Sebentar tadi Panglima sempat menghantar Blogger Jentayu ke KLIA untuk terbang ke Mekah bagi menunaikan umrah. Kebetulan selipar yang dipakai tidak sah untuk orang memakai ihram maka selipar Panglima telah 'terpilih' untuk bersama beliau ke bumi suci Mekkah Al Mukarramah dan juga Madinah. Alhamdulillah !!!
Moga nur dan barakah kedua kota suci tersebut akan melekat di selipar Panglima lalu pulang dengan penuh aura untuk menjana semangat yang lebih hebat dalam misi mempertahankan alif ba ta. Lebih -lebih lagi kepada sahabat blogger Jentayu yang pasti mengharapkan keredhaan Allah mengiringi beliau di sana dan selepasnya...
Selamat berumrah untuk blogger Jentayu dan moga dapat umrah yang mabrur Insya Allah. Doa juga dikirimkan untuk beliau doa, agar Panglima akan dikurniakan anak lelaki selepas ini. Amin.
Jika ada rezeki apa kata dibuat rombongan bloggers ke Mekah bersama pemimpin BN untuk bermunajat memohon pertolongan Allah melawan musuh Islam dan Malaysia yang ingin merosakkan kita sebagai bangsa Melayu yang menjaga kemakmuran semua kaum sejak merdeka hingga sekarang, Ia boleh diusahakan selain untuk menghargai para bloggers yang gigih menangkis serangan fitnah pembangkang yang ingin merosakkan negara kita dengan fitnah mereka..
Dengan harapan agar kita lebih bersedia dari segi rohani dan jasmani untuk perang lebih hebat PRU 13 akan datang... Moga dimakbulkan... Blog Jentayu klik sini http://jentayuabaka.blogspot.com/
Jangan Lupa Klik Link Ini : 12 Dalil Anwar Tergelincir Akidah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan