Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 April 2011

VIDEO & GAMBAR FORUM 'RASUAH PEMUSNAH TAMADUN' @ KARANGKRAF SHAH ALAM PETANG TADI





[rasuahpemusnahtamadun[7].jpg]Forum 'Rasuah Pemusnah Tamadun' yang dianggotai oleh ahli panel terdiri dari Tan Sri Abu Kassim merangkap Ketua Pesuruhanjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ahli Dewan Negara Senator Ezam Mohd Noor, Ahli Parlimen Bukit Gantang merangkap AJK PAS Pusat YB Ir Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengasas ESQ Dr Ary Ginanjar telah berjaya dilangsungkan di Pejabat Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam petang tadi. 

Bermula 2.30 petang dan tamat dua jam kemudian, forum ini telah dihadiri hampir 1000 peserta pada anggaran kasar Panglima.  Penganjuran forum ini berjaya mendedahkan kepada peserta tentang bahaya rasuah serta pentingnya rasuah ditentang demi mengelakkan negara atau tamadun dari musnah kerana amalan jijik ini. Dalam sesi yang dijalankan ternyata bekas MB Perak YB Nizar dilihat cuba mengaitkan amalan rasuah dengan Barisan Nasional sehingga menimbulkan perasaan kurang senang peserta. Kerana jelas aktiviti menerima dan memberi rasuah ini berlaku pada semua parti termasuk DAP. Maka semua pihak perlu berganding bahu menentang amalan ini. 

Nizar juga dilihat tertekan selepas hujah demi hujah yang dibawanya untuk mengaitkan BN dengan rasuah dilihat sangat rapuh. Selain itu tindakan beliau untuk menggambarkan SPRM sebagai alat kepada Barisan Nasional apabila membangkitkan isu pendakwaan kes kecil taraf ikan semata-mata tanpa melibatkan kes 'jerung'  telah dibalas dengan hujah mantap oleh Pengerusi SPRM Tan Sri Abu Kassim. 

Ujarnya contoh kes seperti Perwaja Steel meskipun dijalankan pendakwaan selepas 10 tahun, namun ia membuktikan kes rasuah tersebut telah dijalankan meskipun memakan masa agak lama. Maka SPRM meminta mereka diberi masa untuk membuat siasatan tanpa ada campur tangan mana mana ahli politik yang tentu ingin menjadikan kegagalan SPRM mendakwa dengan segera, sebagai bahan menarik perhatian dan undi rakyat dalam pilihanraya.

Antara tetamu yang dilihat hadir forum petang tadi ialah Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar, Penasihat Agama Negeri Johor Datuk Noh Gadut, MP Shah Alam Ir Khalid Samad. Rakan-rakan blogger juga turut hadir seperti Medan-Info.Termasuk Husin Lempoyang dan My Anger. Blogger yang tidak disebutkan dimohon kemaafan kerana kehadiran mereka tidak disedari oleh Panglima .

Keseluruhannya penganjuran forum seperti ini wajar dibuat di tempat lebih luas dan selesa bagi membolehkan semua yang hadir mendengar dengan khusyuk.

Lihat gambar yang dirakam oleh rakan Panglima Mr Asam dengan kamera DSLR beliau di bawah :



Nizar Seperti Hilang Kata-Kata


MP Shah Alam Khalid Samat turut hadir dan dikatakan beliau membuat bising semasa ahli panel memberi hujjah hingga dimaki peserta yang lain






Untuk melihat rakaman video sila ke blog Taiping Mali di sini 


http://taipingmali.blogspot.com/2011/04/perak-today-rasuah-pemusnah-tamadun.html





Link berkaitan dari laman lain berkenaan Forum di atas :







1 ulasan:

Hamdan Rukun berkata...

AKU NAK TENGOK VIDEO NI. BILA ABU KASSIM SEBUT NAMA ALLAH, NIZAR JADI BODO TERUS. DIA INGAT SEMUA ORANG AKAN TUNDUK KEPADANYA.

DIA BUKAN SEKADAR HILANG KATA KATA TAPI NASIHAT DATUK ABU TELAH RUNTUHKAN EGONYA. SYABAS TAIPING MALI. VIDEO INI JAUH LEBIH PENTING DARIPADA VIDEO SEK NUAR BRAHIM YANG DAH SAH SAH TAK LAYAK JADI MUSLIM PUN.

Cari Blog Ini

Translate