam dan mungkin agak geli dengan Azmin. Wallahu A'lam.
Adakah blogger pembela Anwar seperti Sayuti Omar ini pun sudah tidak lagi 'raa' (ghairah) untuk mempertahankan Anwar dan Azmin ???
Adakah ini bermakna semakin kerap Anwar dan Azmin datang Sarawak semakin benci rakyat Sarawak termasuklah blogger mereka ?
Ada satu rahsia belum diberitahu - Ezam datang Sarawak dua hari lepas bersama Panglima...
Tanya Feriz Omar dia tahu kerana beliau dan Datuk Ahmad Maslan pun kebetulan flight yang sama.
Lihat pula cerita Ezam vs Anwar di Kg Boyan oleh Blogger Sarawak Aleh Kayong
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan