Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

30 April 2011

Mufti Minta Anwar Sumpah Nafi Video Seks - Malaysiakini





Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah balas bagi menafikan tuduhan bahawa beliau merupakan pelaku dalam video seks seperti didakwa Datuk T.


dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Saya amat setuju Anwar segera besumpah untuk nafikan tuduhn kotor kepada beliau, walaupun pilihan di tangan beliau sendiri," kata Dr Juanda (kiri).


Setelah mencabar Anwar bermubahalah, semalam Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.


Beliau ditemani bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim. 

Anwar seperti dijangka tidak hadir sama dalam upacara itu.

Dalam pesanan SMS daripada Mekah, Dr Juanda yang juga mufti termuda di Malaysia berkata, cadangannya itu dibuat kerana mahukan "kes yang memalukan umat Islam" itu selesai segera.


Laporan Malaysiakin di sini http://www.malaysiakini.com/news/162889



Panglima : semua rakyat tak kira Islam Umno atau Islam Pas mahukan perkara ini dinafikan secara keras oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia penting untuk mengetahui sejauh mana keberanian beliau menafikan video tersebut. Perkara ini perlu disegerakan demi mengelakkan lebih banyak kekeliruan dan memudahkan rakyat Malaysia membuat penilaian dalam PRU akan datang.


Jom kita desak DSAI segera bersumpah nafikan atau membuat kenyataan keras menolak tuduhan Datuk Eskay yang bersumpah laknat semalam.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

very good sugeestion. wa olang pecaya sama tuan allah. anwar must sumpahlah...

Cari Blog Ini

Translate